(^_____^) now i gila nak main masak-masak. argh!!!! x fenah-fenah macam ni u allz... kenapa? mengapa?
yup... dulu, i ni ala-ala tomboy a.k.a pemalas gitu. semua kerja-kerja 'perempuan' ni, i pandang remeh aje. bila ma suh buat kerja-kerja 'perempuan' ni.. mula i tarik muka. (T___T) memang dasar pemalas tahap cipan time tu.
sekarang ni, xtau nape.... hormon berubah kot. time ni, jiwa i asyik nak memasak jerk... pantang nampak macam best je masakan tu, confirm i nak cuba.. hahahaha... confirm hormon 'perempuan' i da datang... Alhamdulillah... harap berkekalan la kan. if not, sian la en.suami. selalu, kalau en.suami nak makan masakan yang i masak, siap merayu-rayu sampai i da naik menyampah... baru i masuk dapur. oh no!!! if my parents dtg, my ma akan cakap, ni lauk-lauk ni mesti en.suami yang masak. argh!!!!! sayang sangat menantu dia tu. (-___-)! mula la i buat muka menyampah...
ok!!! bukan i xnak masak ye u allz... kalau isnin-jumaat... i da bangun koi 5.30pagi... then, lepas solat subuh da g keje. pastu, habis je office hour koi 6, i bergegas ke uitm tuk attend class. habis area koi 9/10pm.... pastu, balik umah sampai around 11/12malam. so, mane celah i nak masak kan??? kan? sian kat i kan? life i pack kot..
xpe... actually, ari ni, i terasa macam nak buat popia goreng la u allz... teringin nak masak. ni tengah cari-cari la resipi popia goreng. nasib baik la smua di hujung jari je kan... hehehe... ok... u allz... i jumpa 1 resipi ni, macam senang jerk... jom, i kongsi sama-sama dengan u...
POPIA
GORENG
Bahan-bahan:
Bahan kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn 3 sudu
besar sebagai gam kulit popia.
Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ dimayam
1 labu bawang besar ~ dimayam
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~
ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan
bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau
rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan
supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan
sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana
panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan
toskan minyak.
ok u allz... nanti, da masak....... i upload gambar ye? yang lain... sape da buat, nanti kongsi dengan i erk? tata~