Friday, December 30, 2011

^____^ HB Abah....


~ HAPPY BIRTHDAY ABAH ~


Alhamdulillah, hari ni genap usia abah 55tahun. Akak sayang abah dan ma sangat2. Last week da sambut birthday abah dengan ma. Ma plak da genap 50tahun pada 21122011..... ^__^ sambut sekali. Moga perjalanan hari-hari ma dan abah sentiasa lancar.... Amin.....

Lagi sehari kita akan melangkah ke tahun 2012.... cepatnya masa berlalu. adakah azam 2011 anda dapat dilaksanakan semuanya? hurm.... ^__^ dan apa azam baru untuk 2012?

Adehhhh..... jangan tanya saya. sebab saya, x terfikir pun lagi. Cuma, saya ingin menjadi seorang anak yang terbaik untuk ma dan abah.... seorang isteri yang terbaik untuk en.suami... seorang kakak yang baik kepada adik-adik.... seorang menantu yang baik kepada mak dan ayah.... ^__^ dan sebenarnya saya juga da list beberapa barang untuk saya beli tahun 2012... hehehehe.....

Walau apapun, saya akan doakan anda-anda semua sentiasa bahagia dan gembira mengharungi hari-hari anda.... Amin.





Tuesday, December 27, 2011

Al-Fatihah....

Assalammualaikum..... Selamat Petang ^__^

Hari yang tak berapa nak indah... Hujan renyai-renyai sama seperti saya yang menangisi pemergian pakcik saya. Ya Allah, tabahkan lah hatiku. Redha dengan pemergiannya kerana menghidap kanser paru-paru.

Ceritanya bermula apabila, doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik saya. Kemudia, kami mula berusaha cara tradisional. Santau dan semiang... itulah yang diberitahu. Bermacam-macam cara, tempat dan kaedah kami mencuba. Alhamdulillah, pakcik mula beransur-ansur sihat. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa insan tersebut. Kelihatan senyuman dan pakcik mula ramah berbicara. Ma dan abah mula tersenyum. Namun, kegembiraan kami tak lama.... pakcik jatuh sakit kembali. Kali ini, kami membawanya ke hospital kerana tok yang mengubatnya secara tradisional kata, hanya doktor saja boleh merawat kali ini. Kami ikut saja katanya....

Mula dengan Hospital Jerantut.... doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik. ditolak ke Hospital Temerloh. Jawapannya tetap sama... masih tidak dapat dikesan. Pakcik mula lemah..... dan kemudian dihantar pula ke Hospital Kuala Lumpur. Makcik cakap, pakcik tiada perubahan. Hari Sabtu (24/12/2011), saya, ma, abah, biknor, wak, abg fadhil dan kak lina telah pergi melawat pakcik di HKL. Doktor mengesahkan pakcik mengidap kanser paru-paru tahap 4. Tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan. Hanya tunggu masa sahaja..... Kansernya telah besar sehingga 8cm x 6cm. telah terkena hati, arteri, tulang..... Sedih saya melihat makcik yang mengesat air mata... terluka hati saya bila ma menangis.... Nurse memberikan kami Surah Yaasin. Tiada lagi harapan.... Ma teresak-esak membaca Surah Yaasin. Makcik pula membisikkan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Kelihatan air mata pakcik keluar...dan makcik mengesatnya. Kuatkanlah hati saya.... Saya tidak mahu menangis...

Setelah siap membaca Yaasin, saya keluar dari wad. Msg en.suami..... mohon agar beliau berhenti merokok. saya tidak mahu keadaan ini terjadi kepada saya. Mungkin ada yang akan berkata... "ala, x isap rokok pun mati kalau dah sampai masanya..." memang.... tapi, cukuplah hanya kali ini sahaja keadaan ini terjadi dalam keluarga saya. sedih saya melihat keadaan makcik dan ma.... Sebelum balik, ma sempat berkata.... "Bang, Kam redha kalau abg pergi. Pergilah..." x sanggup melihat pakcik menarik nafas... dan kadang-kadang lansung xde. Saya juga redha.... tidak sanggup melihat pakcik sebegitu. Sakit sangat rasanya......

Ahad dan Isnin, cuti~ Ma, pagi-pagi lagi da kejutkan saya. Katanya, xnak duduk di rumah. Nanti terbayang-bayang pakcik. Ketika sakit dulu, pakcik memang duduk dengan kami. Abah dan saya juga x akan meninggalkan ma keseorangan kerana.... nnt akan kelihatan air mata yang menitis. Sakit hati saya.....Sebak.

Dan tadi... lebih kurang pukul 10, ma telefon dan.... "Kak, wak da xde. Kebumi di Raub" Perliha wak... saya redha. Al-Fatihah....



Thursday, December 22, 2011

Tahniah!!!!

Wah..... saya sgt2 gembira hari ini. Nak tau nape? Semalam kan my mom punya birthday... then, message her to wish la. Tak lupa gak remind my en.suami dan beliau cakap, beliau sms da.. Alhamdulillah, semalam ma da genap 50tahun. ingat nak celebrate sekali dgn birthday abah jer.

ok.... nak ucapkan tahniah atas kelahiran baby boy kepada adik ipar saya... ^__^ wah!!! da jadi papa and mama gitu...... dan disebabkan kelahiran tu, saya pun jadi pening kepala sebab da ada la pulak soklan cepu mas mengikut... "ko bila lagi?" .... "aik, adik da ada anak, abg dgn kakaknya bila lagi?".... hahahaha... fenin kepalaku. en.suami plak tetap cool mcm biasa. beliau cakap, 'huh... kalau ada anak, anak ikut degil mcm mak dia!" hahahaha.... bagi la can kami honeymoon lama2 ckit. PJJ kan? so, kenalah bagi can honeymoon lama ckit. ada rezki cepat, ada la. g pun, kalau ada rezki, nnt nak sambung study lg. so, wait and see.... ^__^ xpun, bagi en.suami transfer semenanjung dulu. kalau morning sickness tu adalah yg tlg tgk2 kan.....

ok la allz... nak sambung buat keje plak. see u next entry. bye!!!!!


Monday, December 19, 2011

^__^

Assalammualaikum semua....

Apa khabar? sihat? ^__^ so, mcm mane life? ok? hurm... life saya, Alhamdulillah... sgt2 gembira sejak kebelakangan ini. Rasanya, terlalu banyak hikmah dengan apa yang terjadi. Dan sesungguhnya, life semakin bahagia. Alhamdulillah.....

dan 17/12/2011 ari tu, genap setahun usia perkahwinan saya dan en.suami.... Alhamdulillah. sambutan? saya di sini dan beliau di sana.. ^__^ nasib badan kan? hahahha.... tetapi, sehari sebelum tu iaitu 16/12/2011, sebenarnya en.suami telah pulang selama beberapa jam untuk saya. janji dapat jumpa kan? so sweet.... hilang rindu sekejap. huhuhuh.... hadiah? hurm.... saya x berapa pandai nak bagi hadiah pada beliau, tapi, saya da courier 1 special card untuk beliau. surprise!!!! he give me my favorite chocolate. xpe la... janji kami bahagia.

ok... next plan ialah sambutan ulangtahun kelahiran ma dan abah. hurm.... ma genap 50tahun pada 21/12/2011 dan abah genap 56 pada 30/12/2011. sambutan maybe nak buat 24 atau 25hb... buat sekali. senang cerita. sama rata.... xde jeles2. kan????

tunggu.......... ok allz. nnt kita update lagi entry. bye u allzz...... ^__^

Thursday, December 8, 2011

mood :- serabut.serabai.selekeh

MasyaAllah..... banyak tul 'se' nye kan.... ^__^ serabut.serabai.selekeh. mak aih!!!! sejak 2 3 menjak ni, kesihatan saya memang tak berapa nak mengizinkan. musim demam..... hurm, so, pakej lengkap la. demam+batuk+selsema. demam tu da kebah, cuma kalau batuk yang sampai menangkap ke kepala tu, mmg xleh nak tolong la. cepat je suhu badan tu naik balik. yang xtahan tu, menangkap kat semua sendi2 badan.. nak tdo pun xleh nak tdo.

saya pun da jadi rimas je. nak baring x selesa. duduk pun x leh lama.... pergh!!!! serabut betul. nak buat kerja pun xde mood. serabai je da jadinya. serabai... selekeh... semua ada la. entah la. ditambah-tambah plak dengan kehilangan si 'sendayan'... si kucing kesayangan. T___T sedih sgt rasanya. makan pun jadi xde selera.

rutin harian da bertukar da. pagi2 message ma tanya si 'sendayan' ada balik ke tak? pagi petang mcm tu. mane la dia g agaknya.... ke orang curi??? suka hati je nak amik kucing orang. tau la dia comei. nak sangat anak kucing, g la cari yang terbiar sana... jangan la amik kucing saya. sian mak dengan adik2 dia, termenung dan semua mogok xnak makan. sedih!!!!! termasukla saya...... xde selera.

hopefully, keadaan macam ni xkan berpanjangan. hurm..... ^__^ pasni, moga2 ada berita gembira menanti saya. Amin....


Monday, December 5, 2011

UiTM di hatiku....

Assalammualaikum u allz semua....

