Thursday, August 23, 2012

ÃidilFitri kali ini...

Assalammualaikum....

Masih di Bulan Syawal... Macam mana sambutan raya anda kali ini? Lebih baik dari tahun lepas? Moga semuanya lebih baik... Amin...

AidilFitri kali ini saya dan en.suami sambut di Kedah (rumah keluarga en.suami)... Kami gerak darii Bentong, Pahang lebih kurang jam 10mlm (Jumaat malam Sabtu)... konon-kononnya nak elak jammed. Lebih kurang jam 11lbh, kami sampai di Sri Gombak. Relax and cuci mata kejap di uptown Sri Gombak. Jalan-jalan. Lebih kurang 1lbh, kami gerak dan sambung perjalan ke Kedah. MasyaAllah..... sangat-sangat jammed. En.suami mebuat keputusan untuk mengikut jalan lama... dan Alhamdulillah, sangat selesa dan aman sahaja.

Kami sampai di rumah en.suami lebih kurang jam 10pg hari Sabtu. Berehat sambil-sambil tengok mak dan adik-adik en.suami buat ketupat palas. ^_____^ petang tu, saya dan en.suami ke Parkson Star Mall untuk shopping t-shirt raya en.suami. Then, jalan-jalan di pasar Ramadhan Kota sebab teringin makan murtabak yang ayah beli 2 minggu lepas. Haih, nasib baik en.suami sanggup beratur. hehehehe.... Tq en.suami. Love u so much~

Hari Raya jatuh Hari Ahad.. Alhamdulillah...... tapi, rasanya sayu sahaja pabila Ramadhan pergi jua tahun ni. Tak tahu, adakah sempat untuk saya dan en.suami menyambut Ramadhan tahun depan. 2 hari sebelum umat Islam menyambut Syawal, 1 berita sedih sampai kepada kami... Muhd Nur Hamzani kemalangan subuh Jumaat akibat kemalangan jjalan raya. En.suami tersentak dibuatnya. mungkin kami tidak pernah bersua enam mata... Tapi, en.suami kata hatinya dekat aje dengan arwah... Arwah ni takut sikit dengan en.suami kerana muka en.suami yang nampak garang dan jarang senyum. Rancangan arwah untuk berkunjungg di hari raya nampaknya bertukar apabila saya dan en.suami pula melawat ke pusara arwah. Berlinang air mata ni saat membaca Yaasin untuk arwah... terasa dekat hati ini dengan arwah. Sayang kakak dan abang untuk arwah. Moga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Malam raya ke-2, kami bergerak pulang ke Bentong, Pahang... dan sekarang masih di Bentong, Pahang. Petang ni.... akan bertolak pulang ke Seremban. ^___^En.suami bekerja Ahad ini.

Kepada semua, moga semua selamat sampai ke rumah masing-masing..... ^___^Salam AidilFitri





No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.