Saturday, November 28, 2015

Percutian Tak Dirancang~ Cameron Highlands

Tak planning lansung... gamble aje. En.husband kejut bangun subuh then terus gerak ke KL. Dalam pukul 10pagi gerak ke Cameron Highlands.

Kami stop isi minyak kat RnR Tapah dan keluar exit Tapah. Alhamdulillah, jalan tak berapa la nak jammed. Maklumlah kan, cuti sekolah. Selalunya jammed gila.

Sebelum g, da google tentang Cameron Highlands. So, aku pilih untuk terus ke KEA Farm. Before ni, aku penah sampai Lavender Farm je. Itu pun, boss singgah time outstation ke Kelantan dulu.

So, KEA Farm... aku suka pasar dia. Roses dia segar. Aku memang gila roses. Kalau dapat pegi garden dia kan best. Takpe... Thank you en.husband belikan kita roses. Macam-macam warna, kita suka sangat. Lebiu so much....

Then, beli jagung fresh, sayur fresh.... strawberi. Hahahaha... niat di hati nak pluck sendiri. Sampai dalam pukul 12pm. Terus pegi makan nasi ayam sebab pagi da breakfast. Mengelegak perut... menonong ye makan tengah hari. Rupanya, strawberi farm yg kitaorg pergi tu, utk pluck sendiri tutup pukul 12pm. Sedih siot.... tapi takpe... jalan-jalan je dalam tu, makan strawberi cicah cokelat rm2/stick. Aku makan 5, itupun berebut dengan husband. En.husband makan mushroom sup. 2 pinggan kau.... hahaha. En.husband kata menyesal makan nasi ayam, sebab tak boleh makan banyak mushroom. Gitu.....

So, last sekali jalan kat KEA Farm, aku beli sendiri strawberi dengan cokelat. Balik terus buat sendiri. Puas hati....

Gamble je kitaorang. Naik pagi, koi 4pm kitaorg gerak turun da. Tak tido pun. Hurm.... niat ada, tapi.... en.husband kata, next month la. Waaaaa..... next month aku nak jelajah pasar malam brinchang plak.

1 hari yang sangat best. Thank you en.husband. I love u kerana Allah. InshaAllah till jannah.

Tuesday, November 24, 2015

K.E.R.J.A

Betul kata orang, kerja sampai bila takkan habis.... semakin hari semakin bertambah.

Tanggungjawab bertambah... paperwork bertambah... gaji je tak bertambah. Hahahaha... yang tu memang lawak.

Penat... tapi, aku tak tau. Kenapa aku suka sangat. I love this job.

Thursday, November 19, 2015

C.U.C.I T.A.I.K

Pernah dengar istilah "cuci taik" dalam contruction? Istilah cuci taik ni memang famous sebab selalu jumpa. 

"Cuci taik" ni pabila orang lama yang handle projek tu da buat kucar kacir pastu blah je tanpa ada rasa tanggungjawab. Oh!!! I really hate. Bila buat kerja, da separuh jalan....da tak leh handle, dia boleh plak blah macam tu aje. Duit amik berapa banyak da... gaji plak, tak boleh blah. Amik macam ko keja bagus sangat.

Aku pening orang macam ni... tapi, disebabkan boss telefon gak, minta tolong... aku buat jugak la. Paperwork 0%, so kena buat dari mula. Site? Aku tak pergi lagi site, tapi da jumpa orang yang buat kerja tu. Yang aku tau, subcon cap ayam sebab pasang scaffolding pun tak pandai. Oh ye, lagi aku pening kepala.

Aku tengah membayangkan.... macam mana kerja tanpa rasa tanggungjwab? Apa ko buat sebenarnya? Site tak datang... paperwork tak buat. Gaji???? RM8k hokey..... stress aku dengo gaji dia. Tapi, taik yang dia tinggalkan banyak sgt. Stress plak.....

Moga Allah sentiasa merahmatiku untuk menyiapkan kerja-kerja kat site ni. InshaAllah...