Lama sudah saya menghilangkan diri kan? x update entry lansung kan? huhuhuhu... sowy u allz.. (macam la ada orang nak tgk kan? hahahah.... ) ok!!!! 1st nak tanya, u allz sihat? saya demam + batuk + selsema. pakej tu..... tapi...... tetap datang kerja. kan? kan? ok u allz...........

sekarang mood tgh membuak2.... mood nak sambung belajar. InsyaAllah, ada rezki, mmg saya akan sambung ke peringkat Master pulak. Da bincang dengan en.suami dan my parent.... so, InsyaAllah saya akan sambung la. di mana? confirm la.... UiTM di hatiku......

ok la allz.... next time sambung entry lagi. badan x berapa sihat... so, idea pun berkurangan. paper nnt saya update g. bye u allz.....


Tuesday, November 22, 2011

Pakcik 1 Malaysia

saya nak bercerita sikit tentang gambar di atas ni. tentang pakcik yang bersemangat 1 Malaysia. pakcik ni keje kat 1 kedai hardware di Cheras. tiap kali saya datang office, confirm terserempak dengan pakcik ni.

Apa yang special nya? specialnya ialah.... dari sweater, topi kleda dan motor.... semuanya, ada bendera Malaysia. tulis 1 Malaysia. sangat2 teruja tengok dia. saya respect la dengan semangat 1 Malaysia dia.

fikir sejenak... adakah kita bersemangat macam dia? hurm..... adakah time lawan bola sepak je? ^___^ fikir2 kan la.....

komen-komen....

hai semua....


agak lama saya x meng'update' blog kan? gara-gara sedikit busy dgn kerja-kerja yang ada. dan maybe sebab asyik berulang alik ke sana dan ke mari. mcm mane life korang? lama juga saya x menjenguk blog-blog kawan saya. o___0 haih!!!! entah bila akan ada masa terluang. maybe sedikit masa lagi. InsyaAllah.....


berkenaan dengan kemenangan team HARIMAU MUDA, saya ucapkan tahniah. dan tahniah juga untuk semua rakyat Malaysia, kerana sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat team tersebut. status facebook kawan-kawan saya juga, semuanya berkenaan tentang kemenangan dan tentang team Harimau Muda. Alhamdulillah, rezeki kita. ada yang komen positif dan ada juga komen negatif. tapi, kalau komen negatif tu... hurm... sukar juga diterima. manusia, menang pun komen, apatah lagi sekiranya kalah.... sebagai manusia, mungkin... dia sudah buat yang terbaik. bak kata pepatah, 'kita hanya merancang, tapi... ada Allah yang menentukannya'. kita hanya penonton, tapi mereka yang bermain. kita hanya boleh tengok, tapi... mereka yang menanggung semuanya. dengan penyokong2 Indonesia yang agak kurang menyenangkan, dengan pengadil yang dot dot..... entah bagaimana kalau kita di tempat mereka. sudah menang, ucap aje Alhamdulillah... mensyukuri kemenangan itu. nak menegur, tegur dengan kata-kata semangat. kita hanya manusia biasa. kan?


hurm.... nak coret apa lagi erk? sebenarnya ada 1 cerita saya nak kongsi dengan anda semua. tapi, gambar nya saya x upload lagi. nnt bila saya da upload, saya buat satu entry khas. ok?


k la allz.... jumpa next entry. ^___^





Thursday, November 17, 2011

KL --> UTHM --> Sepang --> Seremban ---> Bentong

Banyaknya tempat kan? Apa maknanya tu erk? Hehehehe.... Ni la tempat yg agak sinonim dengan saya sekarang. Kejap kat KL, kejap kat UTHM, kejap kat Seremban... Kejap da kat Sepang. Pening kepala en.suami dengan saya. ^__^ mcm biskut. kejap ada...kejap xde.

Sekarang, untuk projek di Semenanjung, saya dengan kawan saya yang jaga.... dan Boss jaga projek di Sabah & Sarawak. Tapi, paperwork... semua saya dan kawan kena buat. Tapi, paperwork Sabah memang saya yang buat. teknik construction kat sana agak lain sedikit dengan di sini. Buat paperwork pun, banyak benda saya boleh belajar. Tapi, kalau dapat g sana lagi syiok.... InsyaAllah, bulan Februari 2012, saya akan terbang ke sana. ^__^

Umah dan macam office... Office da macam xde jerk. kete pun da mcm office... banyak dokumen. ^__^ tapi, xpe... enjoy mylife. I love it.... ^__^

K la allz... nnt kita sambut cerita lagi erk? nak buat progress report SK Pulau Gaya Sabah dulu. Nnt nak msk meeting. Love u allz....


Saturday, November 12, 2011

:)

Assalammualaikum....

Kawan-kawan... mcm mane hari anda? ok? Harap-harap semuanya ok la kan? ^___^ hari saya sedikit letih tapi, menyeronokkan. Alhamdulillah....

Sekarang saya tengah update fb dan blog sambil lepakking dengan housemate... tengok tv + baca paper. huhuhuhu... banyak kerja. 5 in 1.... boleh uat? hahahha.... fenin... fenin.... kami baru balik dari PWTC jumpa boss. jalan-jalan kat puchong, pastu singgah makan mee bandung d'muar. wah!!!! agak sedap, tapi agaknya sebab perut ni da masuk angin, tu yg x brape slera nak makan. housemate saya... makan x hingat dunia. kelaparn agaknya... o____0

ok... mcm mane? 11.11.11? ok ke? hurm.... saya baru baca paper tentang exident treler langgar bas. agak ngeri.... dan confirm semua akan ingat sama seperti exident jelapang dulu. tarikh yang cantik tapi... meninggalkan kesan yang agak tidak menarik. tapi.... ada ramai gak yang memilih tarikh ni untuk tarikh berkahwin. ^___^ Selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga akhirnya. Kan? Ramai betul kawan yang pilih tarikh ni tuk akad nikah... tapi, mnt maaf la... saya x dapat hadir.

K la allz... next time kita sambung g yer... nak tdo sbb esok pagi2 da nak balik kg. ^___^ tatatatatititittutuut....


Wednesday, November 9, 2011

^___^ lalalalala.....

Assalammualaikum semua.... v(^__^)/

Saya tengah bersengkang mata buat sedikit kerja sebelum bertolak ke Batu Pahat pagi nnt. Chewahhhh. Rajin tak saya? Gila rajin kan? Hati senang, so, buat kerja pun penuh dgn keikhlasan la. Janji takde orang yang mempertikaikan kerja saya.... Ok?

Tangah buat kerja sambil main msg dgn en.suami yang tercinta.... thanks en.suami sbb berjaya mengejutkan saya walaupun saya lewat bangun dari jam yang sepatutnya. lewat sejam.... (xpe la kan.... janji saya bangun. kan? kan?) ...... bukan ape, nak buat preparation sebelum bertolak ke Batu Pahat. dan sebelum Batu Pahat tu mula kan kerja... Kalau da mula, takut paperwork untuk Sepang ni kucar kacir plak kan....

Hurm.... actually, xde ape sgt nak cite. Life pun mcm biasa ajer. Alhamdulillah.... ^__^

K la allz.... Saya nak sambung buat kerja dl... Bye.... o____O










Thursday, November 3, 2011

Bila ku kata....

Dulu2.....
Bila ku kata, aku BENCI.... siyes, aku memang benci. Jangan sesekali datang duk depan-depan muka aku. Sekarang ni, mulut aku sgt2 laser. Sebab??? Sebab aku dapat belajar dari cerita yang lepas, baik cakap depan2... dari cakap belakang2. Hati sakit sekejap jerk... Cakap belakang2 ni, makan dalam. ^___^
Kalau aku cakap, aku dah tak SUDI.... nak tengok muka ko pun, aku meluat. Lagi baik aku tengok bawah, dari aku tengok ko. Memandang keindahan alam.... ^__^ Walaupun, jalan tar ke, batu je ke... tapi, aku rasa lg cun dari tgk muka ko.
Bila aku kata aku MELUAT.... ko xyah gedik2 depan aku. ko tak payah nak banyak mulut. Kang aku lempang... lagi parah.
Sekarang....
Bila aku cakap, BEST nya... SYOK nya... memang aku rasa happy dan selesa dengan environment sekarang. Xde da sakit otak nak fikir alasan2 munasabah. Orang atas semua tahu technical. Xde la aku nak pecah kepala terangkan satu2. Project Manager pun, mmg expert... lg cekap dari aku. So, xde la smua tanggungjawab kat kepala aku jerk. ^___^
Bila aku cakap.... aik, CEPAT nya malam. X perasan pun.... Bestnya bila semua sekeliling kita uat hal memasing. Xde nak pijak2 kepala kita. Kita ada tempat untuk rujukan.
Alhamdulillah.... Terima kasih Allah. Sebenarnya... itu yang selalu aku akan cakap sekarang.


Kerja... :)

Assalammualaikum kawan-kawan....




Alhamdulillah, hari ni da 3 November 2011... Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana tetap memberi kita semua peluang untuk bernafas di muka bumi ini.




Da nak tido ke? Saya masih dalam mood buat kerja. Rajin tak? Dulu pun mcm ni gak kan.... cuma kali ni, saya exited ckit nak buat sebab company ni consultant + contractor. Environment pun, Alhamdulillah, lebih baik. ^__^ Janji saya bahagia, gembira dan selesa bekerja. Kan? Kan? Kerja tetap macam biasa. Cuma, kawan sekerja tu da lama kenal. Pastu sekepala plak... Janji x dengki2, x cakap belakang2.... x dengar khabar2 angin... kan?


