Thursday, August 14, 2014
K.U.C.I.N.G
Berhabuk sangat da ni kan???
Fuh! Fuh!!!!! Lap-lap sikit sebelum me meneruskan cerita...kali ni, me nak bercerita tentang 'KUCING'.... Me dan en.suami memang sukakan kucing. Hati mudah jatuh sayang dan kesian.
Lately ni, kami berdua dalam keadaan bersedih bukan sebab kucing kami mati.... tapi kerana seekor kucing datang yang selalu menumpang makan. Seekor kucing jantan, warna oren dan ber ekor pendek. Tiga hari lepas, dia datang dengan terhoyong hayang then rahang belah kiri kelompong macam kena gigit. Meraung me time tu... memang Allah sahaja yang tahu betapa sedih nya me tengok keadaan dia. Suara pun da slow je time tu. Cari minyak gamat dan bila keluar balik rumah.... kucing tu da hilang. Ya Allah, sedih, risau dan macam terbayang-bayang je dia datang.... en.suami siap mimpi-mimpi lagi. Kami berdua tak lena tidur sebab hari tu dia datang dalam pukul 1 pagi. Lepas dia hilang tu, kami berdua merayau 1 taman perumahan tu cari sebab nak bubuh minyak gamat dan esoknya nak hantar ke klinik haiwan. Tapi, niat kami tu sampai hari ni tak kesampaian....
Walaupun dia seekor kucing datang... tapi, da jadi macam rutin bagi dia makan. Memang kalau beli makanan kucing tu, campur dengan dia sekali. Dia tak pernah bergaduh dengan kucing-kucing yang ada. Kalau si kecik datang nak makan, dia mengalah dulu... then bila si kecik tu semua da siap makan... baru dia makan. Hati me memang sedih sangat bila jadi macam ni.
Selalu orang kata kalau kucing nak mati...dia akan pergi jauh. Tapi... me berharap, andai benar umur dia tak panjang, Ya Allah.. kau tunjukkanlah jasad nya supaya kami boleh tanam. Tapi, andai umurnya panjang lagi... bukakanlah hati dia untuk datang ke rumah kami supaya kami boleh hantar dia terima rawatan.....
Semalam pun, puas pusing 1 taman still tak jumpa... yang jumpa, anjing liar. Rasanya da banyak kali buat report sebab anjing liar ni selalu kejar kucing dan garang.... harap adalah orang yang bertanggungjawab selesaikan masalah ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.