Wednesday, June 27, 2012

ketidakpuasan hati~

Assalammualaikum kawan-kawan....

Maaf andai entry kali ni, kita bercerita tentang ketidakpuasan hati kita. kita terlalu sakit hati... kita rasa, kenapa la jadi macam ni? kita bukan nak bercerita tentang hal kita, tapi, kita nak cerita tentang hal kawan baik kita.


Ingat lagi tak, kita cerita tentang bestfriend kita... yg bf dia ada gf lain tu. 9 tahun berkawan, akhirnya jantan tu pilih gf dia yang lagi sorg tu... xde alasan diberikan.... ok, mungkin da tertulis bukan jodoh mereka...


tapi, yang membuatkan kita rasa tak puas hati... adalah kerana, gf dia tu. siap sms and call kawan kita tu. kenapa? nak tunjuk yg jantan tu pilih dia? nak cakap, kononnya dia betudung, dia baik sangat? bertudung tapi hati busuk buat ape? Allah.... kenapa? nak suh kawan kita tu muhasabah diri... perbaiki diri... ingat dia tu da cukup baguske nak suh orang lain muhasabah diri? kita rasa, baik dia beli cermin besar-besar... tengok diri tu, dari atas sampai bawah. kalau boleh xray hati dia tu, tengok warna ape? hitam?????


lantaklah betina gatai tu... yang kita risaukan adalah kawan baik kita ni. da la nak final exam. moga dia bersabar, moga dia tenang untuk jawab exam nanti... dan kita berdoa, moga Allah utuskan seorang hamba-Nya yang terbaik untuk dia dengan scepat mungkin. Cukup lah penderitaan dia setakat itu. Moga Allah makbulkan doa kita... Amin...





Friday, June 22, 2012

Jumaat datang lagi..

Alhamdulillah... Jumaat datang lagi.

Apa khabar wahai kawan-kawan blog? sihat? harapan kita, moga kehidupan anda-anda semua sangat-sangat bagus dan sentiasa dibawah keredhaan-Nya. Amin...


Ari ni, da ari Jumaat kan? cepat je masa berlalu sekarang ni kan? exam pun da makin dekat... Final exam untuk semester ini... Paper saya bermula pada Jumaat depan (29/6/2012). berderet pla tu. Esoknya pun ada paper... pagi plak tu. Paper membaca... No isk2.... habislah kita. da xtau mcm mane kita nak susun schedule kita ni. macam redha jerk. hehehehe.....




Then, paper mengira plak, 7hb 7... harap-harap, kita dapat buat yg terbaik.. pas habis exam, cuti semester sampai 9hb 9... so, kita nak enjoy puas-puas.... Sneakers boleh jalan-jalan. paling kurang, raya nanti... otak kita free je. leh raya puas-puas.




petang ni, kita ada presentation final project untuk semester ni... subjek environment. so, doakan kita n group leh buat dengan baik.


Amin...


Wednesday, June 20, 2012

~emosi

Ari ni, kita nak bercerita tentang lelaki... berdasarkan kisah benar kawan baik kita sekarang ni. Hati ni betul-betul sakit, betul-betul bengang... sampai en.suami pun terkena tempiasnya. Maaf en.suami. Ampun sangat-sangat. Sambil-sambil meluahkan perasaan malam tadi, en.suami terkena la tempiasnya jugak. Marah-marah, termarah la jugak en.suami. Ini semua sebab 'lelaki' itu. memang anti dengan 'lelaki' macam tu.


Malam tadi, kita bercerita la dengan en.suami tentang 'lelaki' itu... tapi, kita tengah marah sangat... kita bahasa kan 'lelaki' itu sebagai 'jantan'... membara je dalam hati ni. emo semacam aje. walaupun, kita x rasa apa yg kawan kita rasa sekarang ni, tapi, kita pernah rasa perasaan bodoh itu.