Perancangan masa depan? hurm... buat masa ni, tengah tunggu en.suami posting ke Semenanjung. Ada rezki, saya nak sambung belajar... tapi bila fikir2, better en.suami yang sambung study kan? kan? suh dia amik automatif kan? macam best jerk kan? heheheh.... baby? tunggu next year kot. hahahaha...


Ni tgh buat drawing I-Beam untuk LCCT sambil main ternet + borak2 dgn membe baik ni. ^__^ gosip2 terbaik punya. Next week, lepas raya kena outstation ke UTHM Batu Pahat dengan big boss and PM. Minggu ni, kena settlekan LCCT dgn KK Jelebu. Alhamdulillah... Rasanya xde banyak sgt beza dgn yang dulu, cuma kat sini saya blh update skill lama melukis guna Autocad. Pastu design... ^__^ Tq PM, banyak tolong menolong siapkan semua. Love u....


K la allz.... saya nak sambung buat kerja sambil minum Nescafe. Nak?? Buat sendiri. v(^___^)/













Monday, October 31, 2011

Senyum... v(^__^)/

Assalammualaikum....

Sihat ke? Alhamdulillah, saya sihat-sihat saje. Life pun Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang semakin baik. Alhamdulillah.... bak kata orang, ada rezki kita tu. Bumi Allah ni luas... kan? Cuma agak busy sedikit, tapi.... janji hati senang. Buat kerja kita je kan? ^___^ Hati senang, mulut pun senyum jerk. Ceria sokmo gitu....
Ok... Kawan-kawan..... ^__^ Semoga hari-hari kita semakin baik dari hari ke hari. Oh yer.... Jangan lupa senyum. Bersihkan hati kita dari sifat-sifat yang dimurkai Allah... Amin.....
Hari ni, hari terakhir bulan Oktober... dan esok akan tiba November. Ya Allah, tak perasan pun... rupa-rupanya da sekat setahun perkahwinan saya dan en.suami. Cuma, xde ape bezanya... sebab en.suami masih di Labuan. ^__^ Harap-harap 2012 akan lebih berseri dengan pertukaran en.suami ke Semenanjung. Amin.....

Tuesday, October 25, 2011

Life Baru...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.... ^__^

Apa khabar kalian? sihat? Alhamdulillah, saya sihat seperti biasa. Hati pun bertambah-tambah tenang. Bertambah-tambah senang.... xpayah nak fikir tentang hal2 yang tiada lagi kaitan dalam hidup saya. Hal2 yang lalu, biar antara saya, dia dan Allah. Ini ajaran ustazah saya.... Biar kita nampak hina di mata manusia, tapi... InsyaAllah, mulia di mata Allah. Sebab itu agaknya, ketenangan sentiasa bersama-sama saya. Alhamdulillah.... x gitu kawan-kawan?

Life diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. banyak pengajaran dan iktibar cerita hidup saya yang lepas... dan mungkin ketika itu, saya benar2 berada di bawah. dan kini, saya kembali bangkit. dunia construction ni, kecik je. lagi2 di Malaysia. mana tahu 1 ari nanti saya berada di atas. Amin........ ^__^

Oh ya...... macam mana kehidupan kawan-kawan? xmo emo-emo mcm saya ari tu tau.... Mengadu dengan Allah..... lebih berkat tau. Alhamdulillah, terasa ketenangan tu.

Ok la allz... ada kerja nak buat sikit. Hurm.... ^__^ Senyum je k? InsyaAllah, senyum tu penawar segala duka. Amin....

Friday, October 21, 2011

senyum.... x perlu kata apa-apa

Assalammualaikum... ^__^

Saya baru sampai umah. Hari ni, saya ke Melaka sbb ada site meeting dgn client & sub-con. Alhamdulillah, hari ni....saya merasa sedikit ketenangan. Ketenangan kerana jawapan kenapa saya bersedih 2 3 ari ini. Saya hanya berdoa, dan Allah menunjukkan jalan tersebut. Siapa betul dan siapa salah. Xpe, saya terima... Redha je la kan.

Tak payah gedik2 bercakap dengan semua orang... x payah jerit2 maki hamun orang. Kalau kita benar, benar la kita. Kalau kita salah, pempaham sudah. Diam x beerti saya salah/kalah. Mencanang cerita orang sane sini pun, x beerti kita betul. Allah itu Maha Adil. kan?

Hurm... ada gak 1 kes siang tadi, bila saya tulis entry sebelum ni.... saya hanya menggunakan perkataan 'kakak' je kan... 'kakak' tu yang memberitahu saya, siapa sebenarnya yang selalu cucuk saya dari belakang. saya x tujukan kepada sesiapa. kenapa harus terasa dan tuduh orang2 yang tak bersalah? dari situ saya da dapat agak, rupanya.... o0o... ramainya dia canang tentang saya. ^__^ xtau, kenapa saya menjadi tenang ketika itu. Ya Allah... tunjuklah aku kebenaran tentang semua ini. Amin........ lambat atau cepat bukan ukurannya, yang penting.... saya tahu kebenaran tersebut.

saya tahu saya bukan kawan yang terbaik, tapi.... sekurang2nya, saya berusaha menjadi kawan yang terbaik. saya x pernah bercerita tentang dia kepada sesiapa. apa yang dia atau sesiapa cerita, semua saya simpan. tapi, saya tertanya2 kenapa dia mencanang2 cerita tentang saya? saya buat salah ape pada dia? dia cakap, saya tutup pintu rezki dia. ape yang saya buat? saya teringat msg saya pada dia... saya tulis.... "sekarang saya hanya ada awak, zahid dan asram. itu je penguat semangat saya sekarang." tapi, rupa2nya, abang saya, ada 2 je. saya x sangka.... betul2 x sangka.

xpe la... mungkin ini lah hikmah semua ni. saya da mula belajar menerima keadaan ni. xpe, rezki ada di mana. bumi Allah ni luas....rezki tu ada di mana. mungkin bg dia saya tutup pintu rezki dia, tapi rasa2nya... seperti dia yang tutup pintu rezki saya. :) Allah itu Maha Mengetahui.

hari ini, mungkin hari saya.... tapi kita mesti ingat... mungkin ari ini, dia di atas. tapi, x mustahil, 1 ari nanti dia mungkin berada di bawah. mungkin juga lagi bawah dari saya sekarang.


/div>

Thursday, October 20, 2011

2 3 ari ni....

mesti pelikkan kenapa 2 3 ari ni saya emo semacam kan? nak dengar cerita???? hurm.... ceritanya.... mula2 saya memang nak quit dari kerja ni. saya da rasa bosan dengan environment office ni. then, time lepak-lapak dgn zahid and remy (time ni kat johor)... saya cakap dgn remy, saya nak quit. saya da bosan dgn semua ni. saya cakap saya kesian dgn site supervisor saya yang selalu telefon ckp kerja banyak. da xleh handle. saya pun cakap dgn remy... mnt la boss selaraskan gaji tu. sbb sorang site supervisor saya tu gaji dia x sampai RM2k. ok fine.... 1 lg, saya cakap, saya as a site engineer, kenapa saya buat kerja project engineer? ok.... then, remy pun cakap, nnt dia usul dekat boss. ok......

then, minggu b4 excident tu, saya balik naik kete dgn remy. saya cakap benda yang sama.... pastu, dia cakap, ok nnt dia bgtau. :) saya pun senang hati je la. then, ikutkan perancangan, selasa saya kena turun balik ke johor. ok la kan.... so, isnin, saya ada final remeasurement kat bera. tapi, petang tu remy cakap suh saya turun ari rabu. postpone.... so, selasa, saya selesaikan semua documentation/claim... ari rabu, pagi2 saya da gerak sbb kena singgah kat melaka untuk amik walkie talkie. ok... tapi, x kesampaian sbb saya excident.

excident ari rabu, so, saya MC... (tapi, ada gak meragui MC saya tu... tq en.hasnol. next time kalau awak kena tempat saya, awak tau mcm mane rasa mcm tu). Khamis saya ke klinik lg utk check slps 24jam, saya diberi MC lagi. ok, kena rest cukup2.

da cukup rehat, isnin.... saya dtg kerja mcm biasa. pagi tu, tumpang hafiz. ye... (saya tahu kereta saya xde...saya menumpang. memang banyak minta tolong dgn dia) ok.... pagi tu saya bincang dengan dia sebab saya dengar bos marah saya sebab katanya saya x pandai jaga kereta. pastu, pasal kerja pun mcm tu... saya x pernah berkira buat kerja siapa pun. tolong menolong, sbb bagi saya semua da mcm adik beradik.

pagi tu, big boss masuk... dan petang tu saya dipanggil. bermula dengan bagaimana excident tu terjadi... dan kemudian tanya ape lagi injured yang saya alami. ok..... x lama lepas tu, dia bercakap saya ni racun. saya meracun fikiran supervisor2 saya, cakap gaji sikit kerja banyak. saya terkedu. lepas tu, dia cakap lagi.... saya ni selalu cover remy dan cover budak2 projek. remy dan yusnan pasal kes jual barang2 dekat site. pastu, pasal kak myza laola.... saya cakap dia boleh buat kerja di site, tapi... hakikatnya ada orang cakap dia xleh uat kerja. ok, saya kena marah lagi sebab saya cover orang.... :) xpe.... saya terima. pastu, yang paling saya rasa sakit ialah bila dia tanya saya, ape kerja yang saya buat. dia jugak cakap, remy cakap dia x perlu pun saya di sana. tersentap kejap... ok!!!!! (padahal, dia suh saya turun ari rabu.. saya keliru... nmpk mcm ada org nak selamatkan tengkuk dia, tengkuk saya disembelih) ok.... zahid cakap, saya kena ada sebab dia perlukan orang untuk buat paper work. time tu, huzairi mcm chipsmore. kejap ada, kejap xde. xpe la.... ssh nak bercakap dengan orang yang da benci kita kan? so, nak explain ape pun ssh. so, xpe.... petang tu, balik lagi dgn hafiz... dan mcm biasa, sbb da anggap mcm adik beradik, saya cerita semuanya. bagi saya, remy sembelih tengkuk saya. hilang hormat saya pada dia. saya redha.... hilang sorg abg, saya tetap ada asram, zahid dgn hafiz.

