MENARIK tak isu ni??
Dulu..... time muda-muda (macam sekarang da tua kan?) tengok orang letak safety helmet kat board belakang kereta, rasa macam... "tu mesti bdk engine. style gila"
Stylo la kan... doktor dengan baju putih dia. Budak engine dengan safety helmet dan drawing A1 dia. Dulu time belajar, memang teringin sangat nak buat. Haahahaha.....
Sekarang, main campak je safety helmet dalam bonet. Da taknak letak kat board belakang... itupun, selepas tau kalau letak open macam tu safety helmet senang untuk pecah terhentak. Memang menakutkan... berubah warna tu tandanya function keselamatan dia pun berkurang. Kalau benda jatuh atas kepala, kepala pun boleh pecah sama. Yayayayaya!
Dulu, kalau tengok engineer pergi site pegang drawing A1, cool gila. Kekonon nanti da kerja, nak buat camtu gak la.
Kalau sekarang ni???? Gila nak bawa A1, nak bawa sekecil-kecil drawing kiranya. Selalunya me bawa A3 aje.
Dulu student, Sekarang da bekerja...lain rasanya. Dulu nak stylo je... Sekarang nak sesimple mungkin. Ya.... lagi senang.
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.