Thursday, December 27, 2012

(=_____=)


Terkejut... Tersentak... Terkedu...

Tu yang saya boleh katakan

Al-Fatihah tuk Kak Isnida.

Moga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.



1984-2012

Monday, December 17, 2012

Happy 2nd Anniversary

To en.suami a.k.a abang...
Happy 2nd Anniversary.... (^_________________________^)/

Terima kasih kerana sentiasa bersama dengan ayang di waktu senang ataupun susah.

Sentiasa bersabar dengan karenah 'budak sekolah' ni....walaupun, kadang-kadang terlalu menggugat kesabaran abang tu. Terima kasih kerana terima semua baik buruk ayang... Menegur walaupun kadang-kadang kena marah balik.. (sorry!!! ayang tau ayang nakai sangat).

Jutaan ampun dan maaf untuk semua silap dan salah yang pernah ayang lakukan... yang menggoreskan hati abang (terlalu banyak kot....huhuhuhu). 

Terima kasih kerana menyempurnakan kekurangan ayang.

Love you so much!!!!!!!

Thursday, December 13, 2012

Lelaki vs Perempuan... Sape yang lagi CEREWET?

Ok..

Ni semua pasal semalam, dengan Suria.fm... dengar KenchanaBilLim la ni.. Time on d way ke office tu, dengar-dengar la tajuk diaorg semalam....

" Lelaki vs Perempuan.... Sape yang lagi CEREWET?"

Cerewet? Me cerewet ke tak erk?

Off course me cerewet. Tp, time nak beli kasut dengan beg. Hahaha.... Tang lain, me xde la cerewet sgt. (^____^)

Hubby me? Ya Allah.......... cerewetnya!!!

Kalau u allz nak tau... time shopping dengan beliau, me mesti ketaq lutut. Walau da beribu kali datang tesco tu, confirm beliau akan jalan dari rak pertama sampai habis rak tu. 

Ya Allah... pening kepala ni. Contohnya, kalau nak beli sos... Beliau akan tengok satu-satu. Apa beza brand ni dengan brand tu. Harga dia.... Semua la dia tengok.

Penat gile kalau kuar shopping dengan beliau... Nasib la.

So, for me... Untuk me dgn hubby... jawapannya... off course la my Hubby, Mohd Zulkarnaen Abd Wahab. Semalam, bila me cakap... beliau gelak jer. Dah memang kenyataan kan? hahaha...

Hadirnya.... (1)


            
Bab 1

9 tahun menyemai rasa cinta buka penjamin untuk satu pengakhiran yang bahagia dalam satu hubungan. Semuanya terbukti pabila Haikal memutuskan hubungan mereka.

          “Ya Allah, andai ini takdir untukku, andai ini dugaanMu untukku, aku terima dengan redha. Kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku,”

          Syafika memejamkan matanya. Mahu melelapkan mata untuk seketika. Pening kepalanya dengan apa yang telah berlaku. Setelah 9 tahun, hubungannya dengan Haikal musnah begitu sahaja. Dia lansung tidak tahu dan sedar bila kasih Haikal mula beralih arah.

          Pertemuan semalam betul-betul meremukkan hati. Sungguh hatinya tidak menduga pertemuan semalam merupakan pertemuan terakhir yang dirancang oleh Haikal. Haikal memutuskan hubungan mereka dengan alasan cintanya sudah beubah kepada Anita, setiausahanya.

          “Macammana nak bagitau ummi ni?”

          Keluh Syafika. Persiapan semuanya sudah disiapkan, tinggal beberapa perkara saja belum diselesaikan. Mengikut perancangan, mereka sepatutnya melansungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Kad sudah diedarkan. Sanak saudara sudah dimaklumkan. Pening kepalanya memikirkan keadaan tersebut.




          “Apa kamu kata? Kamu taknak berkahwin dengan Fika? Kamu gila ke?”

          Mamanya menjerit.