Dipendekkan cerita, apabila ada sorg girl ni contact kwn baik kita tu. tanya apa hubungan kwn baik kita tu dgn jantan ni. then, that girl ckp dia gf kepada jantan tu. pergh!!! bkn 1 2 bln diaorang da kawan... tapi da 2 tahun. dasar jantan betul kan... habis tu, apa guna dia dgn kawan baik kita yg da lebih 5 tahun tu? pempuan simpanan? isk isk... mmg kita sakit hati. sebab nya, kawan baik kita tu bukannya x lawa, cantik melecun lagi... ramai orang nak... tapi, sebab jantan x guna tu, dia sanggup tunggu. janji ape mcm tu? konon minta tangguh.. pergh!!! sekali uper nya, ini la sebabnya. memang dasar jantan x berguna.


hati kita tengah membara ni... sebab that girl tu pun satu... kami ni da la nak dekat final exam. tengok muka kawan baik kita tu, alahai.... dengan badan penat bekerja, otak plak serabut pikir kes macam ni, pikir nak exam lagi...


kita memang anti betul jantan mcm ni... cakap berbelit-belit. memang kita rasa, isk.... cepat la mati kena langgar lori. menyusahkan orang je. nak yang mana satu? xnak, lepaskan la. makin ari bukan makin muda... ape la... jantan x guna tu. isk.... sakit hati kita.


kita bersyukur sangat kita ada en.suami yang memahami... kadang-kadang, kita ni xleh nak kontrol emosi kita. nasib baik ada en.suami yg banyak bagi kata-kata azimat.


untuk kawan baik kita tu.... kita doakan moga dia bersabar, redha dengan ape yg terjadi. Moga akan ada hikmah yang baik di akhir nnt. dan kita nak doakan, dia akan dapat yang lebih baik dari jantan x guna tu. Amin...





Friday, June 15, 2012

minggu busy..

sejak akhir-akhir ni, saya menulis entry di office... dekat umah, lansung x tergerak hati nak update entry.. sebabnya? sebabnya... sejak kebelakangan ni, balik lewat. so, balik je mandi-mandi, terus nampak katil yang empuk. hurm... kepenatan. penat yang teramat sangat.....


tapi, yang tak bestnya... update entry kat office xleh nak letak gambo. huhuhuh.... lansung macam x best. orang pun tengok, entah pape entah... ^___^!


ok... fine! ari ni... kita nak bercerita pasal ape eh? see.... saya xde idea. idea melayang-layang entah kemana. minggu ni, minggu yang amat teruk sekali sebab kena anta final projek and kena presentation. malam tadi, saya present untuk subject construction and facilities management. very2 bad.... mood xde bila dengan mamat yang x brape nak putih tu. memang mati mood.. memang xleh nak suruk, yang SAYA ni X SUKA DIA.... memang da xleh nak suruk.... mcm mane? memang la dia lecturer ganti dan sepatutnya saya kena hormat dia... tapi, lansung xde perasaan tu. yang ada, hanyalah rasa MENYAMPAH. dan.... kita rasa terkilan sangat-sangat. Nape la sesuka hati suka tukar lecturer ni. Lantak la, dia x cukup kredit ke ape.... lagipun, sepatutnya diaorg bagi kitaorg lecturer yg terbaik. Ini, entah pape... rasa menyampah plak. Haih!!! memang terkilan. Bukan semua orang boleh jadi lecturer ok... Maybe dia student yang BAGUS... tapi, bukan LECTURER yang BAIK... please la. jangan la sesuka hati menukar2 lecturer ni next time.


so, minggu ni... kita hanya baca entry e-novel aje. Rasa release gak tension ni sikit. ^____^. En.suami xtau dapat balik ke tak... harap-harap dapatlah beliau menemankan saya ke hospital untuk check up.


ok u allz... see u next entry. =____=!





Wednesday, June 6, 2012

banyak2 cter...

Assalammualaikum dan Salam Rabu... ^___^

Macam mana dengan hari anda? Ok? Hehehe... da lama x meng'update' entry kat blog ni. cerita yang ada pun da basi da kot. hehehe...

