Assalammualaikum dan Selamat Pagi...
Hari ni agak free sikit sebelum aku start check costing projek untuk tutup akaun. Semalam sibuk dengan tender. Semalam 1 hari aku just amik call-call penting dan reply whatsapp yang agak penting sahaja. Maaf ye, sebab sometime aku ni moody. Banyak sangat kerja sampai kepala jadi weng. Tu memang style aku kalau bekerja.
Kalau aku da fokus dengan sesuatu, jarang aku ambil panggilan atau reply whatsapp. Lagi-lagi kalau kerja tu agak urgent dan penting. Sebab semua dokumen dekat office ni akan melalui tangan aku (bukan sebab aku penting sangat pun.... tapi sebab memang SOP syarikat macam tu). So, dari sekecil-kecil zarah semua aku kena amik tahu, lagi-lagi kalau melibatkan projek team. Tender pun aku kena buat dan check.
Ada orang kata, aku selalu sangat tulis negatif kat facebook, macam kerja aku tu teruk sangat. Hurm... Camne ntah nak cakap. Biasa la kan, manusia. Aku bukan tulis negatif yang bukan-bukan, cuma bila aku sibuk, aku xde masa dengan family. Tapi, kalau aku free, aku memang akan gunakan masa tu dengan betul-betul.
Bila fikir-fikir balik, bila kita da biasa lead kerja ni.... tu kelebihan kita. Aku teringatkan time berbual dengan someone baru-baru ni, "Akak ni ganas kan, boleh lead semua ni"... Aku gelak ja, sebab benda ni memang selalu orang cakap. Aku ni ganas... tegas... sombong. Realitinya bila aku bekerja, aku memang macam tu. Prinsip bekerja. Waima kalau boss aku salah pun, aku gamble je tegur.
Prinsip aku senang ja. Aku sayang engineering ni bukan sebab apa... memang ini cita-cita aku. Tapi, dalam masa yang sama, ini salah satu cara untuk aku membantu mereka yang memerlukan. Satu kepuasan kalau kerja-kerja kita da siap dan digunakan oleh mereka-mereka yang memerlukan.
Doa aku, moga aku sentiasa maju di dalam engineering dan ikhlas dalam melakukan apa jua jenis kerja. Aamiin....
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.