Tadi.....
Berbual dengan husband... bertanya tentang cutinya bulan September nanti. Kira-kira 14hari. Me pun menghitung cuti sebab Cuti Raya AidilFitri yang lepas, me tak bercuti lama disebabkan kerja yang terpaksa disiapkan awal.
Merancang untuk membawa keluarga me ke Kedah, ke rumah mertua.... dan merancang bercuti ke Langkawi bersama-sama. Memikirkan sejak kebelakangan ini, kami jarang balik ke kampung dek kerana komitmen dengan kerja.
Rasanya terlalu lama dah tak bercuti bersama-sama keluarga. Kenapa memilih Langkawi? Dalam kepala me, disebabkan parents me jarang bejumpa dengan besan mereka, so, rasanya tempat yang sesuai adalah Langkawi. Dekat dan rasanya banyak tempat yang me dan keluarga boleh melawat. Bercuti berehat bersama-sama.
Ok.... So, maknanya... bulan ni, me kena prepare semua list untuk membawa mereka semua bercuti. Tempat tinggal, kenderaan, tempat lawatan dan yang paling penting sekali BUDGET ke sana. Kena list kan betul-betul sebab kemungkinan 7-9orang akan ke sana.
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.