2 3 ari.... tetap begitu. hati makin terluka.... tapi semalam, lebih luka lagi. sbb..... ada seorang kakak, yang kesian sgt dgn keadaan saya ni.... bercerita... "sal, baik la awak jaga2. sbenarnya, org yg paling rapat dgn awk da cucuk awak dr belakang. banyak kali...." tersentap saya. ok..... :) saya tanye..."sape kak?"... "sal, sape yg paling rapat dgn awak? mulanya akak xnak buka cerita ni, tapi, kesian tgk awak. awak sorang2 je tanggung semua ni."..... saya bertanya lagi..."sape kak?"... "mcm ni la sal, sbenarnya benda ni da lama.... awak x pernah bercerita pasal bdk2 projek. tapi, ari tu, dia ada bercakap tentang awak kat atas. kami terkejut sgt....kan korang rapat.." saya terkedu. xkan dia? hurm..... saya bertanya, "hafiz ke kak?".... "hurm... mcm tu la kiranya sal. hati2 la dgn dia. tu sbb dia bertahan lama.... sal, jgn percaya dgn orang ofis ni. slalu pentingkan diri sendiri. tikam belakang kita tanpa kita sedar"..... x percaya. lansung xpercaya.... tapi, ini lah hakikat yang mungkin saya kena terima. xpe... :) saya telefon salah sorg supervisor saya... tanyakan pendapat dia... dan dia juga bercakap..."sal, aku dari dl da cakap dgn kau. kau ingat x?" Oh Tuhan, apa dugaan Kau berikan pada ku.

semalam... saya g Melaka seorang diri. saya berfikir.... kdg2 org bermulut jahat ni hati dia lagi baik dari org yang bermulut manis. biar cakap depan2, tapi... sakit dia kejap aje. open.... kan? dari cakap belakang2 kita...kan?

ari ni, saya uji lg. saya cakap dpn seseorang yang saya yakin akan sampaikan cerita saya akan quit. :) dan nampaknya saya betul.... berita tu sampai gak. heheheh.... xpe. dan ye, ptg td, ada org mengamuk dkt fb. cakap mcm2... ye, saya akui saya slalu minta tolong dia dl. bg saya, dia da mcm abang saya. saya kenal family dia, dan dia kenal family saya. saya pun telefon kak myza laola, "kak, kenapa dgn hafiz ni kak? ape yg dia mrh sgt." dan.... "td tghari, akak ada ckp pasal dia btau boss akak xreti buat keje. dia tanye sape bgtau akak, akak x ckp sape2. agaknya dia fikir awak la kot".... o0o.... dlm banyak2 org dia bgtau.... remy...shima...big boss...saya.... kenapa dia fikir saya? o0o... sebab 2 3 ari ni, boss da x suka saya ke, dia boleh pk mcm tu? agak2 yang selalu menyampaikan cerita pada org lain, sape erk? hurm.... :) saya senyum. saya tau di mana saya sekarang. ok... thanks.

saya x jaja pun cerita sape2. rahsia masing2 saya simpan... kalau saya ni mulut tempayan, da lama wife dia tau dia ada scandal la ape la. hurm.... jap2. saya gak xde la telefon orang sane cni cakap saya ni tutup rezeki org la... ape la. :) saya xde telefon kutuk2 orang. saya tahu...tapi, saya saje buat2 xtau. rupa-rupanya baru saya tahu, org yang paling rapat dgn saya la yang suka canang cerita pasal saya.

sekarang, saya tahu.... biar mulut jahat depan2, tapi... x kutuk belakang. nampak mcm baik je kat depan, belakang... hanya Allah je tahu.

saya tahu...mungkin ada jugak salah saya kat sini. tapi... hakikatnya, ini la cerita saya 2 3 ari ni. tapi, cerita belakang2 saya xtau. maklumlah, ramai sangat suka cerita belakang2 da sekarang ni. yang tak tahu pape pun.... suka2 tambah perisa. terima kasih la erk? hari ni, hari saya... esok lusa mungkin hari anda plak. perjalanan jauh lagi.... dunia ni pun luas. dan Allah tahu di mana kebenarannya.


Allah lebih tahu....

Assalammualaikum kawan-kawan....

Sihat? Life ok? ^__^ Alhamdulillah, saya da makin ok. sebab saya da tahu yang mane satu kawan yang mane satu xleh kawan. kenapa? dia terasa ke? hahahha.... dia tahu dari mane? saya pun x tahu. sebab nya, saya x bercakap dengan sesiapa pun. saya hanya tulis dlm blog ni aje. itu pun, saya x tulis nama pun.

betul cakap miza akaun, kawan adalah kawan, officemate xleh uat kawan... sbb officemate ni la selalu sembelih kita. saya x bercakap 1 ape pun... tapi, orang sekeliling yang perasan situasi saya. ^__^ saya hanya pandai meratapi. tapi, last2 semalam ada la seorang insan yang kesian dekat saya agaknya, bercerita... siapa sebenarnya kawan saya itu. Allah aje yang tahu lumatnya hati saya ini. tapi... xpe. mungkin dulu, sebelum terkena, saya xtau ape...lepas da terkena, saya tahu siapa dia.

dia tahu? dia marah? oh tidak.... saya x buat ape2 pun. saya hanya tidak mahu pandang muka dia aje. :) saya x menilai dia... tapi, sebenarnya... insan-insan sekeliling yang menilai dia untuk saya. saya x bercakap ape pun tentang dia. dulu, saya ingat kami macam da adik beradik... ikhlas sbb saya anak sulung... tapi, bila jadi perkara mcm ni.... :) saya tahu... sebenarnya siapa dia.

terkilan hati... :) saya sendiri x yakin dia seperti itu. tapi, bila insan-insan keliling berkata....dan rasanya betul juga ape mereka kata. huhuhuhu.... xpe la.... saya da x kisah ape yang diaorg ckp. thanks to miza akaun... sbb kata-kata anda itu pengubat segalanya. :) saya mula yakin... kawan sekerja di sini, tidak boleh saya percaya. dia hairan, kerana.... saya sedikit pun xpernah memburuk2kan dia, tapi...rupanya2 dia pernah bercakap belakang tentang saya. kenapa x cakap depan2? kenapa? takpe... berani kerana benar. Allah tahu kebenaran hakikinya.

oh ya..... kepada sesiapa yang konon2nya back up sgt dia kan.... saya xpernah sentuh hal peribadi dia. saya x pernah bercakap tentang dia. x heran pun kalau dia dipuja mcm mane pun. saya xde masa nak menilai lansung. orang-orang sekeliling yang menilai semuanya. saya hanya senyum aje. sbb saya tahu dulunya dia bagaikan adik beradik... biar semua tersemat di hati. saya redha...... sbb saya tahu.... mungkin saya x nampak, tapi.... orang-orang sekeliling saya, nampak kesemuanya. :) mungkin saya diam...diam saya x beerti saya salah/kalah. Allah lebih tahu... xpuas hati meh jumpa depan2... nape bila berjumpa depan, tunduk muka..???? hurm.... :)

Wednesday, October 19, 2011

:)

manusia hipokrit.... manusia bertalam2 muka.... mak aih... xtau saya nak ckp awak tu mcm mane. mmg terkejut tapi, itu lah hakikatnya.... kawan makan kawan. istilah yang sesuai sgt saya bagi dkt awak. hurm... rasanya saya xde masalah dgn awak kot. tapi, nampaknya awak plak buat masalah dgn saya kan? saya ada susahkan kerja awak ke? rasanya takde kot... :)

saya x pernah masuk campur hal awak kot. awak nak buat ape pun suka hati awak la kan... tapi, sekarang bila da jadi macam ni, saya da naik menyampah tengok muka awak. pandai awak kan? nape x cakap depan2? nape kena ckp belakang2? kalau rasa diri tu betul, meh kita cakap depan2. kita tahu sape salah, sape betul... nak?

cakap saya emo la ape la kan???? sape x emo, kalau jadi macam ni. meh saya buat perkara yang sama dekat awak... nak? tapi.... InsyaAllah, saya doakan untuk awak erk? :)

pergi la jauh2 dari saya... saya da menyampah la tengok awk.. :)





Tuesday, October 18, 2011

xde mood

susahnya nak pulihkan hati yang terluka.... luka di tangan boleh dilihat, luka di hati siapa yang tahu? kekecewaan ni makin teruk jadinya... mcm orang putus cinta je rasanya, tapi... cinta gak kan? cinta pada kerjaya. ^__^ yes!!! of course.... tapi, xde sape yang memahami. Hanya DIA sahaja yang tahu... hanya DIA sahaja tempat mengadu.

