Malam ni, saya nak bercerita tentang ketidakpuasan hati sikit... Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi... jadikan ia sebagai iktibar. K?
Ok.. Saya baru balik dari kampung, disebabkan mendapat khabar dari ma, adik excident dengan kereta.. (-___-)' So, saya dengan en.suami pun ambil keputusan tuk balik kampung walaupun Isnin en.suami bekerja.
Berikutan dengan excident tu, sampai di rumah... Ma dan abah menceritakan hal yang agak membangkitkan kemarahan saya dan en.suami... tentang 'layanan' dan 'cara' anggota polis yang mengambil report adik saya tu.
Pertama, anggota polis itu meminta adik saya mengambil report driver kereta yang melanggar adik saya tu. Kira copy and paste... dan apabila ma dan abah membaca report driver tersebut... nampak sangat seakan-akan adik saya bersalah. Dikatakan adik saya melanggar kereta tersebut dari belakang... Ok!!! Saya nak tanya anda, Kalau anda nak masuk simpang, dan berada di jalan lurus, anda kena berhenti dulu sebab kena bagi laluan kepada kenderaan di hadapan lalu dulu kan? Betul ke tak? Berhenti dan bila xde kenderaan lain, baru jalan...
Tengok gambar di bawah.... Sepatutnya, driver tu bagi laluan kat adik saya dulu kan? Dan nampak sangat bukan langgar belakang... kan? Kenapa anggota polis tu, nak suruh adik saya copy and paste laporan driver kereta tu... Kalau copy and paste, nampak sangat la, adik saya yang salah.
Di mana etika anda sebagai seorang anggota polis yang sepatutnya membantu mereka yang tidak bersalah... dan anda perlu menyiasat perkara tersebut dengan sebaiknya... betul atau tidak?
Yang kedua, dengan berpakaian uniform... dan motto anda mesra rakyat... anda tidak sepatutnya menunjukkan sikap sombong dan 'berlagak' anda hanya disebabkan UNIFORM anda itu... Mesra rakyat, maksudnya, anda perlu senyum, anda perlu sehabis baik mebantu insan-insan di dalam kesusahan.
Saya tidak hanya menyalahkan anggota polis... sebab pekerja perkhidmatan awam juga ada mempunyai sikap2 negatif ini. Terlalu ramai.... tetapi kualiti tiada.
Mungkin saya kelihatan terlalu muda untuk berbicara tentang isu ini... tetapi pengalaman yang ada, membuatkan saya ingin bersuara. Menyuarakan ketidakpuasan hati ini...
Jangan kerana status bekerja 'kerajaan'... selesa... anda lupa dengan komitmen, tanggungjawab kepada orang awam.. terutama yang bekerja di kaunter... atau memerlukan mereka berhadapan dengan orang ramai. Jangan tunjukkan muka masam, dan menjawab dengan nada yang tidak sepatutnya... Jika anda TIDAK MAHU bekerja sebegitu, sila hantar surat berhenti kerana di luar sana, ramai lagi yang memerlukan kerja tersebut.
Hati ini, benar-benar tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan... Kenapa pekerja hari ini, susah untuk jumpa yang berkualiti... sedangkan mereka lebih berpelajaran daripada pekerja dahulu? Adakah kerana merka mempunyai 'SIJIL', 'DIPLOMA' atau 'IJAZAH' atau 'MASTER', mereka sudah terlalu pandai? Tunjukkan kualiti anda ketika bekerja.. kerana belajar dan bekerja adalah suatu perkara yang amat berbeza...
So, anda semua yang berada di luar sana... anggap ini sebagai iktibar dan moga kita semua dijauhi dengan perkara-perkara seperti ini... Amin...