Wednesday, October 31, 2012

Opick ~ Rapuh (Tentang Dhia)




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu




KEHILANGAN -Firman@




Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



Tuesday, October 30, 2012

hati...

hati...
aku sakit
aku terluka
aku hampir tewas
hampir mati...

hati...
mampukah aku bertahan lagi
mampukah aku harungi 
perjalanan hidup ini
hubungan yang hampir mati ini

hati...
kejamkah aku
andai aku terus begini
bersama tapi diselubungi sepi

hati...
rasanya tak mampu lagi
untuk aku menipu diri ini
kuatkanlah diri ini
walau akan ku sendiri
harungi hidup tanpa dia di sisi

hati...
pasrah dan redhalah
mungkin ini takdir untuk kita

Hati

Hati... 
Sesekali perasaan itu datang lagi 
Terkenang akan kenangan dulu 
Mengingatkan tentang luka-luka lama 
Tapi... 
Pasti itu hanya kenangan 
Dan... 
Moga ia akan hanya tinggal kenangan

Hati...
Mungkin luka itu telah lama kering
Sembuh dek ditelan masa
Tapi...
Terkadang ada sisa luka lama
Tersiat dek cinta dusta

Hati...
Sembuh kerna adanya Dia
Mendengar setiap keluh dan resahnya
Seorang hamba dek kerna luka hatinya

Hati...
Jangan biar hatimu luka lagi
Takut nanti dirimu tidak mampu kuat sebegini
Mengharungi setiap detik sendiri
Mengubat luka dek terhiris belati

Hati...
Kini kau mampu tersenyum lagi
Kerna ada insan lebih mengerti
Menyayangi seikhlas hati
Biar lah kini... dan seumur hidup ini...
Hanya 'dia' di hati...

Sunday, October 28, 2012

Zakat Pendapatan

Jap tadi berbual-bual dengan en.suami. Tanya beliau mcm mane nak kira untuk zakat pendapatan...

So, here we go... Meh kita kira sama-sama......


Contoh :-

Sebagai contoh:
  • Pendapatan tahunan ialah RM26,000 (RM2,000 sebulan dan bonus satu bulan)
  • Isteri seorang = RM3,000
  • Tiada anak
  • Pemberian pada ibu-bapa sebanyak RM1,000 setahun
  • KWSP 11% bersamaan 2,860
  • Carum kat Tabung Haji (institusi yang bayar zakat) sebanyak RM50 sebulan or RM600 setahun

So, 2.5% (26,000 - 9,000 - 3,000 - 1,000 - 2,860 - 600) = Rm238.50 setaun / RM19.88 sebulan.

Ok tak? Faham tak?

Ok.... Syarat-syarat WAJIB zakat ialah :-
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab (bersamaan 85 gram emas nilai semasa)
  • Cukup haul (genap setahun)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

(^______^)/ Saya da faham. So.............







Seketika Cuma.....


Mungkin hanya seketika... (^___^) 

Tapi kenangan itu cukup bermakna buat akak dan abang. Abang? Memang dia seorang yang serius kalau melibatkan adik-adik dia, dan juga adik-adik akak. Terlalu protective orangnya.... Akak percaya kalau seseorang itu jujur, ikhlas... abg akan terima. dan Alhamdulillah, abang terima kamu seadanya. Sebagaimana yang akak pernah katakan dulu, abang tu muka aje siyes, x pandai senyum... tapi, InsyaAllah... hatinya baik. Kalau niat tu baik, InsyaAllah baiklah jadinya.

Tapi, mungkin bukan jodoh kita untuk menjadi satu keluarga... seketika hubungan itu... tapi, cukup terkesan di hati kami berdua. Akan kekal kamu di hati kami. Status 'adik' yang telah kami gunakan untuk kamu... akan selamanya kekal untuk kamu.

InsyaAllah, doa kami akan ada untuk kamu. Moga kamu ditempatkan bersama insan-insan terpilih. Moga kamu tenang di sana. 

Amin... Al-Fatihah.


Nirwana Band-Cinta Berbuah Dosa



lagu best... tapi, lirik tu... (-_____-)' menakutkan.


Thursday, October 25, 2012

AidilAdha



SALAM AIDILADHA 

Maaf Zahir & Batin 

untuk 

SEMUA 
saudara mara, kawan-kawan

 (^___^) 
Moga AidilAdha kali ini lebih baik. Amin...










Wednesday, October 24, 2012

Excident

Malam tadi, dalam perjalanan nak balik umah...dari kelas... dalam pukul 11.30mlm.. time lalu kat Putrajaya.... tetiba kereta depan kami membelok ke kanan dengan laju... En.suami da kelam kabut la... dia cakap nampak benda itam. Saya yg tengah tdo... terkejut bangun. Upernya, bila da dekat... ada orang jatuh motor. Habis berterabur da motor dia... 

En.suami mengelak... tapi... x stop. Saya da berlinang air mata da. Kesian... Tapi, en.suami cuma perlahankan kereta aje. Dia cakap da la xde orang. Kang kalau perompak ke ape ke... X ke naya. Betul gak... Cuma perlahankan kereta and tengok belakang. Nampak budak tu bangun and amik motor dia. Da nampak macam okay, en.suami pun lajukan balik kereta.

