Thursday, January 29, 2015

Updated ~ 2015

Assalammualaikum dan Selamat Pagi (sebab waktu aku tulis blog ni 10.50pagi)... 

Hye u llz... lama nampaknya aku x update blog. Reput berhabuk da semuanya. Banyak benda berlaku walaupun baru masuk January 2015.

Alhamdulillah, kehidupan diteruskan seperti biasa. Ada suka,duka.. biasa la kan, kehidupan. Ada beberapa cerita sedih akan kuceritakan... tak lupa juga berita gembira. Semua akan kuceritakan tapi, kita summary kan aje lah kan... nanti panjang-panjang, tak cukup lak 1 jam yang akan aku cuba luangkan untuk menulis.

1 Januari 2015, aku sambut di tapak projek. Fiuhh!!! Orang sambut tengok bunga api, aku dan team sibuk lay paip dan lay premix kat site. Kehkehkeh... nasib badan, kata pekerja aku. Makan berehat boss belanja kfc. Ok la....kan? Masih ku ingat (sebab hari ni da 29/1/2015) time tu, Malaysian sedang bersedih sebab banjir. Dan hari tu jugak...... aku dan suami berjumpa dengan kawan suami aku yang turun dari Kelantan. It's very sad...sehelai sepinggang katanya. Alhamdulillah, ramai gak yang donate untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir kat sana. Katanya, rumahnya menjadi tempat semua orang kampung duduk sementara tunggu air turun. Kampung nya Sg.Rek jauh ke dalam. Bantuan mungkin lambat sampai. 

Dan.... pada 6 Januari 2015 (akan ku ingat tarikh ini)... aku kehilangan sepupu aku. Tak ku sangka, aku (dan suami) menjadi insan terpilih untuk menghadapnya buat kali terakhir. Alhamdulillah, senang urusan dari mula sehingga selamat dikebumikan. Aku ingat setiap saat aku bagaimana aku melawat dan nampak setiap perubahan sepupu aku. Allah, hanya Dia yang tahu perasaan aku ketika itu. Alhamdulillah, ada aku dan suami yang menemani saat akhirnya kerana kedua ibu bapanya telah meninggal lama dulu.

Yang lain... macam biasa aje. Dan yeah! cerita gembira plak... Alhamdulillah, 2nd trimester. Doakan aku kuat dan sihat sepanjang kehamilan ini. Menunggu hampir 5 tahun, dan kedatangan insan ketiga ini amat-amat kami tunggu.

Panjang rasanya cerita kali ni... nak start buat kerja da. So, InshaAllah panjang umur...kita jumpa lagi.