Mood x payah cakap la kan.... memang xleh bla da. merundum betul. tengok orang pun da naik menyampah jerk. nak bercakap pun da malas.... lantak korang la. korang nak tunggang langgang pun, suka hati korang la. xamik tau dah pun.... :)

Mood dengan en.suami pun ssh nak ckp... dah la jauh kan...mcm2 hal jadi plak. so???? sian en.suami, confirm beliau jadi mangsa la. T____T ampun en.suami. sabar ye????? tgh banyak tekanan ni. kiri kanan macam hampeh.

Ya Allah.... tolonglah hambaMu ini.. kuarkan la aku segera dari kemelut ini. Aminnn.....



pagi ini....

Assalammualaikum semua....

Apa khabar u allz???? sihat??? lama x bercerita dgn u allz kan? hehehe... saya pun memang xde mood aje kebelakangan ni. sekarang pun still suam-suam kuku jerk. malas nak amik port sgt. tapi, prestasi kerja memang totally merundum. da xde mood lansung nak kerja. totally lost.... :) da tak fikir ape orang cakap, sbb da terlalu penat. penat cuci taik orang, last2 orang ckp, xtau saya buat kerja ape... mcm saya duk goyang kaki je kat office. nak kuar g site pun da malas, nnt orang ckp menghabiskan duit je. so, duk office, buat2 ada kerja. ^__^ best tak?

life diteruskan mcm biasa.... cuma, xde la mcm dulu2. saya kalah kalau ada politik manusia ni. memang x berminat nak join. bab tolong sapu2 buntut, mengendeng2 ni... minta maaflah, saya memang x pandai. so, biarkan aje la. x masuk campur pun. buat kerja sendiri, sudah. balik umah, masuk bilik....... duk je la baring2. ada mood tengok TV. yang penting, saya x kacau org, kan? kan?

^__^ k la allz.... nnt kalau ptg, saya ada mood, saya sambung cerita. k?




Monday, October 17, 2011

=_____+

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... ^__^

apa khabar semua? saya? Alhamdulillah, lihat dari fizikal, InsyaAllah... saya sihat. tapi, dari segi mental, rasanya masih belum cukup kuat lagi.

Nak bawa kete kat highway pun, still rasa semacam jerk. x kuat mcm selalu... mcm mane la saya nak berdikari mcm selalu? kuat ke saya? T__T cepatlah pulang semangat.... time hujan pun, still rasa menggigil nak driving. adoiyai.... betul2 buat saya ssh hati. xkan nak harapkan orang lain je kan? hurm...... ape la saya nak buat ni?

sekarang ni, g keje naik kete abah... sian abah plak xde transport nak g ngetea. huhuhu... xpe la. nak repat my Ms.S.... da siap repair, i bawa Ms.S lenjan laju2 mcm dl2. hahaha.... ^__^

skarang ni, xde idea nak cter pape pun. hari2 bosan..... :) ok la allz... nnt, kita chat lg. bye....


Saturday, October 15, 2011

senyum....

indah suria pagi ini
menawan hati
menceriakan rasa

ku senyum ceria hari ini
menyejukkan panas di hati
^___^

ku senyum sendiri
merawat segala luka di hati
ku pasrah kan hati
melegakan semua parah di jiwa

ku redha Ya Allah
ketentuan Mu Ilahi

Friday, October 14, 2011

diam tak beerti salah/kalah

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.....

Alhamdulillah, masih lagi dapat menghirup udara segar untuk pagi ini. ^___^ dan saya masih begini. sedikit murung dan memang terlalu sensitif sejak akhir2 ini. hidup masih diteruskan seperti biasa.

mood masih tidak pulih sepenuhnya... hanya dengan insan-insan tertentu sahaja saya berbual, itupun sekadar mengisi kekosongan hati. berbual, senyum tapi tak semestinya kita gembira. asal kerja siap seperti biasa, sudah kan?

seperti biasa.... diam+tangan bergerak+otak berfikir=kerja siap. senyum tetap senyum.... walau di dalam hanya Allah sahaja yang tahu.

Thanks to fwenz yang banyak bagi sokongan... ^__^ sayang u allz. Untuk en.suami, terima kasih juga sbb selalu bg kata-kata sokongan kepada saya. sgt2 syg en.suami....

Thursday, October 13, 2011

^__^

payahnya untuk aku mempercayai kamu lagi....
kata hati minta menjauhi
waktu tentu masih tidak mengizini

masih mampu ku tersenyum
namun hati ku tetap luka
luka parah dek kealpaanmu
aku masih parah
hancur satu demi satu

mampu aku berdiri lagi
namun tidak di sisi kamu
jauh beribu akan aku jarakkan
dan
tidak mahu lagi
aku memandang kamu seperti dulu

^__^



Monday, October 10, 2011

T__T

Bismillahhirrahmannirrahim....menggigil jemari ni nak menulis entry kali ni. entry kali ni maybe nampak agak emosi, tapi sebenarnya lebih cenderung melempiaskan cebisan hati yang terluka. terima kasih kepada insan-insan tersebut. biar hanya Allah yang membalasnya. ^__^

pertama kali, saya ingin memohon maaf andai terdapat kata-kata saya mungkin akan menyebabkan sesiapa terasa. tapi, luka hati saya lagi parah.

thanks kepada sesiapa yang berusaha keras untuk membuat cerita bukan-bukan tentang saya. anda memang belum betul-betul mengenali saya. hari ini, saya mungkin mengalah lagi. belajar dari kesilapan dan belajar menilai seseorang. minta maaf andai selepas ini ANDA dan ANDA orang yang saya paling tidak percaya.

^__^ politik manusia tidak akan kemana. mungkin di atas bumi Allah ini, anda selamat. saya benci ANDA dan ANDA.

sesekali tidak akan saya percaya lagi kepada anda... jijik melihat perilaku sopan santun anda. penuh kotoran hati anda itu. Allah hu Akhbar, hanya kepadaMu ku serahkan ANDA dan ANDA tersebut. tiada redha lagi di hati ini untuk ANDA dan ANDA... ^__^

saya akan tersenyum tapi tidak akan sesekali mempercayai lagi. usah kata mahu berkawan, melihat ANDA dan ANDA juga saya jijik. perilaku seperti haiwan berwajah manusia. sudahlah hodoh pandangan mata perilaku turut jijik juga.

terima kasih kerana hari ini ANDA dan ANDA berjaya menggugurkan air mata saya. InsyaAllah, jiwa saya masih kental. kerana saya tetap ada Allah di sisi.




Sunday, October 9, 2011

Terima kasih Allah.....


AllahhuAkhbar..... ^__^ lama saya menghilangkan diri dari dunia blog ni. saya bercuti selama beberapa hari, berikutan tragedi yang terjadi pada diri.

tragedi 5 Oktober ini betul2 memusnahkan semangat saya. hanya Allah sahaja yang tahu kerana saya seorang saja berada di dalam kereta tersebut. Hanya Allah sahaja yang saya ingat.. betul2 terasa kematian itu betul2 dekat dgn saya. mungkin ketika itu saya tidak bersedia untuk hadapi saat2 kematian itu... terasa melayang semua semangat saya. en.suami yang jauh di sana. Alhamdulillah, nasib ini baik kerana ada ma dan abah di sisi.

saat kereta ni, berpusing2 melanggar pembahagi jalan, hanya Allah sahaja yang saya ingat. Allah... Allah... Allah... terima kasih, kerana masih memberi saya peluang untuk menghirup udara segar di bumiMu ini.

^__^

Tuesday, October 4, 2011

ku mula dengan sendiri
merangkak..
berdiri
dan hari ini
aku berdiri sendiri

mungkin aku hanya wanita biasa
tapi
aku punya prinsip ku sendiri

ku yakin dan pasti
aku mampu tersenyum kini
dengan doa ibu, bapa dan suami
impian dan cita-citaku tercapai hari ini

^__^


terbang melayang

arghhhhhhhhhh................................. saya mahu menjerit sekuat hati. tapi, nampaknya macam x mampu. saya mahu berundur diri, tapi.... prinsip mengatasi semuanya.

saya janji pada diri untuk menolong selagi termampu. saya mahu pastikan semua berjalan seperti yang dirancangkan. ^__^ saya tidak mahu nampak lemah bila orang-orang saya kelam kabut. saya tidak mahu saya putus asa bila orang-orang saya mula nampak lemah. Ya Allah.... berikan saya kekuatan. berikan saya jalan terbaik untuk mengatasi semuanya. Ya Allah.... hanya padaMu tempatku mengadu. Hanya Engkau sahaja yang memahami hambaMu ini.

mungkin mereka nampak kita buat macam senang. mungkin orang tengok macam remeh.... tapi, kalau nak cuba meh la ganti tempat saya. saya offer.... ^__^

^__^ di manakah semangat saya? di manakah kekuatan saya? melayang-layang......

Saturday, October 1, 2011

^__^

Alhamdulillah... selamat sampai di Seremban dengan selamatnya. teramat penat, nasib baik En.Remy yg driving, so, saya rehat2 saje. hehehee... tdo sampai meleleh air liur. hahahaha....

Isnin saya akan ke Bera, Phg untuk sentuhan terakhir di sana. dan selasa saya akan terus ke Kota Tinggi. maybe, buat masa ni saya akan terus tinggal di hotel. rumah x dpt lg. ssh gila nak dpt rumah yg fully furnished. T__T

entry saya agak membosankan... sbb nya life saya pun mmg bosan. pagi2 fikir kan kerja. malam2 pun kerja.... Alhamdulillah, nasib baik ada en.suami yg amat2 memahami. thanks abang... I love You so much....

