Saturday, November 2, 2024

I'm BACK..........

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jangan kecam kalau aku jenguk blog ni setahun sekali... 😁😁😁

Alhamdulillah... aku da balik Semenanjung for good. PPR Labuan pun da hand over dan telah dimasuki penduduk.

Barang-barang transfer ke kampung. Tinggal lagi 4 ekor bulus masih di Labuan. Tgh prepare untuk dipindahkan ke Semenanjung. Balik ke Semenanjung, kena paksa jaga projek sakit. Sakit otak. 

Penat sebenarnya.... Penat dengan keadaan yang tak seperti kita usahakan dan planning. Allah yang aturkan... kita kena terima dan redha. InShaAllah... akan ada hikmahnya.

Ini je chit chat kita untuk kali ni. Next time sambung lagi. Bila????? Tungguuuuuuuuuuu...

Friday, November 10, 2023

PPR LABUAN 2019-2023

Assalammualaikum dan Selamat Pagi... 💕

Here we are. Hampir tahun ke-5 dan masih di Labuan serta masih dalam usaha untuk menyiapkan projek PPR Labuan. Semoga ini tahun terakhir aku menetap di Labuan, dan moga tahun baru 2024 aku sudah berhijrah ke Semenanjung semula. Aamiin.... InShaAllah.

Ini view terbaru PPR Labuan

Kami masih struggle nak menyiapkan kerja-kerja infra

Moga Allah permudahkan semuanya

Ok... apa yang menyebabkan aku terlalu lama menyiapkan projek ni? Kalau dulu, aku selalu tertanya dan bila aku sendiri hadap benda ni...... tettttttttttttt.... Isu sensitif ni kalau nak diceritakan di sini, tetapi bagi aku ini adalah satu cabaran yang betul-betul ko akan appreciate bila kau da nampak berjaya mengatasi semua cabaran, dugaan dan apa saja halangan. Isunya bukan hanya dari segi domestik, material tetapi dari segi manusia itu sendiri. Baru kau akan nampak.... why like this and bla bla bla..... 😅😅😅

Moga aku dapat siapkan dan hand over on time. InShaAllah.... doakan. Moga inilah bakti yang dapat aku buat untuk mereka yang memerlukan.

Monday, August 29, 2022

ZURIAT

Hari ni Isnin yang penuh dengan emosi... Allah menjentik sedikit rasa hati ini. 
Biar apa pun korang nak bercakap tentang aku, aku tak kisah. Cukup hanya Allah saja yang tahu jalan hidup aku. Susah payah aku, suka duka hidup aku. Makan aku cukup atau tak, semuanya aku simpan rapat.

Tapi....
Bila kau bercakap tentang zuriat, serius, ianya sangat melekat dalam hati aku. Allah saja yang tahu. Hinanya aku pada pandangan orang. Bukan aku minta tidak dikurniakan anak... Aku tak tahu apa aku rasa. Aku taknak berkongsi cerita dengan husband aku, sebab aku tau beliau akan naik marah. Kenapa disoalkan rahsia Allah. Aku cuba untuk positif. Sungguh.......

Anak mummy.... doakan mummy kuat. Anak mummy tunggu mummy dengan daddy di syurga kan?