Wednesday, January 8, 2014

Sistem AES

Da petang da???

Pergh... sungguh x ku sangka. kerja ari ni, mcm x blh nak handle. (-__-!)

Ok, ari ni.. aku nak ckp tentang sistem AES yg diaorg letak kat highway PLUS nak ke KL tu. Hampir setiap hari aku lalu dan sebenarnya nak cakap sistem tu x sesuai lansung diletakkan di highway berkenaan. Oh tidak. Please la pihak2 berkenaan... fikirkan lah cara/tempat yang lebih sesuai. 

Da hampir beberapa kali aku tengok kereta nak excident sebabnya tetiba kereta depan slow mengejut.... sebab ape? sebab ada AES. Kereta penduduk Malaysia bukan 660cc ke bawah. Please la... highway standard 110km/j. Ape yg aku perhatikan, pihak2 tertentu suka letak sistem AES atau kamera dekat tempat yg tidak sesuai. Contohnya.... dari A ke B 110km/j. Tapi dari B ke C ialah 90km/j. 100m-200m dari B diaorg letak kamera tersebut.... Tolonglah logic sikit.

Bukan x boleh nak pasang sistem AES tu... tapi make sure jalan raya tip top. Kemudahan bagus.... ini, jalan berlopak2.. sana sini ada je org complain. bukan semua punca kemalangan disebabkan kelajuan ye.... tapi, typical paper kalau melaporkan kemalangan mesti salahkan pemandu. Pemandu hilang kawalan la... ape la. Tak pernah lagi kot tengok dalam paper... tulis, pemandu terbabas disebabkan jalan yang berlubang/berlopak2. Oh tolong lah... buka la mata sikit. tapi........ oh lupa!!!! orang2 besa, naik kete beso2. ada driver. tayar tebal.... ada escort. mane nak perasan semua tu. 

Please la... Tolong la... Logic la sikit. 

Tuesday, January 7, 2014

Cerita sedih ~

Terbaca berita tentang seorang pelajar dilanggar di hadapan sebuah sekolah di Simpang Empat, Alor Setar. Tertarik kerana ia berdekatan dengan kampung suamiku. Tertarik sebab kerana aku pernah melalui jalan tersebut. Tertarik kerana mangsa merupakan student tahun 1.

Memang ku akui, jalannya terlalu sibuk terutama apabila terdapat pasar malam dan pasar hari di situ. Crowded. Dengan kenderaan lalu lang, deretan kedai di tepi jalan... traffic light bersimpang empat, sekolah, klinik. semua di situ... 

Kalau dilihat secara logic nye, mmg patut kiranya pihak tertentu memikirkan alternatif untuk membuat sesuatu contohnya adakan jejantas dan sebagainya. Jalan tersebut juga, mmg kurang sesuai jika terdapat pintu utama sekolah terutama sekolah rendah.

Hopefully, pihak tertentu akan memikirkan pelbagai alternatif untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi lagi. Sangat menyedihkan apabila hal-hal seperti ini terjadi lagi.

Sekian~

Friday, January 3, 2014

SALAM 2014

Assalammualaikum....

Pergh.... gila berhabuk. habuk da tebal 50cm da kot. hehehe... Sihat semua? Kita, Alhamdulillah. Sihat mcm biasa. Life diteruskan mcm biasa... 

Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk terus menghirup udara 2014. Udara segar... dan berada di samping insan-insan tersayang. Me, mcm biasa..... kerja + study. Komitmen yang sedia ada. Masih tak terlambat kot, nak ucap Happy New Year kat korang semua.... Tahun ni kita sambut dekat kampung family di Pahang. Secara kebetulan, en.suami pun off day. So, duduk kat kampung, release tension.

Apa yg xtercapai lagi azam 2013? Hurm.... Ada lagi. Moga tahun ni, azam tu akan tercapai. Tapi, 2013 rasanya rekod terbaik untuk life+kerja. Alhamdulillah. Kira menempuhi fasa kenaikan pangkat mengikut pengalaman dan Alhamdulillah juga sebab masih mampu membantu keluarga dan menggembirakan hati semua. Memang kalau ditanya dari segi kerjaya, tahun 2013 kita mampu tersenyum kerana banyak target, impian kita... tercapai. 

dan semoga 2014 ni akan mencoretkan 1001 kemanisan untuk kita semua. Yang pahit di tahun 2013 jadikan pengajaran. InsyaAllah.... jumpa lagi nanti.