Aku terasa nak bercerita....
Bukan sebab SAYANGKU KAPTEN MUKRIZ (tau la drama ni famous) tu... Tapi, sebab pemikiran sesetengah orang tentang tugas seorang tentera.
Baru-baru ni, berlepas 1 planton tentera ke Lubnan... So, adalah gambar diaorang berpeluk 1 family saat-saat berpisah. Komen macam-macam... dan aku tertarik dengan 1 komen yang lebih kurang berbunyi macam ni, "Ala, diaorang bukan buat apa pun kat sana. Pergi dapat elaun. Gaji jalan. Enjoy je kat sana. Janji jaga mata ja...". Hati terdetik gak time tu.... tapi, kekangan masa malas aku nak melayan kan.
Siapa isteri tentera kat sini???? Pernah berpisah dengan suami sebab tugas? Siapa yang pernah rasa, dia tentu faham. Macam aku.....
Ke sana, memang la mereka tak berperang. Tapi, mereka duduk di tengah-tengah tempat berperang. Pengaman kan? Kalau..... kalau lah je kan... tiba-tiba bom tu terpesong masuk ke kem yang mereka bertugas, agak-agak macam mana? Aku tak doakan, tapi....cuba bayangkan. Kalau tak boleh tenangkan rasa sedih mereka sebab berpisah, jangan la komen macam-macam. Aku cukup tak suka... Bukan hanya ke Lubnan, tentera kita yang bertugas masuk operasi ke hutan, laut pun banyak risiko nya. Jangan la sesekali bercakap bukan-bukan.
Kadang-kadang yang aku sedihnya, yang bercakap tu.... berpendidikan tinggi. Please la... kau jangan ingat tak berperang, tentera takdak keja. Habis tu, yang jaga sempadan, siapa? Monyet? Kera?
Suami aku pernah pergi operasi. Dapat contact dia pun, hanya sebelum dan selepas beliau selamat pulang ke kem? Ko rasa apa yang aku rasa time tu? Da la sorang kat KL, sorang kat Labuan. Bayangkanlah.......
Doaku, moga mereka yang bertugas selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga... Aamiin....
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.