Ok.. First, cerita tentang en.suami yang da start posting ke semenanjung start esok. Esok beliau akan melaporkan diri ke Butterworth. Jauh jugak kan? Tapi, xpe.. sekurang-kurangnya, dalam semenanjung juga. So, xde la risau sangat dengan keadaan beliau, lagi-lagi sekarang beliau duduk dengan keluarga mertua. So, rasanya semua dalam keadaan ok je. InsyaAllah...


Kedua, cerita tentang cuti-cuti Malaysia saya ke Labuan sebelum en.suami bertukar ke Semenanjung. Semuanya okay aje. Dan, Alhamdulillah... keninginan untuk en.suami makan lobster sebelum bertukar menjadi kenyataan sebab dapat gak akhirnya beliau makan. Itupun, puas kami jalan-jalan di pasar. Hanya 1 gerai saje yang jual. So, hari terakhir di Labuan, kami makan lobster masak sambal, rumpai laut dan udang goreng kunyit. ^____^ en.suami masak lobster... yang lain, saya yang masak.... ecececece.... hahahaha... masak senang boleh la kan? First time makan lobster... gila sedap. campuran ketam+udang. fuh!!!! puas hati kot. rasa sangat seronok tengok en.suami makan....


Cerita ke-3 plak, ialah cerita tentang kekecewaan dengan pengurusan pihak sana. Disebabkan pihak kontena berkata waran untuk kontena masih x dapat, ada gak barang-barang en.suami yang terpaksa ditinggalkan. kecewa..... sgt2 kecewa. selalunya bila signal pertukaran keluar... budget untuk kontena memang da ada. macam mane kes seperti ini boleh jadi erk? saya pun terfikir-fikir.... hurm... entahlah. hairan betul. sedih bila barang-barang tu tinggal... hurm.. ape la management diaorg ni. entah pape....


ok... then, cerita ke-4, adalah saat-saat terakhir kami di Labuan. =____=! terasa mcm nak nangis gak tengok mereka berkumpul di airport time tu. terharu.... yang en.suami plak, muka monyok bukan sebab sedih nak tinggalkan labuan, tapi, sebab posting tu tempat yang beliau x mintak. muka bengang jerk... huhuhu... sabo je la. kalau x sebab saya further study skarang ni, memang saya akan ikut beliau. huhuhu... kerja di kedah atau penang. tapi, time ni sabo je la yang mampu. harap-harap pengorbanan kami ni berbaloi la. InsyaAllah...

Cerita ke-5.... sampai je di Seremban, kami kemas-kemas barang. mane yang nak bawak balik Kedah, masukkan dalam kereta. malam tu, kami terus gerak balik Kedah. Lama da x jejak kaki ke Kedah. Alhamdulillah... selamat sampai. Sabtu dan Ahad di Kedah. Berfoya-foya kejap.


Then, cerita terakhir ialah kehilangan ayah saudara en.suami.... Bermula aghi ni, saya half day. Nak anto en.suami naik bas. Pepagi lagi da macam nak maki hamun kat kaunter bas tu. 1st sebab dia menipu. Saya da cakap, xnak bas 2 tingkat. Tapi, yg dtg..... 2 tingkat. Pastu, en.suami kata kena tukar2 bas. 3 kali kot... (kalau mcm tu, baik naik bas lompat2 tu kan?).... naik koi 9.30pagi, sampai koi 7petang. Memang TERBAIK!!!! pasni, jgn harap nak naik da... geram betul. On the way balik Kedah tu, dapat berita yang ayah sedara en.suami telah pergi... so, saya pun cakap, InsyaAllah sempat.. tapi, bas tu memang betul2 menguji kesabaran la. en.suami punya la hangin. Tapi, nasib baik sempat jugak sampai sebelum kebumi. Hurm... memang ngok ngek nye bas....=_____=!


Banyak da cter tu... Kita sambung next time. 6___9 bye!!!