Terbaca berita tentang seorang pelajar dilanggar di hadapan sebuah sekolah di Simpang Empat, Alor Setar. Tertarik kerana ia berdekatan dengan kampung suamiku. Tertarik sebab kerana aku pernah melalui jalan tersebut. Tertarik kerana mangsa merupakan student tahun 1.
Memang ku akui, jalannya terlalu sibuk terutama apabila terdapat pasar malam dan pasar hari di situ. Crowded. Dengan kenderaan lalu lang, deretan kedai di tepi jalan... traffic light bersimpang empat, sekolah, klinik. semua di situ...
Kalau dilihat secara logic nye, mmg patut kiranya pihak tertentu memikirkan alternatif untuk membuat sesuatu contohnya adakan jejantas dan sebagainya. Jalan tersebut juga, mmg kurang sesuai jika terdapat pintu utama sekolah terutama sekolah rendah.
Hopefully, pihak tertentu akan memikirkan pelbagai alternatif untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi lagi. Sangat menyedihkan apabila hal-hal seperti ini terjadi lagi.
Sekian~
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.