Tuesday, August 28, 2012

(-_______-)v

Agak lama tidak menulis.... beku sudah idea untuk saya bercerita. Yang pasti, life seperti biasa.


Sejak saya dan en.suami duduk bersama... life saya agak berubah. dulu, kalau nak makan minum, tapau kat kedai pun xpe. perut sendiri. so, x kisah sgt. yg penting perut terisi. tapi, sekarang.... (sebab x brapa nak pandai masak)... kalau en.suami off, otak ni berpusing-pusing fikir nak masak ape. kalau xtau, confirm search resipi kat internet. hehehe... perubahan... itu lah dia. dulu, pandang remeh je hal dapur ni... tapi, bila en.suami da ada, macam-macam fikir. kalau boleh memang la nak buat yang terbaik... tapi, yela... bukan semua boleh buat dengan perfect. tapi, rasanya... buat masa ni, sedap ke x sedap ke en.suami tetap makan. kalau x brape sedap tu, en.suami akan tegur dengan cara yg paling berhemah.... dan xkan ada sikitpun rasa sakit hati pada en.suami. tapi, bagi saya benda yang paling bermakna adalah saya berusaha untuk masak walaupun sesibuk mcm mane pun... walau saya saya penat mcm mane pun.


Selain tu, saya dapat rasakan yang saya menjadi lebih sabar dan lebih matang... dan mungkin menjadi lebih lemah lembut. hahahaha~ nak muntah tak? tapi, itu yang saya rasakan. sedikit demi sedikit perubahan itu. mungkin ini lah pelajaran yang saya x boleh belajar di sekolah, kolej and uitm... tapi, melalui perjalanan hidup dan pengalaman seharian.


Alhamdulillah, en.suami x pernah jemu melayan karenah saya. Apa yang tidak berkenan di hatinya, beliau tegur dengan cara yang saya boleh terima.


So, kalau kawan-kawan ada resipi-resipi yang best2 tu, boleh la ajar pada saya. :)








Thursday, August 23, 2012

ÃidilFitri kali ini...

Assalammualaikum....

Masih di Bulan Syawal... Macam mana sambutan raya anda kali ini? Lebih baik dari tahun lepas? Moga semuanya lebih baik... Amin...

AidilFitri kali ini saya dan en.suami sambut di Kedah (rumah keluarga en.suami)... Kami gerak darii Bentong, Pahang lebih kurang jam 10mlm (Jumaat malam Sabtu)... konon-kononnya nak elak jammed. Lebih kurang jam 11lbh, kami sampai di Sri Gombak. Relax and cuci mata kejap di uptown Sri Gombak. Jalan-jalan. Lebih kurang 1lbh, kami gerak dan sambung perjalan ke Kedah. MasyaAllah..... sangat-sangat jammed. En.suami mebuat keputusan untuk mengikut jalan lama... dan Alhamdulillah, sangat selesa dan aman sahaja.

Kami sampai di rumah en.suami lebih kurang jam 10pg hari Sabtu. Berehat sambil-sambil tengok mak dan adik-adik en.suami buat ketupat palas. ^_____^ petang tu, saya dan en.suami ke Parkson Star Mall untuk shopping t-shirt raya en.suami. Then, jalan-jalan di pasar Ramadhan Kota sebab teringin makan murtabak yang ayah beli 2 minggu lepas. Haih, nasib baik en.suami sanggup beratur. hehehehe.... Tq en.suami. Love u so much~

Hari Raya jatuh Hari Ahad.. Alhamdulillah...... tapi, rasanya sayu sahaja pabila Ramadhan pergi jua tahun ni. Tak tahu, adakah sempat untuk saya dan en.suami menyambut Ramadhan tahun depan. 2 hari sebelum umat Islam menyambut Syawal, 1 berita sedih sampai kepada kami... Muhd Nur Hamzani kemalangan subuh Jumaat akibat kemalangan jjalan raya. En.suami tersentak dibuatnya. mungkin kami tidak pernah bersua enam mata... Tapi, en.suami kata hatinya dekat aje dengan arwah... Arwah ni takut sikit dengan en.suami kerana muka en.suami yang nampak garang dan jarang senyum. Rancangan arwah untuk berkunjungg di hari raya nampaknya bertukar apabila saya dan en.suami pula melawat ke pusara arwah. Berlinang air mata ni saat membaca Yaasin untuk arwah... terasa dekat hati ini dengan arwah. Sayang kakak dan abang untuk arwah. Moga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Malam raya ke-2, kami bergerak pulang ke Bentong, Pahang... dan sekarang masih di Bentong, Pahang. Petang ni.... akan bertolak pulang ke Seremban. ^___^En.suami bekerja Ahad ini.

Kepada semua, moga semua selamat sampai ke rumah masing-masing..... ^___^Salam AidilFitri





Sunday, August 12, 2012

Salam AidilFitri


Assalammualaikum kawan-kawan....

Mungkin terlalu awal untuk saya upload kad raya ni untuk anda semua. Tetapi, sebelum saya dihujani dengan kerja-kerja dan masih mempunyai kesempatan untuk meng'upload'kan nya... better saya upload dulu... hehehehe..... nanti takut tidak diberi kesempatan plak.

InsyaAllah, tahun ini, tahun ke-2, saya beraya sebagai seorang isteri dan Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambutnya dengan en.suami sebab en.suami dapat cuti selama 9 ari. Dan, raya pertama di rumah mertua... doakan saya yerk. :)

Di kesempatan ini, saya dan en.suami... mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal menjelma x lama lagi. Maaf Zahir dan Batin... Maybe terdapat kekurangan, ketidak senangan hati dengan entry2 saya, dengan komen2 saya.... Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Moga AidilFitri kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Sesiapa yang pulang ke kampung, drive safely. :)

^___________________^