Tuesday, December 22, 2015

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Kesyukuran

Godek-godek blog sekejap... sementara tunggu mood buat kerja bermula.

Nak bercerita sikit tentang majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Kesyukuran baru-baru ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nak kata planning betul-betul tu, tak juga. Start Oktober ari tu memang me sibuk gila dengan kerja. Jarang balik kampung, jarang tido lama kat kampung. Selalu boleh satu malam je. So, lepas kira shift kerja husband, 19hb beliau off day. Tanya family, boleh free kan tak 18-19hb tu, so, semua setuju dengan tarikh tu.

So, menu untuk hari kenduri, me serahkan pada ma. Pada yang pakar.... So, nak dijadikan cerita, ma kata nak buat sendiri tempe. So, hari kenduri tu, banyak menu tempe. Rezeki plak, orang tu bawa ini, bawa itu... last-last 3 meja penuh dengan makanan. Macam-macam menu hado.... pilih yo la.

Alhamdulillah, terlepas hajat nak buat majlis bacaan Yaasin & kenduri tahlil tu untuk semua keluarga yang da takde. Terlepas hajat ma dengan abah..

Ramai yang datang, bertanyakan kesyukuran apa kan.... Disember ni, selalunya kami celebrate anniversary me dengan husband (17hb), birthday ma (21hb) dan birthday abah (30hb). Nak suka-suka tu tak juga, sebab arwah tuk meninggal 18hb, tok mek 20hb. So, kami gabungkan sekali kenduri tu...

Terima kasih pada yang menjayakan majlis pada hari tersebut. Segala kekurangan, harap dimaafkan. InshaAllah, lain kali kita cuba perbaiki semula.

Thursday, December 17, 2015

HAPPY ANNIVERSARY


HAPPY 5TH ANNIVERSARY....

Alhamdulillah.... masih diberi peluang untuk bersama-sama mengharungi segalanya dengan abang. Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat, kekasih halal, teman bergaduh, pengkritik tetap, pemandu time outstation, tukang masak, suami yang terbaik untuk diri ini.

InshaAllah, akan selamanya bersama jika diizinkan-Nya. Moga kebahagian dunia akhirat sentiasa bersama kita. Aamiin.

I love you so much... kerana Allah sehingga jannah. Aamiin.