Kalau betul-betul jatuh... X ke kesian kan? Cakap dengan en.suami... Teringat case yg budak Kedah jatuh moto kat tepi highway dulu... Orang x berani nak berenti, last2 ada orang berenti... tengok2 budak tu da meninggal. Sebak jadinya, sebab dalam raga motor Arwah tu... ada plastik berisi baju melayu. Agaknya baru balik dari Alor Star beli baju melayu. So, baju melayu tu la dijadikan penutup mayat Arwah. Kesian kan? Saya kalau teringat, memang sebak. Da la nak sambut AidilFitri time tu.... Kalaulah... ada yang berhenti, kemungkinan besar... hidup lagi Arwah tu....

Zaman sekarang ni, susah nak percaya orang. Kesian kalau betul2 orang tu jatuh ke ape... En.suami cakap, bukan xnak berhenti... tapi, baru-baru ni... dekat R&R MEXS tu, baru ada kes rompak. Kes macam tu la.. jatuh, then... orang nak tolong..tetiba, ramai berkerumun. Rupanya nak merompak. Kan naya macam tu... 

Haih!!! Nak cakap banyak pun susah... Moga-moga budak yang jatuh tu dalam keadaan yang baik-baik saja. Minta maaf sebab x berhenti... tolong. (-____-)'

Friday, October 19, 2012

PC vs PE

Jumaat sudah... 

Macam mana hari anda? Ok? Minggu ni macam mana? Ok gak ke? Smooth macam yang diimpikan ke?

Hari saya? 2 ari MC membuatkan Khamis dan Jumaat saya serabut ckit. Kepala pun still dalam keadaan yang x berapa ok. Masih terasa pinar2 dia tu. Tapi, disebab due date Sime Darby tu ari Sabtu (20hb...) terpaksa lah ku gagahkan jugak bertemankan minyak angin. (T__T) Nak harapkan orang lain tolong buat, memang tak lah kan... memandangkan position saya kat office ni.... memang saya sorang je. Xde sape yang akan tolong buatkan kerja kalau saya MC/AL/EL. Memang akan bertimbunlah macam gunung kat atas meja ni. huhuhu....

So, now.... kerja bertambah lagi dengan kena buat Final Cert untuk projek-projek muzium yang da xde QS. Memang sah2 la menyarabutkan kepala ni... sebab fail2 dia semua da masuk store. Xde maknanya saya nak baik sangat g cari kat dalam store yang xde kipas tu. Pergh.... cukuplah sekali dulu. 

Dan yang paling terbaru.... kena tolong Mr.Foo follow up pasal sub-con yang nak contra payment dengan umah/kedai... Pergh... bestnya kalau banyak duit. Senang-senang macam tu aje. Bertuah nya badan... 

Position Project Coordinator ni kalau betul-betul la x tough... memang da lama saya anta surat resign. Perbezaan Project Coordinator dgn Project Engineer? Hurm... yg best nya Project Coordinator 8 jam kena aircond.... tapi, yang x bestnya pun banyak... hehehe... terutama dari segi 'stress'.... lagi best jadi Project Engineer sebab stress dia kejap jerk. X berpanjangan macam Project Coordinator. Cuma......... yang ok nye kat sini... xde kawan makan kawan. Itu yang paling mustahak. Bekerja campur dengan bangsa lain ni, lain rasanya. Buat kerja masing2 aje. Xde la nak amik tau hal orang. Boss pun, Alhamdulillah.... kat sini, luas aje.... Semua kita boleh belajar. Asalkan rajin..... 

Paper pun, sebagai seorang 'saya' siang sebagao Project Coordinator... dan malam sebagai seorang pelajar.... memang amat2 mencabar. Plak tu, berulang dari Seremban ke Subang dan Shah Alam... Duit bukan penghalang kalau hati dah senang... kan? 

Wahh!!! Entry ari ni panjang kot... da lama x panjang macam ni kan? Bosan mengadap web Sime Darby dari tadi... tu yang buat entry ni. Xtau nak tulis ape.. tu yg tulis pasal koje.

Ok u allz... Moga hari-hari anda bagus seperti saya... Amin dan InsyaAllah... (^___^)/

Thursday, October 18, 2012

Kemalangan di Simpang Umah

4 minit sebelum balik umah.... 

Tadi baca paper Metro, baru tau semalam ada excident kat simpang umah. Pastu buka fb, ada kakak setaman pun cakap macam tu. Akak tu cakap, bunyi dia kuat gila. 

 Simpang umah tu memang bahaya sikit, dengan menurun bukit nye... dengan selekoh tajam nya... Bahaya kalau tak hati2. Semua orang suka bawa laju area situ, sebab jalan dia besar. Senang nak memotong lori ataupun kereta yang lambat... Isk... Menakutkan jugak tengok gambar excident tu. Seorang meninggal dan seorang lagi koma.

