Sunday, August 23, 2015

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Bismillahhirrahmannirrahim...

Masih di dalam kesedihan dek kehilangan dua saudara terdekat. Selang seminggu.........

Malam Khamis minggu lepas, me terkejut dengan pemergian Makcik Jut, bff ma. Beliau merupakan sahabat karib ma dan perginya arwah kerana barah hati. Kesihatan beliau merosot teruk sejak dari bulan April. Agak mengejutkan juga tetapi aku redha. Ma pun nampak redha, cuma sesekali bercerita rasa terkilannya. 

Dan Rabu malam Khamis baru ni,berita yang lagi mengejutkan.... kehilangan Pak Lang Gombak. Terduduk aku. Tiada sakit, tiada tanda.... Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika menghadiri mesyuarat di dewan dan meninggal di situ juga. 

Allah Maha Mengetahui... Sesungguhnya pemergian mereka, memberi kesan yang begitu mendalam. Aku berdoa moga mereka di tempatkan bersama-sama insan terpilih. InshaAllah...

No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.