          “Ma, please. Kal da taknak tipu diri sendiri. Kal tak boleh nak teruskan hubungan ni lagi”

          “Kamu ingat perkara ni benda main-main ke Kal? Mana mama nak letak muka ni? Kad da edar. Semua saudara mara kita mama da bagitahu. 9 tahun kamu bercinta dengan Fika, tetiba macam ni je akhirnya? Apa yang Anita tu bagi kat kamu sampai kamu jadi macam ni?”

          Mama betul-betul marah.

          “Ma, Kal betul-betul tak boleh ma. Nak jadi apa pun jadilah. Kal takkan kahwin dengan Fika”

          Haikal terus berlalu, naik ke biliknya. Keputusan nekad telah dibuat.



          Datin Umairah termenung memikirkan tentang tindakan anak bongsunya, Haikal. Sebulan lagi sepatutnya majlis perkahwinan antara Haikal dan Shafika dilansungkan.

          “Nek, nape menung-menung ni nek? Nanti tak antek la”

          Mohd. Danish bin Ahmad Danial, cucunya yang pertama. Anak kepada anak sulungnya, Ahmad Danial bin Dato’ Husaimi.

          “Danial?”

          “Danish go to upstairs, nenek nak telefon atuk. Go to bath, nanti turun makan. Okay? Kita makan sama-sama”

          “Okay nek..”

          Datin Umairah terus mencari telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon suaminya.

          “Bang, balik cepat. Ada hal. Urgent ni. Hal hidup dan mati”

          “Apa yang urgent sangat ni yang? Tak menyempat-nyempat ni? Hal apa?”

          “Awak balik je la”

          “Yela. Kejap lagi saya balik”

          Datin Umairah mematikan telefonnya dan terus ke dapur untuk membantu Mak Mah, pembantu rumahnya menyiapkan makanan tengahhari.



          Selepas makan tengahhari, Datin Umairah mengajak suaminya, Dato’ Husaimi berbincang di ruang tamu.

          “Apa yang penting sangat ni yang? Sampai tak menyempat tunggu abang balik ni?”

          Datin Umairah mengeluh. Terasa sukar untuk memberitahu suaminya.

          “Bang, Haikal nak batalkan perkahwinan dia dengan Shafika”

          Dato’ Husaimi terkedu.

          “Apa? Dah gila ke budak tu? Persiapan semua da siap. Kad dah edar. Habis, belah sana tak cakap pape?”

          “Kal baru bagitau tadi ni bang. Tu saya suruh abang balik. Nak selesaikan semuanya hari ni. Nak kena bagitahu belah sana. Entah-entah Humaira tak bagitahu Shaiful dengan Zaiton lagi. Sian budak tu bang. Anak kita buat hal pulak”

          Dato’ Husaimi mendengus menahan marah.

          “Haikal mana?”

          “Haikal dah keluar tadi lagi bang. Lepas dia bagitahu saya, naik atas, lepas tu, terus keluar. Tak tahu pergi mana. Dia cakap, dia taknak kahwin jugak”

          “Hurm.. Awak bersiaplah. Kita pergi rumah Shaiful”

          Datin Umairah naik ke atas bersiap untuk keluar.



          Shafika termenung di balcony rumahnya. Pening kepalanya memikirkan apa yang terjadi. Susah hatinya kerana dia belum memaklumkan berita perihal dirinya dengan Haikal kepada kedua ibu bapanya. Takut dengan penerimaan ummi dan abbinya.

          Tersekat nafasnya apabila melihat kereta BMW milik keluarga Haikal berhenti di hadapan rumahnya. Kelihatan ummi dan abbinya menyambut kedatangan papa dan mama Haikal.

          “Aduh!! Matilah aku.. Mesti pasal benda ni. Kuatkan semangatku Ya Allah”

          Terdengar suara umminya memanggil namanya dari bawah.


          Kelihatan Shafika tenang menuruni anak-anak tangga. Terdengar papa dan abbi berbincang.

          “Assalammualaikum..”
         
