Monday, January 30, 2012

Master - UiTM

Alhamdulillah... akhirnya penantian selama ni membuahkan hasil. ^__^ x sia-sia g UiTM dgn abah. tanggal 30/1/2012 sempena en.suami punya birthday saya juga dapat hadiah yang xternilai harganya.

InsyaAllah... 25/2/2012 saya akan kembali menjadi pelajar UiTM untuk program Master of Science in Civil Engineering. sangat2 bersyukur.... Moga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sunday, January 29, 2012

Cuti CNY

CNY kali ni saya dan en.suami telah balik ke Kedah. Ari Jumaat lebih kurang pukul 3ptg kami bertolak. singgah di Puncak Alam ambil adik.... dan meneruskan perjalanan. Kereta Jumaat tu,boleh dikatakan x banyak sangat mcm 2 tahun lepas. tapi.. tetap dlm kategori jammed jugak la. Perjalanan yang sepatutnya amik masa dlm 5-6jam da jadi 12jam. sakit semua badan2.... sampai di Kedah koi 3pg.

Sabtu (21/1/2012) - tghari lepas makan di rumah, kami rehat2 aje. program bermula malam.... mandi air kolam air panas di Baling. pergh.... gila ramai orang kat situ. tapi, syok sgt. ala2 berkelah....

Ahad (22/1/2012) - program asal nak g wang kelian... tapi, disebabkan semua bangun lewat.... kami ke Pdg Besar. wahhh!!!!!!! gila jap. jakun tgk ladang tebu. gila shopping....... tp, barang2 agak mahal drpd biasa sbb ari cuti.so, kalau nak murah.. next time kena dtg time keje. pastu, g makan laksa kat kuala perlis. aduh!!!! syok sgt makan sambil2 tgk matahari terbenam.

Isnin (23/1/2012) - CNY kan.... kami slow kan aktiviti sikit. pg2 g Kuala ketil, tgk baby zafri. pastu, g umah mak teh... pastu g kubur ... petang ke alor star. balik malam....

Selasa (24/1/2012) - pasar di Kota. pastu g umah tok cik... ^__^

padat betul aktiviti kami kalau balik kedah... sesekali balik, kena g semua umah sedara...


Thursday, January 26, 2012

Driver o0o Driver

Assalammualaikum.....

Hai kawan-kawan... agak lama x meng'update' blog. agak sibuk dengan life harian. so, mcm mane life anda semua? ok?

Rasanya x terlewat untuk ucap GONG XI FA CAI .... Happy Chinese New Year.. ^___^ bestnya cuti.

Cuti kali ni, saya dan en.suami balik ke Kedah. ^__^ balik Jumaat malam Sabtu. ok! ok! berbalik kepada tajuk kat atas. idea nak buat entry tentang tajuk ni dtg ptg td time saya on the way ke Bahau. itupun, sebab ma membebel2 pasal excident pg td di Simpang Pelangai. Pemandu yang membawa laju lepas tu langgar orang. Memandu melulu... berbahaya kepada semua orang.

ok... saya keluarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemandu2 berdasarkan 2 3 ari ni....
  1. Memandu laju, melulu walaupun di dalam pekan/suasana yang terdapat orang ramai
  2. Memotong kereta di lane kiri.. memotong barisan kereta di traffic light
  3. Masuk lane bertentangan ketika membelok di selekoh
  4. Tidak bertolak ansur dengan orang lain
  5. Tidak memberi signal
  6. Memberi signal belah lain tetapi masuk simpang bertentangan dengan signal
  7. Memotong di selekoh/double lane
  8. Pemandu kereta tetap memotong kenderaan di hadapan padahal lane bertentangan ada motosikal
  9. Kereta suka menggunkan lampu tinggi + spot light dan menyilaukan mata pemandu lain
  10. etc....
terlalu banyak untuk disenaraikan.... ini berdasarkan pengalaman 2 3 ari ni....

terfikir sejenak... adakah kursus yang dihadiri masih banyak kekurangannya? atau undang-undang sekarang ni terlalu longgar sehingga mereka menjadi sebegini rupanya.... di mana penguatkuasa hari ini? apakah skop tugas mereka pada hari ini?

fikirkan lah.... pandang diri kita sendiri... adakah kita salah seorang pemandu yang mempunyai tabiat buruk seperti di atas....


Wednesday, January 18, 2012

Assalammualaikum kawan-kawan....

sihat semuanya? lama saya x update entry blog ni. sedikit sibuk... dgn kerja dan kehadiran en.suami... ^__^

ok.... nak cerita tentang Sabtu lepas... Adik saya yang kedua iaitu Amai telah excident. Dilanggar oleh Honda Accord.

Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas... saya dan en.suami menghantar ma ke klinik. dan iba-tiba Amai call kata dia excident. Kereta tu makan jalan dia.... sebab elak lubang.
nak sampai ke Hospital K.Klawang tu rasanya punyalah lama.... dan hasilnya.....

motor ni da xleh guna lansung da... teruk sangat rasanya....


dan tuan punya motor..... jeng.. jeng... terlantar di umah... dan akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Tuesday, January 3, 2012

2012-entry pertama

Assalammualaikum.....

Salam Tahun Baru... ^__^ sorry la kalau saya terlambat nak ucapkan. so, mcm mane sambutan tahun baru? ok? saya seperti tahun-tahun lalu menyambut tahun baru di kampung. dekat dengan insan-insan tersayang. lebih selesa begitu....

so, nampaknya ini entry pertama untuk tahun baru ini... :) Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk saya menghirup udara segar ni. masih boleh melihat wajah-wajah insan tersayang. Alhamdulillah..... amat2 bersyukur.

Aktiviti tahun baru ni, saya isi dengan menghadiri wedding kawan sekolah dulu semasa sekolah menengah (SMK Seri Bentong) iaitu Mr.Bambang dan pasangannya. datang agak lambat, tapi...sempat berjumpa dengan kembar x diiktiraf saya Pn Syiah dan Cik Saadah. Alhamdulillah....

Bercuti membuatkan saya malas untuk bekerja... ^__^ dan nampaknya en.suami beri green light. lebiu en.suami.... sayang sgt2.