(-_______-)
Pagi tadi saya menjemput en.suami di TUDM Sg. Besi. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa ekor anjing dan kera mati di tepi jalan. Terdetik di hati, kesian sgt....
Selepas tu, en.suami plak ambil alih jadi driver. On the way balik umah tu, tetiba kereta di depan, mengelak ke kanan... Saya pun menjerit, ingatkan en.suami yang sedang leka bercerita. Ya Allah, ada kera nak melintas uper nya. Nasib baik sempat mengelak......
Motif saya bercerita? Sebabnya, saya pandang kiri kanan, sudah tidak ada pokok2 yang boleh dijadikan makanan oleh mereka. Semua di tarah... Semua diteroka. Tapi, di mana ganti untuk keseimbangan alam ni? Mana habitat mereka? Makanan mereka? Sayu hati bila saya mengingatkan semua tu... Memang patut la, mereka cuba untuk melintas jalan... mungkin sedang mencari makanan untuk anak2 mereka....
Kadang-kadang terfikir... Bahagian planning x fikir atau apa yang mereka ambil x diganti semula? Mana undang-undang, setiap pokok yang di ambil akan diganti semula? Oh!! Malunya saya kerana saya salah seorang di dalam bidang pembangunan ini... Tidakkah mereka terfikir semua ini? Adakah mereka hanya fikirkan duit sahaja?
Hari ini, mungkin haiwan2 ini yang kehilangan habitat dan makanan... tapi, mungkin suatu hari nanti... kita juga akan kehilangan punca oksigen? Oh tidak!!! Minta2 ketika itu saya da mati......
Ketika kita sedang bergembira mengharungi hari2 pembangunan ni, penuh dengan kemudahan2 seharian.... adakah kita pernah terfikir... haiwan2 di luar sana, sedang mengeluh kerana habitat2 mereka di ambil... hilangnya punca makanan2 mereka... sayu nya hati... Allah hu Akhbar.. Kita dianugerahkan akal fikiran... tapi, kdg2 kita lagi teruk dari haiwan... (Moga2 saya dan keluarga dijauhi dari org2 sebegini)...
Moga ada insan-insan yang akan membantu haiwan-haiwan ini... Dan semoga Allah memberikan mereka rezki dan kehidupan yang baik. Amin...
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.