Sunday, April 26, 2015

W.E.E.K.E.N.D

Ada orang kata me is workaholic.... Workaholic????? For me, i'm not disebabkan me selalu je rasa malas datang kerja. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab yang ada, me gagahkan diri, positifkan minda untuk me terus berbakti.

I have a team... kalau me tak tunjukkan teladan yang baik, macam mana mereka juga nak menjadi yang terbaik. Ye dok? Kita kena tunjukkan aura positif tu walau kat stress macam nak stop work aje. Tapi, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Dan me sentiasa ingatkan diri sendiri, bahawa Allah takkan menguji hambaNya melainkan Dia yakin yang kita mampu menghadapinya. Kan???

Ari Ahad pun bercerita tentang kerja kan? Haih laaa...... this week, me dan en.suami balik kampung. Now, lepak-lepak sambil tengok movie x-men. Petang sat g, nak ke KL sbb ada tuntutan kerja yang perlu disiapkan. Yup.... kerja di hari Ahad. :)

Tuesday, April 7, 2015

FAMILY DAY #MYVI1COMMUNITY



Family Day #M1C

Lokasi : Seri Ratu Park, Port Dickson

Masa : 5 April 2015 (10am-5pm)

#M1Community
We_Are_One_We_Are_Family



Walaupun masih baru, Alhamdulillah... family day kali ini dapat menghimpunkan lebih kurang 13 kereta. Ahli yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain tetapi nampaknya perhimpunan kali ini tidak mengecewakan.

Walaupun takde aktiviti-aktiviti tertentu, kami happy dengan lepak beramai-ramai, mandi-manda, karaoke, bbq dan lain-lain lagi. 

bbq... simple aje. ayam + hotdog. 


13 kereta berhimpun... Alhamdulillah. Nampaknya ada ahli baru...



Brother Idris dan family.... semangat siap sapu losyen hello kitty. hehehehe...
Antara aktiviti kali ini adalah menyambut birthday ahli-ahli dari bulan Jan-March2015. Wakil tolong potongkan cake....
We Are One, We Are Family.... inshaAllah.
Jemput makan ye.... Jangan malu-malu....
Berkumpul sebelum bergerak ke Seri Ratu, Port Dickson...


Terima kasih kepada yang hadir.... InshaAllah, perancangan akan datang kita menyusul bulan Jun 2015. InshaAllah....

Moga hubungan akrab ini akan kekal selamanya....


#M1C009






Thursday, April 2, 2015

Jujur.Amanah.....Karma.Kifarah

Hari ni, me nak bercerita tentang 'Jujur' dan 'Amanah'....

Lately ni, banyak sangat benda terjadi dan menyebabkan me sangat kecewa.... actually, bukan terjadi kepada me pun, tapi.... terlihat depan mata sendiri bagaimana bangsa sendiri menindas bangsa sendiri untuk naik dan maju. Memalukan....dan lebih memalukan bangsa lain pula menolong bangsa kita yang ditindas tu. 

Kerja walau macammana sekalipun besarnya... jangan tamak. Allah telah menjanjikan rezeki masing-masing. Allah tak pernah mungkir janji-janjiNya. Kita kena berusaha, tapi mengikut jalan-jalan yang diredhai-Nya. Kena jujur...kena amanah. Jangan tipu... Jangan bermuka-muka. InshaAllah, Allah pasti membantu.

Tak tahu makna jujur, amanah..... google. Zaman IT dan teknologi ni semua di hujung jari anda. Walau secanggih mana pun zaman kita, jangan membelakangkan agama. Kerana Islam itu agama yang sesuai sepanjang zaman. 

Setiap apa yang kita lakukan... ingat ada pembalasan yang dijanjikan oleh Allah. Tahu definisi 'Karma' atau 'Kifarah'..? Cari.... google.

Kerana....me sudah melihat dan mendengar pelbagai balasan. Janji Allah itu pasti. Cuma cepat atau lambat. Tak kira perbuatan kita baik atau jahat. Semuanya ada pembalasan. Yang baik kita ambil....dan yang buruk itu kita elakkan. 

Me juga tak perfect...mungkin ada juga mengguriskan perasaan orang. Cuma, kita perlu berubah ke arah kebaikan untuk setiap hari...InshaAllah. Jangan tunggang terbalik solat, tetapi hati penuh titik hitam. Jangan jadi seperti itu... Dosa dengan Allah, mohon ampun dengan ikhlas, Allah akan ampunkan...Dosa dengan manusia, selagi kita tak memohon maaf, selagi itulah kita bawa... 

Senang aje.... nak maju, berusaha. Tak perlu pijak orang lain untuk kita terus maju. Jangan tamak... kita kongsi semua rezeki itu. InshaAllah.... Allah tahu.

Site Sg.Buloh


Assalammualaikum kalian....

Rindu menulis... tetapi, disebabkan kekangan masa, terkuburla segala harapan. Now, my team and me tengah sibuk mengejar progress untuk kerja-kerja paip di Sg.Buloh. Alhamdulillah, kerja-kerja kami da hampir 85% siap. Tinggal kerja-kerja lay pipe di tangki sahaja.

Kami tumpu 100% untuk projek ni disebabkan target kami nak siap sepenuhnya sebelum akhir bulan April. Semoga impian kami ni, akan terlaksana. Amin....

Doakan semuanya berjalan lancar kerana kami nak memberi tumpuan kepada projek di Felda Jengka pula. InshaAllah...