Monday, August 29, 2022

ZURIAT

Hari ni Isnin yang penuh dengan emosi... Allah menjentik sedikit rasa hati ini. 
Biar apa pun korang nak bercakap tentang aku, aku tak kisah. Cukup hanya Allah saja yang tahu jalan hidup aku. Susah payah aku, suka duka hidup aku. Makan aku cukup atau tak, semuanya aku simpan rapat.

Tapi....
Bila kau bercakap tentang zuriat, serius, ianya sangat melekat dalam hati aku. Allah saja yang tahu. Hinanya aku pada pandangan orang. Bukan aku minta tidak dikurniakan anak... Aku tak tahu apa aku rasa. Aku taknak berkongsi cerita dengan husband aku, sebab aku tau beliau akan naik marah. Kenapa disoalkan rahsia Allah. Aku cuba untuk positif. Sungguh.......

Anak mummy.... doakan mummy kuat. Anak mummy tunggu mummy dengan daddy di syurga kan? 

No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.