Friday, September 30, 2016

Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip




Ni kes tengok video Zulin + Ariz. Tapi........... lagu ni memang best.

Enjoyyyyy.....


Thursday, September 22, 2016

PERGI DEMI TUGAS, PULANG KERNA CINTA

Aku terasa nak bercerita....

Bukan sebab SAYANGKU KAPTEN MUKRIZ (tau la drama ni famous) tu... Tapi, sebab pemikiran sesetengah orang tentang tugas seorang tentera.

Baru-baru ni, berlepas 1 planton tentera ke Lubnan... So, adalah gambar diaorang berpeluk 1 family saat-saat berpisah. Komen macam-macam... dan aku tertarik dengan 1 komen yang lebih kurang berbunyi macam ni, "Ala, diaorang bukan buat apa pun kat sana. Pergi dapat elaun. Gaji jalan. Enjoy je kat sana. Janji jaga mata ja...". Hati terdetik gak time tu.... tapi, kekangan masa malas aku nak melayan kan.

Siapa isteri tentera kat sini???? Pernah berpisah dengan suami sebab tugas? Siapa yang pernah rasa, dia tentu faham. Macam aku..... 

Ke sana, memang la mereka tak berperang. Tapi, mereka duduk di tengah-tengah tempat berperang. Pengaman kan? Kalau..... kalau lah je kan... tiba-tiba bom tu terpesong masuk ke kem yang mereka bertugas, agak-agak macam mana? Aku tak doakan, tapi....cuba bayangkan. Kalau tak boleh tenangkan rasa sedih mereka sebab berpisah, jangan la komen macam-macam. Aku cukup tak suka... Bukan hanya ke Lubnan, tentera kita yang bertugas masuk operasi ke hutan, laut pun banyak risiko nya. Jangan la sesekali bercakap bukan-bukan.

Kadang-kadang yang aku sedihnya, yang bercakap tu.... berpendidikan tinggi. Please la... kau jangan ingat tak berperang, tentera takdak keja. Habis tu, yang jaga sempadan, siapa? Monyet? Kera? 

Suami aku pernah pergi operasi. Dapat contact dia pun, hanya sebelum dan selepas beliau selamat pulang ke kem? Ko rasa apa yang aku rasa time tu? Da la sorang kat KL, sorang kat Labuan. Bayangkanlah.......

Doaku, moga mereka yang bertugas selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga... Aamiin....

Tuesday, September 20, 2016

Bebelan Pagi

Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Hari ni agak free sikit sebelum aku start check costing projek untuk tutup akaun. Semalam sibuk dengan tender. Semalam 1 hari aku just amik call-call penting dan reply whatsapp yang agak penting sahaja. Maaf ye, sebab sometime aku ni moody. Banyak sangat kerja sampai kepala jadi weng. Tu memang style aku kalau bekerja.

Kalau aku da fokus dengan sesuatu, jarang aku ambil panggilan atau reply whatsapp. Lagi-lagi kalau kerja tu agak urgent dan penting. Sebab semua dokumen dekat office ni akan melalui tangan aku (bukan sebab aku penting sangat pun.... tapi sebab memang SOP syarikat macam tu). So, dari sekecil-kecil zarah semua aku kena amik tahu, lagi-lagi kalau melibatkan projek team. Tender pun aku kena buat dan check.

Ada orang kata, aku selalu sangat tulis negatif kat facebook, macam kerja aku tu teruk sangat. Hurm... Camne ntah nak cakap. Biasa la kan, manusia. Aku bukan tulis negatif yang bukan-bukan, cuma bila aku sibuk, aku xde masa dengan family. Tapi, kalau aku free, aku memang akan gunakan masa tu dengan betul-betul. 

Bila fikir-fikir balik, bila kita da biasa lead kerja ni.... tu kelebihan kita. Aku teringatkan time berbual dengan someone baru-baru ni, "Akak ni ganas kan, boleh lead semua ni"... Aku gelak ja, sebab benda ni memang selalu orang cakap. Aku ni ganas... tegas... sombong. Realitinya bila aku bekerja, aku memang macam tu. Prinsip bekerja. Waima kalau boss aku salah pun, aku gamble je tegur.

Prinsip aku senang ja. Aku sayang engineering ni bukan sebab apa... memang ini cita-cita aku. Tapi, dalam masa yang sama, ini salah satu cara untuk aku membantu mereka yang memerlukan. Satu kepuasan kalau kerja-kerja kita da siap dan digunakan oleh mereka-mereka yang memerlukan. 

Doa aku, moga aku sentiasa maju di dalam engineering dan ikhlas dalam melakukan apa jua jenis kerja. Aamiin....

Thursday, September 15, 2016

My Birthday



Alhamdulillah, 10/9/2016 genap aku 31 tahun. Bersyukur sangat sebab masih diberi peluang oleh-Nya untuk terus bernafas dan berpeluang bersama-sama insan-insan tersayang.

Terima kasih untuk keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang wish birthday, mendoakan yang baik-baik untuk ku. 

Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat kita semua.

Takde apa sambutan yang special..... sebab my husband bukan jenis yang ala-ala sweet sangat. Cuma, my chenta hati belanja dinner kat tempat favourite. Lepak-lepak sambil tengok live band. Alhamdulillah....