          “Waalaikumsalam. Fika, mari duduk sini. Ada hal penting kami nak berbincang dengan Fika”

          Abbi bersuara. Tenang sungguh suaranya.

          Shafika bersalaman dengan Datin Umairah dan kemudiannya mengambil tempat di sebelah umminya.

          “Hurm.. Abbi tau Shafika surukkan sesuatu, dan papa dah bagitahu abbi”

          Shafika mengangkat mukanya, memandang abbi.

          “Maafkan fika, abbi. Fika tak tahu nak bagitahu abbi dengan ummi macam mana. Fika pening kepala. Majlis lagi sebulan. Semua da siap. Saudara mara semua da bagitahu. Fika takut abbi dengan ummi malu”

          Terang Fika dengan tenang. Dadanya berdebar-debar. Hatinya hancur saat mulutnya berbicara tentang keputusan yang diambil oleh Haikal.

          “Papa dengan abbi da berbincang. Perkahwinan kamu akan tetap berlansung. Jadi, kamu jangan risau. Siapa pengantin lelakinya, jangan kamu persoalkan”

          Abbi bersuara tegas.

          “Tapi..”

          “Tak ada tapi-tapi. Kami dah buat keputusan untuk kamu. Kamu kena ikut keputusan kami”

          Shafika keliru. Keputusan telah pun dibuat. Apa pun yang terjadi, abbi dan umminya tetap mahu majlis perkahwinan berlansung.

          Shafika menganggukkan kepalanya tanda setuju mengikut sahaja rancangan kedua ibu bapanya. Siapa pengantin lelakinya, tidak pula disoalkan. Janji hatinya, akan mentaati apa jua keputusan abbi dan umminya.

          Dato’ Husaimi dan Datin Umairah hanya mampu memandang dan mendoakan kebahagiaan Shafika dan semoga majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar.



          Sudah seminggu Haikal keluar dari rumah papa dan mamanya. Semuanya kerana tindakannya membatalkan perkahwinannya dengan Shafika. Papa betul-betul mengamuk. Malas memikirkan keadaan itu, dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah papa dan mamanya.

Sebelum keluar, mamanya ada memberitahu, majlis perkahwinan tersebut akan tetap berlansung. Haikal tidak mahu mengambil tahu tentang majlis itu lagi. Yang dia pasti, pengantin lelakinya bukan dirinya.

Hatinya kini hanya untuk Anita. (^_____^)


Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

special sangat ke 12/12/12?

bagi aku.... simple je ayat nak cakap... serabut!!! hehehe~

gile tak serabut.. dari pagi aku da kelam kabut dengan siapkan dokumen, masuk meeting... (=____=)! time meeting tu, memang gile aku gler tension. dapat je kuar, aku terus malas nak masuk-masuk da. pergh!!! yang paling x leh nak elak, turun naik tangga (3 tingkat kot...)    nak siapkan semua dokumen.. pergh!!! kurus aku.

pastu....

study plak... pergh!!! banyak gler benda nak buat. test lagi.... quiz lagi... presentation lagi... oh no!!! berderet-deret.... aku da nak flat ni~ tulun!!!!!!! macam mane nak handle smua benda ni dalam satu masa. lelama macam ni, bertambah hitam la bawah mataku... oh no!!!! ~habislah akak.

tapi..... 

bestnya ari ni, sebab mak lamper xde kat opis. lalalalala~ syiok sgt. aman dunia. dato' toyol pun xde. ada meeting kat luar. lalalalalala~

esok? oh no!!! mak lamper da balik. nenek kebayan yang perasan cantik tu.... pergh!!! aku menyampah gler. hehehe~

k la allz... nak sambung buat assignment. 

tata titi tutu~

Friday, December 7, 2012

Politik vs Agama

Kita sedih...

Kita xde la alim sangat.... Dan kita tau, kita xde la perfect sangat. Suam-suam kuku je baiknya. 

Tapi, baru-baru ni kita cdey dengan sorang 'artis' ni la. Bersuara lantang tentang agama (itu bagus..) tapi, mencampurkan agama dengan politik tu yang buatkan kita rasa kecewa sangat. 

