Tuesday, September 23, 2014

Kenapa????

Ada orang bertanya KENAPA saya pilih CONSTRUCTION FIELD...

Ia bidang yang sangat mencabar dan sometimes it's really cool... Bukan senang untuk mendapat title "Project Manager"dan menjadi orang kepercayaan boss. 

Me bermula dari bawah... sangat-sangat bawah. Time tu, habis exam hari Sabtu, hari Isnin me da start kerja kat sebuat company construction cina di Setapak. Me ingat lagi.... disebabkan me anak sulung dan datang dari family yang sangat sederhana me bertekad untuk mencari kerja...padahal tak habis exam lagi. Pabila niat kita betul, InshaAllah...Allah akan bantu. Me dapat kerja as a "project coordinator cum qs junior" dengan gaji RM1600. Me bekerja selama 2 tahun di company tu.. terlalu banyak pengalaman yang me dapat di situ. Semua kena buat sendiri... dan di situ juga me dapat belajar banyak perkara.

Then, berpindah ke Seremban dan bekerja di syarikat bumiputera. Apa yang me dapat di company ni... 1 pengajaran hidup yang sangat besar. Pengalaman untuk mengenal kawan dan lawan. Sekejap je di sini kerana bila kita bekerja dengan orang yang mempunyai muslihat lain...itu sangat berlainan dengan prinsip pekerjaan me. Dan... tak lama mana pun, syarikat tu pun jatuh muflis dan dijual kepada orang lain.

Me kembali bekerja di KL dan...berulang alik Seremban ke KL sehingga sekarang. Bekerja dengan Cina, yang tiada politik sangat-sangat buat me benar-benar selesa. Bukan taknak bekerja dengan bumiputera dan membangun bersama mereka....tapi, pengalaman yang lepas benar-benar membuka mata dan membuat me rasa jeran dan cukupla sekali...

Di sini, paperwork 100% me pegang dan me juga akan monitor inflow dan outflow cash untuk satu-satu projek. Me akan turun ke tapak projek dan bersama-sama dengan mereka sesekali. Di tapak, akan ada site manager untuk menjaga projek. Berpuas hati dengan syarikat sekarang... menjadikan me selesa di sini. 

Jangan kata me tak pernah ditipu...tak dapat gaji..semua itu me pernah rasa. dan....rasanya cukup la pengalaman dulu.

Untuk anda....yang nak masuk bidang ni, jangan takut. Ceburilah, Cintailah...InshaAllah... hasil yang akan kita dapat, boleh buat kita tersenyum selamanya. Bukan saja hasil yang begitu memuaskan hati, tapi...kita juga dapat berbakti dengan keluarga dan insan lain secara tak lansung. (^____^)V




No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.