Sunday, November 15, 2015

M1Community - Extreme Park, S.Alam

Lama da tak jumpa diaorang.... sekarang da slow sikit tuk aktiviti camni. Cuma semalam, cakap dengan husband diaorang akan bagi baju team.

Exited gila... hampir setahun bersama, akhirnya ada jugak baju sendiri. Selama ni menumpang #belalangcommunity nya baju je.

Thanks korang. Rindu..... ada Syaz, Ateyn.... Mala first time jumpa. Bam je skarang ni busy dating. Hahahaha.... tengah sibuk tuk majlis katanya. Ahakssss.....

Enjoy your weekend~

Friday, November 13, 2015

HATI PANAS!!!!!

Hati panas... hari ni, memang aku sakit hati sangat.

Perlu ke ko bercakap "Layak ke nak apply loan kereta?". "Kena kira ni semula ni....". Aku rasa nak sepak orang macam ni. Seorang Mejar yang BODOH bercakap macam takde otak. Patut la kan... takde otak, takleh berfikir.

Sepatutnya, seorang pegawai kerajaan perlu mempunyai etika bekerja yang bagus. Perlu tunjukkan  bagaimana cara menghormati orang lain kepada semua orang bawahan yang setiap kali berselisih akan menegur dengan panggilan "Tuan". Aku bukan bodoh sangat tentang dunia ketenteraan. Kebanyakkan orang sekeliling aku adalah orang-orang beruniform. Tak kira la pangkat sekecik mana pun, sebesar mana pun... Hilang terus hormat aku.

Jangan ko hingat, orang luar tak tahu tentang dunia ketenteraan ni. Berapa banyak sangat pegawai yang berdedikasi kat dalam kem tu. Yang bagus ni selalunya akan ditendang ke sana sini. Yang pandai membodek ni, perghhhhh..... yang pandai belai-belai bontot ni, sokmo bagus. Dunia sekarang bukan macam dulu-dulu...sekarang banyak tempat kau boleh luahkan rasa tidak puas hati ko.

Hello MEJ MOHD FADZIL BIN ABDULLAH..... Semoga Allah sentiasa merahmati kamu. Semoga anda berjaya mencari kami di padang masyar nanti. Kalau kat dalam ketenteraan, mungkin pangkat Mejar tu da tahap bagus sangat, TAPI FOR ME YOU ARE ZERO. 

KESIAN BETUL MALAYSIA NI..... DA BANYAK SANGAT RASANYA KURSUS-KURSUS YANG DIHADIRI, TAPI MASIH GAGAL MENDIDIK PEGAWAI-PEGAWAI UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BAGUS, FAHAM APA ITU ETIKA KERJA...... 

Tolong belajar macam mana nak improve cara kerja yang bagus. Aku tak takut pun dengan undang-undang dunia ni. Betapa bodohnya, angkuhnya cara ko melayan orang kan..... MAHKAMAH TENTERA mungkin ko boleh la belit-belit. Jangan ingat, LLP ni miskin sangat. Bersyukur aku suami aku nak berhenti dari dunia ketenteraan ni. Tak perlu jadi kuli untuk orang-orang macam ni. Maklumlah, tentera sekarang bukan untuk jaga keamanan negara sangat. Banyak tugas tuk jadi KULI je sebenarnya.... KENYATAAN dunia sekarang.

Wednesday, November 11, 2015

(*_=!)

Bila da lama tak update blog, kepala jadi blur tak tahu nak tulis tentang apa... teruknya rasa. Dulu, kemain pantang ada masa free.. nak meng 'update' je.

Hari ni, bukan takde kerja nak buat.. banyak kerja. Tapi, tak tahu mana satu nak buat. Kertas kat atas meja ni tak pernah berkurang. Penat sungguh.....

Terasa jauh nun di sudut hati, macam da taknak kerja. Bosan gila... tapi, minat tu tak pernah kurang. So, bertabah la ye Miza. Hehehehe....

Ada mana? Tengah duk lepak... tunggu orang buat Makintosh Probe.