Allah hu Akhbar... Besar sungguh dugaan Mu ini, untuk cucu cicit Nabi Muhammad s.a.w.... sehinggakan hal duniawi dicampurkan dengan agama. Obses sangat dengan politik yang entah betul entahkan tidak tu. X payah nak berbicara tentang politik la makcik oii.... Baru bertatih nak belajo agama, tapi.... dah salah gunakan cara tu.

Kadang-kadang pening gak kepala orang kat luar ni... belaja tinggi-tinggi... tapi, xleh nak fikir. Obses dengan benda entah pape entah. (-_____-)!

Boleh plak tu, suh tanya pada iman... Boleh ke manusia ni mengukur iman sesama manusia? Tu semua kan rahsia Allah. Jangan obses sangat la... Kalau bukan hak kita untuk mengadili, jangan sesuka hati nak hukum orang. 

Agama tu jangan nak dicampur adukkan la.... 

Nak bercakap lantang... tengok dulu diri tu.... Cermin dulu apa yang patut. Tak payah nak bercakap itu ini... Diam pun kadang-kadang jalan terbaik. Orang pun, ikut kalau betul caranya. Kita suka tengok Irma Hasmie... Cara beliau sangat halus. Tapi, sangat berkesan. Sape yang x baca lagi buku S.M.I.L.E tu, try la baca. (^____^) InsyaAllah, xkan mengecewakan.

Tuesday, December 4, 2012

Nenek Gila

Ni tengah 'hangin' ckit la...

Tengah hangin dengan mak lamper. Ala, ni versi nenek tua yang perasan cantik tapi perangai buruk mcm ape ntah (sesuka hati jerk.....) Tapi, memang perempuan tu, tahap manusia ape ntah. Menyampah giler aku tengok time dia lalu lalang kat depan meja aku ni.

Ok... cter nya mcm ni. Cter nya... Semalam, aku ni amik cuti tahunan. Biasa la kan, nak balik kampung, ada hal family ckit. Daddy (Executive Director =HOD) aku pun approve tanpa banyak alasan... Tapi, nenek poyo tu... semalam, bising2 dengan daddy aku suh pecat aku sebab aku ni selalu cuti katanya. MC pun banyak... (-_____-)! Lalalalalala.... Aku? Aku rasa mcm nak g penampo je dia sebabnya... MC aku pun ari tu sebab aku miscarriage... Then, semalam aku balik kg. Pergh!!! aku rasa dia ni ada 10 muka kot. Depan lain belakang lain. 

So, nak sedapkan hati.. aku ni g la jumpa daddy aku tu secara personal. Then, dia ckp... Eh, xde pape la. It's ok. U kan da apply guna system. Da approve. So, xde pape la. So, aku pun, rasa lega la. HOD aku pun x cakap pape, nenek gila tu plak meroyan gaya ape. 

Tapi, x jadi kudis pun. Sebab HOD aku rilex jerk. Kerja dgn dia mmg simple. Asal semua kerja jalan... dia okay jerk. Rilex jerk. Cool je orangnya.

Nenek gila tu? Budak department dia pun menyampah gila dgn dia... Ni plak la department lain. Dia mmg suka kacau kerja orang. Mcm la dia perfect sgt... Kalau department lain buat salah, dia canang sampai tahun depan. Siap buat urgent meeting lg. Haih!!! Ada gak org busuk at mcm dia ni kan? Tapi, xkisah pun.... (^___^)

Aku tau... Allah tu Maha Besar... 1 ari, dia akan terkena jugak... kan?


Jalan oOo Jalan...

Lama x meng'update' entry nih...

Nak bercerita ape pun xtau nih.. Mcm da ilang segala skill nak menulis. hehehe... (^___^) Teruk noooo... kalau mcm tu kan? hehehe...

Ok... (^___^) Kita nak bercerita pasal jalan ni... Jalan raya bersangkut paut dengan excident dan sistem AES tu haaaaa..