Friday, September 30, 2011

Sg. Telor, Johor

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... ^_^

Anda semua sihat? Alhamdulillah, saya sihat-sihat saje. cuma sedikit sibuk dengan kerja. dan sekarang, saya berada di Kota Tinggi, Johor.

Kerja da bermula di sini. Agak sibuk dengan paperwork dan urusan di site. kepala mula sedikit retak memikirkan saving office. mak aih....!!!! poning kepalo den. semua nak kena masuk dgn harga BQ. so, macammana? nasib baik la semua kat sini sedikit gila-gila. so, release tension ckit.

Projek agak slow rock. semua masih dlm perancangan. ^__^ agak pening memikirkan perancangan projek ni. hopefully, semua department memberikan kerjasama untuk melancarkan projek di sini. wa duduk sini sampai tahun depan... T__T

ok allz..... ^__^ can cin cau dulu....


Tuesday, September 27, 2011

^__^ back to work...

Assalammualaikum kawan-kawan....

Semua sihat? Alhamdulillah, saya sihat-sihat saje. Ari ni, ari pertama saya mula bekerja kembali. ^__^ semalam, sampai di KLIA lbh kurang pukul 7.40pm. agak penat... dan sedih meninggalkan em.suami di Labuan.

Semalam, hujan lebat time flight sampai. mak ai... mcm tau2 je, dlm bangunan pun ujan. huhuhuhu... pagi tu, saya dan en.suami jalan-jalan beli cenderahati untuk office mate. ^__^ cokelat untuk saya. hehehe.... ^__^ en.suami belanja.

sampai je office, keje da menimbun. haiyaaa!!! fenin T__T

uat keje dulu...

Saturday, September 24, 2011

Muzium Marine Labuan

hai kawan-kawan.... en.suami da pergi keje, so, kita sambung citer balik. ^__^

semalam.... en.suami kan off. hari Khamis tu beliau janji nak bawa saya g tgk hidupan laut. en.suami cakap, mcm2 ada. ^__^ exited je dgr. so, saya pun tuntut la janji beliau tu. and then, lbh kurang pukul 2ptg, kami pun sampai di Muzium Marine Labuan.


WELCOME TO MARINE MUSEUM...
ni pintu masuk ke Muzium Marin tu. en.suami yg pemalu+x suka amik gambar. T__T
tengok pintu pun da exited sbb boleh nampak laut and kapal2 kat hujung sana.


opsss... sila abaikan tuan punya blog yang montel itu. ^__^


ni la kat belakang muzium tu. cantik sgt. saya suka.. ^__^


opss... ni patut gambar yang ke-2. hehehe... PEMALAS!!!! nak edit pun malas kan. ^__^

Peace... V(^__^)/ sila sama2 kita menjaga hidupan laut yer...

kami siap melawat lbh kurang pukul 3.30pm... marvelous... saya betul2 sgt suka muzium ini. tulis note...
"I'm fall in love...Congrats Muzium Marin Labuan"

Sarapan Pagi... ^__^

Assalammualaikum dan Selamat Pagi kawan-kawan... Hari ini hari Sabtu. Hari ke-5. ^__^ Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ok...!!! Jam da menunjukkan pukul 6.45pagi, tapi di sini da seperti pukul 7.30-8.00pagi.


ok... ni pukul 6.09pagi. ^__^ da cerah. macam pukul 7.00pagi Semenanjung. terasa awal gila saya bangun.

ni plak sarapan pagi saya ari ini. Spaghetti... masakan en.suami untuk si isteri. sedap...lagi sedap dari masakan saya. ^__^ Tq en.suami. <3 sayang abang.

Seawal pagi 5.30 en.suami da bangun tuk menyediakan sarapan untuk saya. Tq en.suami, walau pagi ni en.suami kerja tapi beliau nak juga sediakan saya sarapan pagi ni. Maklumlah da 2 ari beli sarapan di luar. Nasi lemak... da makan nasi lemak, mula la mata mengantuk + malas.... macam mane nak pusing2 Labuan kan???? so, pagi ni, en.suami ringan tulang la nak sediakan Spaghetti ni. sedap. Manis+Masam+Pedas... ^__^ da amik resipi. Nnt saya nak cuba. Kuah dia tu resipi en.suami sendiri tau. Bukan yang dalam tin ke ape...

Oh yer... en.suami da siap2 nak g keje. Nnt saya sambung cerita lagi. see u...


Friday, September 23, 2011

^__^ Jumaat

sekarang jam 0951... tapi, da mcm tgh ari. confius la duk cni. kdg2 terasa mcm cepat sgt, kdg2 rasa mcm lambat sgt. hehehe... awal pagi, tapi da mcm tgh ari. saya dan en.suami tgh rehat2 sambil menonton hantu bonceng. best2... en.suami off duty ari ni.

smlm (mlm td) kami g Anjung Ketam... kira kat situ ada jual makanan laut la. fresh2 gitu. kiranya masa kita pilih2 tu, ikan/ketam/udang/lobster tu idup g la. mcm2 ada... kerang pun ada. syok sgt2. so, pilihan kami adalah ketam dan udang. ^__^ suka2. ketam harganya RM3 untuk 100g dan udang RM5 untuk 100g. ketam masak sambal dan udang masak berempah. sayur mcm biasa... sayur kailan ikan masin. air... kami pilih jus epal. berselera kami makan. pergh... kenyang siot. udang saya habiskan dan ketam en.suami yg habis... ececece..padahal en.suami makan seekor setengah je, tapi sbb dia amik ketam paling last, saya cakapla dia habiskan..pandai tak??? hahaha.... kenyang2. best tau, makan sambil menikmati keindahan laut. angin sepoi2... wah...!!!!! i fall in love. nak duk sini boleh tak? hehehe....

ingat smlm nak makan lobster... tapi, ketiga2 anjung ketam tu xde. so, plan dgn en.suami... pagi2 g jetty cari lobster yg turun dr laut.fresh lagi tu. nak masak sambal. so, dlm koi 0715, saya dgn en.suami g la jetty and pasar cari lobster dgn sayur2 segar... planning ari ni nak masak lobster masak sambal, kailan ikan masin and uat air cincau. hahaha... meleleh tak? tapi... HAMPA sbb lobster xde. digantikan dengan udang yg BESAR. perghhhh.... best2. planning diteruskan. I like.. ^__^ ni tgh rehat2 sblm kami memasak.

ok la allz... nnt saya sambung lagi.

notakecik:

fara, bukan akak xnak upload pic, tapi lupa bawa bluetooth... nnt balik Semenanjung, akak upload banyak2.

Thursday, September 22, 2011

Hari Keempat @_@!

Hari ini hari Khamis. bermakna hari ke-4 saya di Labuan. ^__^ saya baru balik dari dating tepi pantai dengan en.suami. Argh.... gila suka. cantiknya pantai tu. ada plak gerai ABC dgn cendol td, so, saya dgn en.suami dating2 sambil makan ABC dgn cendol. hehehe... makan sambil menikmati keindahan alam. i like.... nsb baik la en.suami tu memahami, sabar dgn kejakunan si isteri ini. hahaha...

lepas da puas tgk pantai tu, kami ke pekan (nak kata pekan, ni la bandar nye.... tapi kecik. camno tu?)... kami beli sedikit barang utk dimasak esok pagi... sbb mlm ni, nak g makan seafood kat tepi pantai... ^__^ after tu, g saloon sbb nak potong rambut... en.suami x bg saya potong tanpa pengawasan beliau. katanya, nnt saya potong pendek sgt... then, jalan2 lagi. cuci mata. opsss.... ada pasar malam gitu. tapi, pasar malam ni unik sikit.. sbb pasar malam ni xleh masak kat situ. semua masak di rumah masing2. so, nmpk mcm x fresh sgt la. hurm... ada gak mcm tu kan? hehehehe.....

ok... td g lunch kat luar... en.suami ckp kedai makan tu famous sgt kat cni. mmg time tghari lalu confirm xde parking... so, kami pun pergi agak lewat ckit la. bagi laluan kat org2 lain dl. masakan dia okay2 aje. xde la sedap sgt. tapi, mmg masakan sini... ala2 je. kalau org semenanjung dtg cni meniaga, confirm laku. betull!!!!! xcaya cuba la. ^__^

hurm.... ^__^ ok la... nnt kita sambung entry lain plak. now, nak rehat sekejap. ^__^

Wednesday, September 21, 2011

Hari Ketiga :)

wow.. pejam celik pejam celik, da hari ke-3 saya bercuti di Labuan. ^__^ suka hati. tapi.... T__T maknanya lagi beberapa hari perpisahan akan terjadi. huhuhu... sedey mcm ni. ari ni en.suami kerja malam lagi. hari ke-2 dan esok... jeng jeng... en.suami off duty. so, boleh jalan2 gelek2 dating2.. xde sape nak kacau. hahahah....

tadi... planning nak ajak en.suami g mancing. gila syok. ^__^ tapi, x tau la lagi mcm mane. sbb cuaca kat cni x menentu. kejap ujan kejap panas. kalau ok, saya akan teruskan planning.

dan..... nak ajak en.suami jalan2 kat tepi pantai. wahhhh!!!! x sabar nya. saya jatuh hati dengan laut di sini. ^__^ kalau la... ada rezki di sini kan best. syok je. en.suami dan saya kerja di sini... best2.

hahahaha.... td, saya g lunch date dgn en.suami. beliau bawa saya jenjalan.... sambil beli barang dapur. kat sini, nak jumpa kereta Malaysia punyalah susah. haihhh!!! terpegun kejap. jakun pun ada kot. bukan ape, semaju2 KL tu... jarang la jumpa kereta besar ala2 mewah ni kan... tapi, kat sini... pergh!!!! gila saya dibuatnya. tu tadi cakap dgn en.suami.... kalau la beliau baru keje di sini, dan rezki saya pula dapat kerja di sini.... agak2 mampu kot nak beli Nissan Murano untuk saya dan R1 untuk en.suami. wow!!!! dasyatnya impian. hahahaha....

