Sunday, October 25, 2015

FAMILY DAY FIREFIGHTER

Lama tak mengarut kat blog. Rindu... ari ni nak cter kisah family day.

First time me ikut program tempat kerja husband. Tahun ni, lepas discuss and me setuju nak ikut... husband kata family day tahun ni kat Melaka. Perahu Layar, Melaka.

Hari pertama, kami sampai lebih kurang pukul 4pm. Minum petang, naik atas rehat... malam ada aktiviti karaoke, cabutan bertuah. More tu beramah mesra antara satu sama lain. Mati kutu gak sebab first time ikut then me ni tak la seperamah mana... tapi, dapat lepak dan berbual dengan kak nurul pun da lepas boring. Pukul 11pm da ngantuk gila... husband ajak g pasar karat pun, me tak leh nak buka mata da...

Hari kedua, lepas breakfast ada sukaneka. Enjoy the moment but me sakit perut. Kejap naik kejap turun check in toilet. Lastnya cakap dengan husband, nak stay duk bilik sampai balik.

Before balik, sempat gak beli coconut shake dan lepak makan tengah ari reramai kat Al Waleed. 6 family lebih kurang rm140. Sangat murah... dan ok la. Ramai gak makan situ... maybe famous.

Balik, ikut jalan lama keluar Rantau. Rupanya dekat je dengan rumah. Next time kalau teringin makan kupang segar... boleh buat gila-gila ke Melaka.