Jeng..jeng..jeng...

Ok!!! Sape setuju dengan sistem AES tu? lalalala...

Dari pandangan saya yang masih jauh perjalanan dan sedang belajo ni (budak sekolah lagi...) JIKA kerajaan menggunakan wang yang ada untuk memperbaiki jalan raya yang x berapa nak molek... di seluruh negara...kan bagus. Menyelesaikan segala masalah rakyat yang berkaitan dengan jalan raya tu...

Pernah dengar tak Suria.fm (time tu Linda Onn yang tengah bertugas...) dia ada cakap... "Susah nak jumpa jalan di KL yang tak berlubang terutama Jalan Ampang"... thats the point. Memang kenyataan. Bukan hanya di KL... di seluruh Malaysia. 

If... Jalan raya seluruh negara... PERFECT... xde pape kerosakan... barulah rakyat Malaysia ni tidak boleh mempertikaikan sistem tersebut. Ini.. jalan pun mcm ape ntah... ada hati nak letak sistem tu.

Salah satu function, adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan... Tapi, jalan yang tak berapa nak molek tu pun, punca kemalangan gak... Lebih baik diperbaiki masalah yang ada.. betul x? 

Ada tak kita baca dalam paper... "Kemalangan tersebut disebabkan kerana mengelak lubang di jalan raya"... xpernah kan? selalunya... "Kemalangan berlaku disebabkan oleh pemandu hilang kawalan"... hilang kawalan kenapa? Jalan berlubang ke? Terlalu laju ke?  hehehe...

Ni... kat area Sepang tu... Jalan punyalah teruk. Padahal, seluruh dunia akan datang Sepang time ada event kat situ. Tak malu ke? Berlubang sana... berlubang sini. Haih!!! Teruk no rasanya. Malu kot...

Rasanya... lebih baik kerajaan menggunakan berjuta-juta duit tu untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan seperti ini. Negara kita ni, baru nak bergerak maju. Tak payahlah nak berlagak sangat nak tunjuk kita ni maju sampai nak guna sistem yang ntah pape tu... padahal kemudahan yang ada pun teruk. 

Orang-orang yang berkenaan pun... baiki jalan tu pun, buatlah penuh dengan rasa tanggungjawab. Jangan nak xnak je.. (-____-)! kadang-kadang malu tengok cara diaorg buat kerja. Teruk bebeno... Bak kata orang kampung saya... "Macam menampal kudis je..." haih!!! 

Entah laaaa... Poning kepalo.



Wednesday, November 28, 2012

Hati

Hati 
Bila ianya terluka
Sukar untuk disembuhkan

Hati
Bila ia mula berdarah
Susah untuk dirawat

Hati
Bila ianya berparut
Takkan hilang sampai bila-bila

Hati ini....
Terluka besar
Berdarah banyak
Berparut lebar
Susah untuk digambarkan...

(^___^) Sabarlah hati...



Thursday, November 22, 2012

(^___^)

tatkala hatiku menangis
hanya Dia pendengar setia
hanya kamu ada di sisi

aku mula belajar
erti syukur dari Dia
erti setia dari kamu

sesungguhnya hatiku rasa ingin mati
menyerah saje pada arusnya waktu
namun
Dia dan kamu
mula membinakan tembok itu untukku
sedikit demi sedikit
aku mula rasakan
kekuatan itu hadir tanpa ku rasakan






Saturday, November 17, 2012

Radja - Syukur



Tuhan jangan kau ambil nafasku
Sebelum ku bersujud pada-Mu
Tuhan tolong panjangkan umurku
Aku ingin bersyukur pada-Mu

Ajari aku mengenal-Mu
Ajari aku mendekatmu
Ajari aku untuk mencintaimu
Bisakah aku mengingatmu
Bila ku tak pernah bertemu
Yang aku bisa hanya menyebut nama-Mu

Tuhan jangan kau cabut nyawaku
Sebelum ku bertobat pada-Mu
Tunjukkan aku jalan lurus-Mu
Agar tak sesat lagi jalanku

Aku bersyukur aku disayangi
Aku bersyukur aku dicintai
Aku bersyukur aku Kau miliki
Aku bersyukur Ya Allah

Aku bersyukur aku dikasihi
Aku bersyukur aku yang Kau beri
Aku bersyukur aku Kau pilih
Aku bersyukur Allah..

