Friday, June 27, 2014

Ramadhan....

Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang aku bernafas hari ini. Hari Jumaat terakhir sebelum kita semua menyambut bulan Ramadhan, InshaAllah. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih sempurna daripada Ramadhan tahun lepas, InshaAllah.

Awal Ramadhan kali ini, aku dan suami bercadang menyambut di kampungku, Pahang. InshaAllah, esok akan bertolak balik. Moga kali ini, aku, suami dan keluarga dapat menyempurnakan puasa dengan baik. Setiap amalan, perbuatan kami diredhaiNya, InshaAllah. Amin...

Mungkin puasa dan AidilFitri kali ini, kali terakhir untuk aku menyambut sebagai pekerja di tempat sekarang. Ada rezeki lebih baik menanti selepas raya, InshaAllah. Sebelum bertukar kerja, aku telah berfikir sedalam-dalamnya dan mengambil masa 2-3 bulan. Kerana tiada kurangnya di sini... kawan sekerja terbaik yang pernah aku ada, takde politik, takde perkauman... sangat seronok. Memikirkan demi masa depan, mungkin patut aku ikut gerak hati yang InshaAllah digerakkan olehNya untuk menerima tawaran tersebut. 

Lagi 2 bulan di sini(lamakan tempoh resign aku), membuat aku rasa sayu... kawan-kawan yang sangat best ni tak mungkin ku jumpa di mana-mana dan di harap syarikat yang baru nanti akan seperti ini dan mungkin lebih baik lagi. InshaAllah. Dan.... ku mengharapkan keputusan yang ku ambil ini terbaik berkat Ramadhan ini nanti. KepadaNya ku berserah sepenuhnya...kan?

Lagi..... nak cerita apa ye? Oh ya... moga aku, suami dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini. yelakan.... sejak kebelakangan ni, kesihatan ku sedikit membimbangkan. Lagi-lagi begitu banyak dugaan yang tidak terduga sebelum ini.... inshaAllah.




No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.