Monday, September 22, 2014

.jiran.kerja.keluarga.

Berhenti rehat seketika.... merehatkan minda.

Lately ni, terlalu letih dengan tugasan kerja. Terlalu banyak dan me mengaku sedikit mengabaikan luangan masa untuk family...tapi, tak bermakna me tak balik kampung. Selagi ada ruangan masa, kewangan... me cuba sedaya upaya untuk menjenguk keluarga di kampung... Untuk keluarga di Kedah...mungkin jarang sebab en.suami selalunya menunggu cuti yang panjang, maklumlah tugasnya dan kerjanya bukan seperti me. 

Pagi tadi, sempat berbual dengan jiran sebelah rumah. Jarang bersua muka...sebab selalunya me keluar awal dan balik time semua sudah enak berada di alam mimpi. Pernah.....3 kali jiran kuar masuk, me tak perasan. Tau-tau dah pindah keluar...dan paling baru ni, jiran sebelah masuk pun... kesiankan? dan the latest.... ada jiran depan rumah da selamat bersalin dan habis pantang pun. Sedihnya....tak tahu. 

Kenapa??? Sebab me duduk di Seremban dan bekerja di KL. Pagi-pagi keluar, malam ke UiTM S.alam sebab belajar di sana. Balik... confirm da larut malam. Penat....sangat penat. dan..... jika ada kelapangan, me akan usaha sedaya upaya untuk meluangkan masa dengan keluarga dan mereka-mereka yang ada di sekeliling me.

Kerja tak pernah habis... dan kadang-kadang rasa nak menangis. Tapi, bila difikirkan secara logiknya....kerja takkan pernah habis kan??? So, set dalam minda...dalam fikiran... me buat semua ni untuk keluarga. InshaAllah.... Allah sentiasa ada di sisi.










Saturday, September 20, 2014

NotaUntukDiriSendiri

Masih di office, menyiapakan kerja....

Pabila kita mahu berjaya, bukan senang caranya. Usaha dan terus berusaha. Namun, jangan dilupa Yang Esa.

Dengki itu bagus, kalau kena pada caranya. Dengki pada yang berjaya, dan kita usaha untuk jadi sepertinya. Kurangkan bercakap, lebihkan usaha.... inshaAllah.

Cukup dengan apa yang kita ada.. syukur padaNya. Alhamdulillah. Berusaha untuk jadi yang lebih baik...dan jangan lupa untuk berkongsi dengan insan lain. InshaAllah...

#notauntukdirisendiri

PROMOSI SEHINGGA 25/9/2015

Jom ramai-ramai contact me 0183743153 untuk nikmati PROMOSI KEMERDEKAAN sehingga 25/9/2014 ini. Nikmati product dengan harga kasih sayang....

Jangan tunggu lama-lama...jangan malu-malu....