Friday, November 16, 2012

(^___^) Hijrah Ini...

Hijrah??

Apa maksud Hijrah itu padaku? (sambil tangan kat dagu.....) Apa perubahan yang ku da buat? Hurm.... entah laaaa.... (-_____-)!

Ku pusing kanan ku pusing kiri... Semua sama. Mungkin pemikiran ku yang banyak berubah. Semakin matang... dan apa lagi? Entah laaa.....

Sehari sebelum umat Islam menyambut Maal Hijrah, suami kepada spupuku telah pulang ke rahmatullah... Terkedu.. Kaku... Semua bercampur baur. Terlalu mengejut. Ya, mungkin pada insan lain... itu adalah perkara biasa, tapi.... pada ku agak meninggalkan kesan di hati. Membuatkan ku lebih menghargai setiap saat en.suami di sisi.

Allah hu Akhbar... mungkin itulah cara-Mu mengetuk dan menegur caraku... Mungkin setitik rasa ini, akan membuatkan aku berubah dan memperbaiki diri ini. Rasa ini membuatkan ku mula berfikir... singkatnya dia dipinjamkan untuk kita. Kita sendiri xtau berapa lama kita akan berada di sisinya. Lebih baik kita menghargai selagi ada masa, ada kesempatan... 

Ya Allah... dengan rasa rendah diri, hambaMu ini mohon moga Kau teguhkan lah hatiku, imanku... smoga aku sentiasa berada di jalanMu yang benar. Moga aku sentiasa melakukan perkara-perkara yang diredhaiMu dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini sedikit ruang untuk berada di sisiMu. Hanya kepada Engkau tempat aku mengadu, tempat aku berserah... Amin.

~ (^____^)

Sunday, November 11, 2012

p.o.p.i.a g.o.r.e.n.g

ok kawan-kawan....

semalam, saya cakap nak buat popia goreng kan? so, malam tadi.... popia goreng jadi makanan tuk supper kami. secara kebetulan, my parent datang.... :) senyum sampai ke telinga ma tengok anak dia tetiba rajin melantun. hahahaha....

k.... meh kita kongsi gambar popia goreng kita...

yang ni sebelum goreng... (^_____^)

dan
yang ni, selepas goreng.

ok... hahhahaaha.... 1st time saya mencuba, dan Alhamdulillah... senyum sampai ke telinga bila ma cakap, sedap. hahahaha.... syiok tu dengar kena puji. padahal, buat popia goreng je kot. hehehehe...

k, guys... next time kalau kita buat kuih g, kita upload g. k?

tata~


Saturday, November 10, 2012

5:00 minit by Ramlah Ram feat. Caprice [ MUZIK VIDEO PROMO ] @ Album Asp...



(^_________^)
suka sangat


P.O.P.I.A G.O.R.E.N.G

(^_____^) now i gila nak main masak-masak. argh!!!! x fenah-fenah macam ni u allz... kenapa? mengapa?

yup... dulu, i ni ala-ala tomboy a.k.a pemalas gitu. semua kerja-kerja 'perempuan' ni, i pandang remeh aje. bila ma suh buat kerja-kerja 'perempuan' ni.. mula i tarik muka. (T___T) memang dasar pemalas tahap cipan time tu.