Untuk semua, hati-hati la walau di mana anda berada. sebab kita xtau apa akan jadi di masa depan. Dan.... jaga tingkah laku ketika memandu. K? 

Take k u allz... Bye (^___^)/

Tuesday, October 16, 2012

jangan tengok orang dengan sebelah mata...

jeng-jeng.... nak tau pasai ape tak?

tengahari tadi, saya berhenti dekat Shell Kota Warisan (ala...yang dekat2 dengan Dengkil dan Sepang tu....)... stop nak isi minyak la kan...

Sementara nak isi minyak tu, saya kuar la... g masuk nak beli aiskrim. Then, g kaunter nak bayar... And then, masa tu ada sorang uncle ni, pakai baju kebun and topi ala2 nak masuk kebun tu... cakap nak isi minyak kat pam 12... Kereta Camry. Then, budak tu tanya pam mana.... Uncle tu cakap... pam 12.. sampai 5 kali dia tanya sebab dia tak percaya uncle tu bawa that car... da la melaung2 herdik3....

isk2... budak2 zaman sekarang kan? nasib baik uncle tu senyum je. Kalau saya, da lama da budak tu kena... dia bleh cakap, x budget la uncle tu bawa kete Camry tu. Isk... suka hati la kan.

Zaman sekarang ni, jangan tengok orang dengan sebelah mata... tengok baju buruk, ingat orang tu miskin sangat. tu sebab budak sekarang ni... cepat terpedaya. pakai smart ckit... mula ikut ke mana saja. 

Moral nak citer... jangan la sesekali tengok orang dr luaran dia. dan please, cakap lemah lembut ckit... terutama sgt yg keje kat kaunter. jgn la sombong plak. k? 

Monday, October 15, 2012

hati

hati
janganlah begini
menangisi pada yang bukan hakmu

hati
redhalah takdir untukmu
terimalah seadanya
ketentuan Allah untukmu

hati
sesekali menangisi
mungkin ketenangan ada di situ
tapi
jangan selalu mengingati
kerna
akan terus rasa kesakitan itu

lepaskan
lupakan
mungkin itu lebih baik




Sunday, October 14, 2012

(^____^) update entry

Pergh... berhabuk sudah blog ini. (@____@)! 

Xde entry terbaru dan saya sendiri xtau nak update entry ape. Mood nak menulis da xde sejak cik nset terjatuh dan xboleh nak digunakan lg. (T___T) cdey gler. Nak buat entry, nak masukkan gambar.. baru syiok. Kan????

Minggu ni, macam biasa aje. Xde pape yang syiok sgt. Kat office busy dengan KPI. Yang itu, sebenarnya xde la nak mendatangkan masalah sgt... Yang menyampah tu, bila asyik tukar2 format. Da la kat office tu tgh sibuk dengan jimat kertas la ape la... Bila ukar2 mcm tu, naik menyampah da saya. Sebabnya, dari berjimat.... rasa mcm da membazir plak. Pergh!! Bosan giler. Macam xde keje lain nak buat. Poyo je lebey!!!

Study plak.... semangat belajar agak merundum. Sejak k.ngah da xde.... Hati nak belajo memang xde. Semangat betul2 ilang. Isk2.... xtau nak cakap ape da. Ni, esok ada test... Tapi, xde hati nak study sgt. Menyampah btl kalau tgk buku tu... (T____T)

Yang lain, life mcm biasa aje. En.suami plak asyik kerja time sy cuti. So, percentage nak balik kedah pun xde terus. Hati da rindu kat anak buah sorang tu. Huhuhu... Hati pun, selalu tanya.... bila la nak ada rezki sendiri ni.... Asyik menumpang kasih syg anak buah jer... Sedey gler x? Hahahaha..... Jeles gler tgk org lain ada anak sendri. Nak jugak!!!!!!! Huhuhu...

K la... Stop dl. Pape nnt.. Kita update lg.

Tuesday, October 2, 2012

no mood no energy no spirit

hari ini, semua 'NO'... semua kat office muka masam mencuka. hahahaha.... semua xde mood nak buat kerja.
sebab ape? sebab nya, apa yang dijanji tak ditepati. No 'I' and No 'B'... hahaha... Lawak kot. Sebab tu, semua xde mood. Dah la gaji lambat dari selalu, pastu bleh plak yang dijanjikan xde. At least ada la 'I' kan... ni bayang pun xde. 'I' xde, 'B' lansung xde bayang lah...

mesti ada yang tertanya-tanya... apa 'I' apa 'B' tu kan? 'I' tu INCREMENT dan 'B' tu untuk BONUS. hehehe... janji bulan ni, tu sebab memasing redha je gaji masuk lewat. Last-last, gaji je masuk. No 'I' no 'B'... so, sekarang ni, semua tengah masam mencuka. Buat kerja pun, macam tak ikhlas jerk. hahaha....

Saya? Saya buat macam biasa je la. Duk selak-selak apa yang patut. Sebab sekarang buka time busy sangat kan.... 

Boss, cepat-cepat sikit masukkan 'B' tu... semua da xnak buat kerja tu.