1 lagi... makanan kat sini x mcm kat semenanjung. ^__^ lain ckit la. tp, not bad la. kali ni maybe saya akan round Labuan sahaja. masa x mengizinkan la tuk ke Kota Kinabalu. tapi, xtau la kan... ada rezki lebey, ada masa terluang... sampai plak kang... ssh nak jangka. tapi, planning kali ni hanya bercuti di Labuan sahaja.

^__^ k la allz. kat cni da gulap gelita mcm pukul 8lbh tau. hehehe... amazing kan? saya pun terkejut. hurm.... tapi, sy suka.

Tuesday, September 20, 2011

malam ke-2 ^__^ labuan

sayu je malam ni... keseorangan tiada teman. huhuhu.... en.suami kena bertugas plak. sambil2 tu saya pun kemas la apa yang patut. maklumla duduk bujang ni mcm2 la jadinya. sane stoking cni stoking, kasut tu, kemain berbaris panjang. hahahaha... lawak pun ada.

Alhamdulillah, setelah 8 bulan kami bersama, ni la first time saya puas hati dapat melayan semua keperluan en.suami... dapat masakkan makanan untuk beliau, dapat buatkan minuman petang sebelum beliau masuk kerja petang tadi.... basuhkan baju beliau, guna tangan lagi.... hahahah... sungguh saya x sangka... ^__^ tapi, ada rasa satu kepuasan bila saya buat semua itu. mungkin inilah rasa seorang isteri.

kemas2 umah... tapi, kejap kemas kejap berehat. entah kenapa 2 3 ari ni, badan tak berapa nak sedap. cepat penat cepat sakit pinggang... so, last sekali en.suami cakap, buat esok. rehat je la... ^__^ green light. amat memahami kemanjaan si isteri ini. haihhhh!!!! manja la sangat kan??? gedix je lebih. tengok kain, mak aih!!!! berbukit nak kena basuh. esok pepagi nak kena basuh. sbbnya, pukul 6 kat cni da mcm pukul 8lbh kat semenanjung. terik lagi..... so, memang sesuai untuk sidai kain.

... k la allz... nnt kita update entry lg. can cin cau... ^__^

C.I.N.T.A ~ Bab 6

*****

Amiza melangkah lemah menuju ke Kolej Mawar. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Anita pagi tadi. Dia tidak menyangka Amri mempunyai teman wanita seperti Anita. Wanita yang miskin budi bahasa itu telah memalukan dirinya.

“Kesian Am. Kenapalah dia cari perempuan macam Anita tu jadi teman wanita. Am tu handsome, kaya pulak tu. Anita tu memang la kaya…tapi, miskin. Miskin sopan santun. Cantik pun sebab make-up je… haihhhh”

Sampai sahaja di biliknya, Amiza membaringkan dirinya. Tiada mood untuk melakukan apa-apa. Mohd Helmi berjaya menenangkan dirinya. Cepat sungguh berita memalukan sampai ke fakulti Mohd Helmi. Tersenyum mengingatkan kesungguhan Mohd Helmi memujuknya. Pandangan mata Mohd Helmi mencairkan amarahnya kepada Anita.

Tangannya meraba-raba di dalam beg sandang mencari telefon bimbitnya. Terdapat enam miscall dan 3 message terpapar di screen telefon bimbitnya.

“Am…….”

Amiza mengeluh. Kejadian pagi tadi betul-betul menyesakkan hatinya. Perit. Sungguh, dia tidak akan sesekali keluar lagi dengan Amri. Maruahnya tercalar dek kerana lelaki itu.

Tangannya menekan keypad inbox. Jarinya terhenti. Berbelah bahagi sama ada untuk membaca atau membuang terus pesanan dari Amri itu. Hati meronta akal memujuk. Akhirnya, jarinya menekan open.

“Amiza, please forgive me about Anita. I tak sangka dia sanggup serang you.I dengan dia dah lama clash. We’re friends. Dia jealous I keluar dengan you last night. Tolong pick up my call.”

Amiza mengeluh lagi.

Pesanan kedua dibuka.

“Amiza, kenapa you tak jawab I call you? Message I you lansung tak balas. You marah I lagi ke? I minta maaf. Please pick up my call or reply my message…”

Amiza memandang syiling. Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk membalas pesanan ringkas Amri. Pesanan ketiga dibuka.

“Please Amiza, jangan buat I macam ni. I risau sangat.I ada dekat pagar Kolej Mawar. Sorry, I betul-betul risaukan you.”

Kedengaran pintu biliknya diketuk. Dengan rasa malas, Amiza membuka pintu biliknya. Hal Amri dan Anita masih menghantui kepalanya. Lagi-lagi perihal Amri menunggunya di pintu Kolej Mawar.

Seorang junior memberitahunya seorang mamat handsome menunggunya di pintu pagar Kolej Mawar. Pasti mamat hansome itu adalah Amri.

“Arghh… biarlah dia menunggu. Aku tak suruh dia datang pun. Dah la menyusahkan aku. Semak betul la.”

Amiza merungut lagi. Laju jari jemarinya menulis pesanan ringkas kepada Amri.

“Awak tolong pergi dari kolej ni. Saya takkan jumpa awak lagi. Cukuplah pagi tadi girlfriend awak dah serang saya. Saya datang sini untuk belajar, bukan berkawan dengan awak dan hadapi benda-benda bodoh macam ni. Tolong jangan ganggu saya lagi.”

******

Amri membuka pesanan ringkas kiriman Amiza. Tekadnya datang ke Kolej Mawar adalah untuk memujuk Amiza.

Amri mengeluh apabila selesai pesanan tersebut dibaca.

“I takkan pergi dari sini. I akan tunggu sampai you turun datang jumpa I. Please Amiza, datang jumpa I sekejap pun takpe. Bagi peluang I terang semuanya.”

Tidak sampai 1 minit, terdengar bunyi beep tanda terdapat pesanan masuk ke telefon bimbitnya.

“Saya takkan jumpa awak lagi Am. Please leave me. Saya takde kaitan lansung dalam kehidupan awak dan taknak lansung berkait dengan hidup awak.”

Amri mengeluh.

Telefonnya berbunya lagi, tetapi kali ini menandakan terdapat panggilan masuk.

“Mummy………”

Berkerut dahinya kehairanan. Mummy jarang menelefonnya kecuali jika terdapat hal penting.

“Yes mummy….”

“Am, where are you? Mummy on the way balik villa. Am balik sekarang. Mummy nak jumpa Am. Mummy ada hal nak discuss dengan Am. Cepat sikit.”

“Tapi mummy, Am ada kat UiTM. Ada hal sikit. Lewat sikit Am balik.”

“Mummy cakap balik, balik sekarang. Am da habis kelaskan? Jangan nak tipu mummy. Pasal perempuan kampung tu, Am da pandai tipu mummy ye? Balik sekarang…!!!”

“Mummy…. Mana ada. Am betul-betul ada hal.”

“No exuse….. Mummy tunggu Am. Am tak balik, tahulah mummy nak buat ape nanti.. tut tut tut”

Amri mengetap bibirnya. Amri pasti semunya angkara Anita. Pasti Anita telah datang berjumpa Mummy nya dan membuat cerita. Amri memandang sepi Kolej Mawar dan mula bergerak berlalu dari situ.

*****

Sampai sahaja di villa, Amri terus masuk ke rumahnya. Kelihatan Datin Maimun sedang menunggunya di ruang tamu.

“Mummy… apa hal yang penting sangat mummy nak jumpa Am ni?”

“This is your ticket to London. Mummy da siapkan semuanya di sana. Kemas semua barang-barang Am. Esok pagi flight Am.”

“Mummy… apa ni mummy? Am tak tahu apa-apa pun? Am kan study kat UiTM. Sekarang bukan cuti semester pun.”

“Mummy da register Am study di London. Mummy nak Am continue study di sana. Am pergi dengan Anita. Mumy taknak dengar apa-apa bantahan dari Am.”

“Mummy… kenapa? Ni mesti Anita cerita bukan-bukan ni. Please mummy, Am taknak sambung study kat sana. Am suka study kat UiTM. Please…….”

“No…. Am jangan cakap apa-apa lagi. Kemas barang-barang Am. Ikut cakap mummy atau mummy bagitahu diddy pasal Am yang da pandai menipu mummy sejak kawan dengan budak kampung tu. Atau Am nak, mummy minta kawan mummy failed kan exam that girl? Pilih mana satu… nak ikut cakap mummy atau budak kampung tu failed exam nanti?”

“Mummy……..”

Pasti tiada lagi pilihan. Amri takkan sesekali mengorbankan masa hadapan Amiza. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik dan mula mengemas barang-barang untuk dibawa ke London.