sekarang ni, xtau nape.... hormon berubah kot. time ni, jiwa i asyik nak memasak jerk... pantang nampak macam best je masakan tu, confirm i nak cuba.. hahahaha... confirm hormon 'perempuan' i da datang... Alhamdulillah... harap berkekalan la kan. if not, sian la en.suami. selalu, kalau en.suami nak makan masakan yang i masak, siap merayu-rayu sampai i da naik menyampah... baru i masuk dapur. oh no!!! if my parents dtg, my ma akan cakap, ni lauk-lauk ni mesti en.suami yang masak. argh!!!!! sayang sangat menantu dia tu. (-___-)! mula la i buat muka menyampah... 

ok!!! bukan i xnak masak ye u allz... kalau isnin-jumaat... i da bangun koi 5.30pagi... then, lepas solat subuh da g keje. pastu, habis je office hour koi 6, i bergegas ke uitm tuk attend class. habis area koi 9/10pm.... pastu, balik umah sampai around 11/12malam. so, mane celah i nak masak kan??? kan? sian kat i kan? life i pack kot.. 

xpe... actually, ari ni, i terasa macam nak buat popia goreng la u allz... teringin nak masak. ni tengah cari-cari la resipi popia goreng. nasib baik la smua di hujung jari je kan... hehehe... ok... u allz... i jumpa 1 resipi ni, macam senang jerk... jom, i kongsi sama-sama dengan u...

POPIA GORENG

Bahan-bahan:
Bahan kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn 3 sudu besar sebagai gam kulit popia.

Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ dimayam
1 labu bawang besar ~ dimayam 
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

ok u allz... nanti, da masak....... i upload gambar ye? yang lain... sape da buat, nanti kongsi dengan i erk? tata~


kamu

kamu... 
semakin berubah
dan...
ku rasa kita semakin jauh

kamu...
aku semakin mula pasrah
andai benar
ini takdir kita

kamu...
moga hati ini tenang
dan redha
untuk melepaskanmu

kamu...
aku sakit
sakit melihat kebahagiaanmu
tapi...
mungkin ini sebaiknya

kamu...
doa ku sentiasa bersamamu
dan...
ku harap akan ada bahagia untukku

kamu...
aku mohon undur
jika ini terbaik
ku lepaskan kamu
dengan seikhlasnya

kamu...
moga kamu bahagia 
(^___^)
dengan si dia.................

Sunday, November 4, 2012

tasha Manshahar n afie reply - be mine



cute gila lagu ni kan?
jatuh cinta dengan lagu ni...


Wednesday, October 31, 2012

Opick ~ Rapuh (Tentang Dhia)




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu




KEHILANGAN -Firman@




Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



Tuesday, October 30, 2012

hati...

hati...
aku sakit
aku terluka
aku hampir tewas
hampir mati...

hati...
mampukah aku bertahan lagi
mampukah aku harungi 
perjalanan hidup ini
hubungan yang hampir mati ini

hati...
kejamkah aku
andai aku terus begini
bersama tapi diselubungi sepi

hati...
rasanya tak mampu lagi
untuk aku menipu diri ini
kuatkanlah diri ini
walau akan ku sendiri
harungi hidup tanpa dia di sisi

hati...
pasrah dan redhalah
mungkin ini takdir untuk kita

Hati

Hati... 
Sesekali perasaan itu datang lagi 
Terkenang akan kenangan dulu 
Mengingatkan tentang luka-luka lama 
Tapi... 
Pasti itu hanya kenangan 
Dan... 
Moga ia akan hanya tinggal kenangan

Hati...
Mungkin luka itu telah lama kering
Sembuh dek ditelan masa
Tapi...
Terkadang ada sisa luka lama
Tersiat dek cinta dusta

Hati...
Sembuh kerna adanya Dia
Mendengar setiap keluh dan resahnya
Seorang hamba dek kerna luka hatinya

Hati...
Jangan biar hatimu luka lagi
Takut nanti dirimu tidak mampu kuat sebegini
Mengharungi setiap detik sendiri
Mengubat luka dek terhiris belati

Hati...
Kini kau mampu tersenyum lagi
Kerna ada insan lebih mengerti
Menyayangi seikhlas hati
Biar lah kini... dan seumur hidup ini...
Hanya 'dia' di hati...