Monday, October 25, 2021

K.E.C.E.W.A

Tiba-tiba malam ni, aku rasa kecewa sangat.... Aku tak boleh cakap apa yang buat aku kecewa... Tapi, serius... bila aku dapat tahu aku rasa aku dipinggir, tak penting dan lansung tak minta pendapat aku. Apa selama ni aku tak menyumbang apa-apa ke?????????????

Allah..... Kau tahu apa yang aku rasa sekarang. Aku sangat kecewa. Sangattttttttt.... sebab ini bukan pertama kali. Aku tak mengharapkan pun, tapi sekurang-kurangnya bagitahu aku. Susah payah aku selama ni, lansung ............................. Allah. Ikhlaskan diriku. Redhakan diriku. 

AstaghfirullahhalAzim.......

Sunday, October 24, 2021

Emosi Up and Down...

Minggu yang terlalu membuatkan emosi aku berputar macam ribut taufan tu, kadang macam tak mampu nak kawal. Hanya Allah saja yang tahu.

Perkara pertama pabila, kau dapat berita tentang kembalinya kawan UiTM kau kepada Penciptanya. Tersentak aku sekejap, sebab kami sama-sama duduk di seberang laut dan jauh dari keluarga. Kami start baik selepas tamat belajar dan mula bekerja di bidang construction. Terkedu aku bila dapat tahu Arwah ditemui terbaring dan telah meninggal ketika ditemui oleh kawan-kawan sekerjanya. Ya Allah.... Beruntungnya mereka yang bekerja dekat dengan keluarga. Aku cemburu tapi aku yakin kepada susunan-Nya. InShaAllah....

Perkara kedua, selang sehari selepas berita kehilangan kawan aku tu... staff aku yang aku memang anggap macam adik-adik... juga kehilangan ayahnya. Aku tak tahu nak react macam mana bila aku tengok adik aku sedih macam tu. Kuatnya lelaki akan keluar juga air mata bila kehilangan insan tersayang...dan aku yang memang hati kecik bila melibatkan ayah dan ibu ni....xtau macam mana nak pujuk dia, nak kontrol air mata aku. Tak tenang aku... Aku hanya mampu tolong adik aku ni check SOP masuk ke Sabah, check dan belikan tiket flight dia balik ke Semporna dan sentiasa tanya status pejalanan dia sampai dia tiba di kampung. 2 tahun dia tak balik ke kampung, lagi-lagi selepas adanya Covid ni, SOP keluar masuk ke Labuan memang sangat susah.

Perkara ketiga, bila ada permainan emosi antara bosses dan juga staff ko. Aku yang jadi perantara ni memang kena pastikan emosi aku kuat untuk aku hadap. Kadang-kadang tak mampu, tapi aku fikir untuk aku siapkan projek ni ja. Sikit je lagi tapi masalah bertimpa-timpa. Macam tak mampu da aku hadap. Sikit ja lagi.... Aku cuba hadap. Kalau nak fikir pasal emosi semua orang, boleh gila aku. So, aku ambil jalan tengah. Janji usaha bersama berhasil. Sekarang ni, ada hati ke xde hati ke... kena bertanggungjawab dengan kerja. Selagi aku punch card dekat sini, selagi tu aku akan bekerja dan jalankan kewajipan aku. Nak fikirkan orang, orang pun x fikirkan aku. Kannn???

Aku sentiasa ingatkan diri aku, Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu. Pasti ada jalannya. InShaAllah..... 😉😉😉

Lepak tengok sunset dekat tepi pantai... sambil tengok ombak



Friday, October 15, 2021

2021 NEW NORMA LIFE


Norma hidup baru... hidup dengan virus Covid-19. Pejam celik pejam celik da setahun lebih hidup dengan virus ni. Kejap ok, kejap pkp, kejap pkpd, kejap pkpb..... Penat otak. Burn out teruk rasanya. Nak melayan karenah depa ni. Dari boss, staff bawah. Diri sendiri pun da down tahap xboleh buat apa da.

rasa penat.... tapi bila tengok pakcik ni.... aku rasa aku x boleh mengalah

Life pun tak boleh nak cakap stabil. Macam-macam kena hadap. Dengan jauh dari family. Semua nak kena hadap la. Kuat tak kuat ja.... Pejam mata ja la kalau tak mampu. X perlu nak fikir sangat.


projek pun da mcm terbengkalai lama

Kerja lagi la.... projek da berapa lama tangguh. Aku pun da makin penat dengan environment sini. Serius talk la.... Xtau sampai bila aku mampu bertahan. Rasa mcm nak cabut lari ja. Tak nak keja da. Balik kg kutip sawit je la... Hahahahaha.... Nasib aku sayang je projek ni. Fikir budak-budak sini ja...

benda paling aku suka kat sini.. aku boleh g pantai bebila masa time aku stress

Apa pun, life kena lalui juga mcm biasa. Blog ni pun da berhabuk. Aku mcm perlukan somewhere untuk aku luah apa aku rasa. Kalau x, boleh gila agaknya. Sakit da otak aku ni. Lepak tepi laut, picnic.... round 1 pulau. Yeahhhh.... Susunan Allah itu yang terbaik. InShaAllah.