^__^

jam menunjukkan tepat pukul 10.30pagi. ^__^ tapi, di Labuan da seperti jam 12tghhari-1ptg semenanjung. menakjubkan ciptaan-Nya. dari semalam saya merasa sangat takjub dan sangat terpegun dengan ciptaan-Nya. mungkin dari situ kan lahir keinsafan untuk diri saya...

Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih Ya Allah... dari pagi ke petang, ku lihat semuanya. kenikmatan Kau berikan.

sungguh terpesona saya melihat kecantikan dari atas kapal terbang. dari besar menjadi kecil dan semakin kecil. cantik sangat. melihat lautan terbentang luas, daratan yang dipenuhi hidupan... pokok2, manusia, rumah dan kereta yang memenuhi jalan raya. sungguh cantik...!!!

mungkin orang cakap... "ah!!! jakun bidak ni. mcm x pernah naik kapal terbang." hehehehe.... bukan x pernah, tapi, saya memang sensitif tentang hal2 begini. bukan hanya semasa menaiki kapal terbang... semasa naik feri pun saya akan berfikir dan menikmati keindahan itu. melihat lautan yang terbentang luas.

entah lah... ^__^

Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan. Terima kasih...

Hari Kedua.. @__@!

Selamat Pagi... ^__^ awal saya on9 tau ari ni. pukul 6 da ada depan lappy. hehehe... kat cni, pukul 6 pun da terang bederang macam kat Semenanjung sana. terik lagi. haih.... mematikan terus mood saya nak tido balik lepas en.suami pergi kerja.

pagi-pagi da berperang dengan baju kerja en.suami. 2 3 kali plak nak iron... @_@ pening kepalo den. susah2 sangat en.suami iron sendiri. agaknya baju uniform ni, kena macam tu kot. susah betul.

rumah en.suami mengadap taman dan stadium (agak2 je...sbb rupe mcm stadium) so... pepagi ni, leh cuci2 mata ckit sambil buat kerja. i like.... ^__^ ngadap kerja sat. jap g baru kemas2 umah.

nak tahu 1 rahsia tak? hehehe.... tapi, bukan la rahsia sangat... dah bertahun2 kawan, bertunang setaun dan kawen 8bln dgn en.suami, ni la first time saya tgk dia pakai uniform. hahahahahah... rasa melayang2 plak ari ni. selalu cuci mata tengok orang lain. ari ni, depan mata en.suami pakai uniform. gila macho.. smart gila. hahahhaa.... ades!!!!! sakit jiwo da.

ok la allz.... saya nak start buat kerja da. bye2... nnt saya update entry lagi.

Monday, September 19, 2011

Selamat Tiba... ^__^

Alhamdulillah... selamat tiba di rumah. bukan rumah kat Seremban, bukan di Pahang dan bukan di Kedah... tapi, di Labuan. ^__^ kuarters TUDM en.suami.

perghhh.... penat siot. lemah longlai rasanya. x suka naik kapal terbang tu. dari dulu sampai la sekarang, saya memang mcm fobia dgn tempat2 sesak dan kecik. mak aih... duduk 2 jam 25 minit dlm kapal terbang tu, buat nafas saya jadi sesak. xtau nak buat ape... ke kanan x boleh, ke kiri salah... semua serba tak kena. last2 tengok luar.... hitam jerk. da malam katakan... ^__^ serba x kena dibuatnya. mak aih... macam mane nak balik nanti ni. huhuhuh....

^__^ ok kawan-kawan, bagi peluang saya rehat erk? saya sangat-sangat letih. nnt saya update lagi.

Hari Pertama Bercuti... ^__^

Alhamdulillah, akhirnya hari ini tiba juga. Sekarang, saya di KLIA menunggu masa untuk terbang ke Labuan bersama en.suami. Sambil saje2 update entry ni, saya tengah cuci2 mata melihat kapal terbang berlepas. Alamak, bestnya kalau dapat tengok dekat2. hehehehe... jakun betul.

Hari pertama, macam biasa aje. Pagi2 da bersiap2 untuk check out dari Transit Jalan Semarak. en.suami kena lapor diri dan saya melihat macam mane proses lapor diri tersebut. Pagi2 lagi da tengok askar2 berbaris. syok gila cuci mata.... ^__^ and then, nama en.suami dipanggil, kami anta bagasi ke lori dan kami terus menaiki bas. Bas bertolak dari Transit lbh kurang pukul 11pagi. @__@! mengantuk. maklum lah, ujan gitu.

then, sampai je kami di KLIA, en.suami menunggu namanya dipanggil untuk ambil tiket. ^__^ check in dan kami terus ke McD. lapo gila... skarang, baru dpt on Mr.L dan Mrs.B.... nak buat keje ckit dan email sesuatu kepada seseorang. ok allzzz.... nnt saya update entry2 seterusnya.... :)

Sunday, September 18, 2011

Transit Jalan Semarak

kawan-kawan, sekarang saya berada di Transit Jalan Semarak.... sedang main internet, buat keje dan menonton tv. wow.....!!!!

esok, saya dan en.suami akan terbang ke Labuan. saya akan bercuti selama seminggu di sana. dan akan membuat kerja melalui internet sahaja. harap2 xde la problem. ni pun da ada beberapa perkara yang membuatkan saya mcm cedey nak tinggalkan bdk2 projek. mcm2 hal..... takut plak.

hai budak2 projek, yang penting kita bersatu... jangan sesekali kita mengalah. andai kita mengalah, maknanya habislah team kita.

mungkin saya nampak diam.... mungkin saya x pandai membodek... dan mungkin saya ni x nampak sepandai mana.... tapi, jangan sangka yang tenang tiada ributnya. saya x suka kalau ada insan2 tertentu merosakkan arrangement bdk2 projek. mereka ingat, kami ni hanya memikirkan 1 2 3 projek? bukan ssh pun... barang2 semua kita da ckp ape nak pesan... lain la kalau company2 besar, pandai2 la nak keluarkan dari progrrame yg dibuat. please la korang!!! jgn la rasa selesa sgt. korang ingat, kitaorg ni duk kat site goyang kaki ke? mana nak fikir hal site lagi, mane nak fikir mcm mane nak save kan cost company lagi.... mane nak dgr maki hamun org lagi... korang duk kat office, pegang telefon je kot. kadang2 kitaorg gak yg tolong telefon settle kan semua. haihhhh!!!!!! benci gile. kang bila mulut berbisa ni mula berbicara, sakit telinga korang.... pempaham sendiri la yerk.

esok mula cuti, tapi... entah la. maybe sifat workaholic tu betul kot... di mana saje, asyik ingatkan kerja aje. ^__^

Project Department IGSB... sabar ok!!!! kita kena bersatu.

Saksi Utama

apa la tu erk? ni nak buka satu cerita ni. pasal semalam kami on the way ke Bera.. sedang asyik berbual2 dengan en.suami, tetiba perhatian kami ke arah pakcik depan kami. Pakcik tu bawa motor agak laju. perhatian sebenar kami, adalah kerana di depan pakcik tu ada seekor anjing sedang ke kanan da ke kiri.

bila anjing tu ke kanan, anjing tu ke kanan... dan tetiba, agaknya pakcik tu da x boleh kawal motor dia, pakcik tu jatuh. yang saya rasa teruk tu, dia jatuh tang kepala dulu. mak aiii..... ngeri tengok dia jatuh. saya dan en.suami cepat2 berenti dan berlari ke arah pakcik tu. Astaghfirullahhalazim.... berdarah kepala dia. dan kepala dia macam lembik semcam. en.suami cakap jgn alih, takut leher dia patah. saya terus mendail 999 dan minta dihantarkan ambulan dengan cepat.

dalam tempoh menunggu ambulans tersebut, pakcik tu mula mengalihkan kepalanya dan bangun.. Alhamdulillah, kami pun rasa lega dan mula alihkan dia ke tepi. Dijadikan cerita, lalu la jirannya yg juga pekerja sebuah klinik kerajaan. angkat dan dia menghantar pakcik tersebut ke klinik. Lega kami....... dan saya membantalkan penghantaran ambulans tersebut. first time telefon 999.... ^__^

Ni kes kedua saya dan en.suami menjadi saksi utama kemalangan motosikal. entahla... semua orang perlu ada rasa tanggungjawab dan perhatian terhadap insan2 lain. contoh mcm anjing tu kan, kalau nak bela pun.... jgn la sampai menggangu mcm tu. nasib baik, hanya jatuh. kalau kami laju, x pasal2 kami langgar plak pakcik tu. x ke naya kan? Nauzubillah....

ok la... da hbs idea nak cerita. nanti2 kita update ye. sbb esok saya da mula bercuti. ^__^

Thursday, September 15, 2011

Kalut di Hari Khamis

Oh tidak... lupa esok Malaysia bercuti. saya je x cuti.... T_T banyak benda nak kena settle. oh tidak..... mcm mane nak settle semua benda ni sebelum saya bercuti.

Boss bekalkan saya Mr.Lappy dan Mrs.Broadband tuk saya ber communicate dgn bdk2 project. Bro Remy dah tarik nafas lega. ^__^ Jgn risau bro, saya tetap ada dengan kamu semua walau di mana saya berada. Yehaaa...!!!!

Jam da pukul 5.20pm... ada certain kerja masih belum disiapkan. Nampaknya, esok terpaksa la saya bekerja... orang sedang asyik bekerja, saya membanting tulang di Bera. huhuhu....

ok la allz... smoga cuti anda best!!!! ^__^