Short escape sempena AidilAdha baru-baru ni. Planning camping ke Kuala Penyu. Da start keluar dari lubuk selesa la kiranya. Planning dlm 3 minggu sebelum dan beli tiket feri dulu sebab Labuan ni kalau nak keluar dengan kereta hanya melalui feri saja. So, malas nak berebut then try la tengok web feri and pagi tu bernasib baik sebab masih ada tiket feri yang available pada 9 Julai. So, tak fikir panjang..... terus beli.
Why Kuala Penyu? Sebab seminggu sebelum beli tiket tu aku ada pergi Batu Linting Sunset Villa. Tempat tu best sangat bagi aku walau sunyi (next aku cerita pasal Batu Linting).
Gerak lepas keja naik feri jam 5.30pm. Cabaran bermula......... πππTime pergi cuaca helok, cantik ja. Sampai Menumbuk dapat notification akan hujan lebat sekali ribut. Layan ja la... Sekali sampai ja dekat Kuala Penyu.... nampak pokok tumbang maybe masa kami on the way tu hujan da lebat dekat Kuala Penyu. Ikut waze, sampai 1 simpang kecil masuk dalam tu... Cuak sebab jalan kecik. Tetiba..... nampak pokok tumbang lagi. Nak keluar, aku memang tak bagi la sebab nampak macam hutan. So, husband usaha la pusing kereta walau jalan kecik gila. Line telefon pulak xde. Aku pun guna manual ja la... tengok map tu. Masuk lagi satu simpang.... apoooooo.... pokok tumbang juga. Kali ni husband aku reverse ja. Jalan lagi kecik dari sebelum ni. Ohhh... dalam kepala, tempat apa kau nak pegi ni Miza???? πππ Last cubaan, kami ikut jalan besar, jumpa round about.... pokok tumbang lagi. Tapi kali ni nampak la orang kampung tengah potong. So, husband dan adik tolong la.... 10 minit kemudian, kami sambung perjalanan.... Time ni memang dalam kepala nak sampai ja.
Bila sampai......... lagi sekali..... Tempat apa ko pergi ni Miza?????? πππ Macam tak hidup. Mencari la staff campsite tu. Pakcik Nasir (baik gila pakcik ni).... rupanya elektrik takde. Bergelap la, nasib baik nak camping, so, semua cukup la. Setakat lampu dengan kipas, kami memang ada. Tengah hujan lebat sekali ribut, macam mana nak pasang khemah kan... so, kami decide malam tu tido dalam kabin ja. Simple kabin, tapi nice la. Ko janganla assume bayar RM80 tapi nak mcm 5⭐ punya hotel.... Masuk kabin, kami parking antara 2 kabin then makan dinner. So, 1st night tido dengan selesa... penat emosi kan??
Bangun Subuh, breakfast....... then lepas tu kami pergi usha pantai. Allahu Akhbar cantiknya. Indah ciptaanMu Allah. Da ok cari tapak, kami pegi keluar ke Pekan Kuala Penyu. 10hb kan raya... sunyi wei. Sedih plak rasa. Beli la makanan basah untuk masak lunch. Time ni, baru la tau tamu di mana... 99speedmart dekat mana. Sedih sikit sebab pekan ni ada Agro Bank ja, lepas tu x function ATM dia. Masing-masing cuak juga la sebab semua jenis cashless (lepas ni kena beringat la.... π
π
π
)
Balikkkk......... set up khemah dan aku sibuk masak. Exited memasing...... Simple ja aku masak ari tu. Aku goreng ikan, telur masak sambal, sayur kobis masak putih dengan sambal totok. Habis...... licin. Makan sambil dengar ombak, lepas tu angin kuat. Gila best time tu.....
Notification masuk lagi... angin kuat kali ni. Kami ingat angin biashe-biashe je.... Rupanya tercampak semua benda. Khemah pun terpaksa kami alih. Memang kali ni extreme sikit dia punya dugaan. Punya la kuat angin tu, bagang orang kampung dari ko boleh nampak 6 tinggal 3 je. Kesian diaorang... tempat cari rezeki. Kami pun dengan barang entah ke mana... Pakcik Nasir tu risau betul tengok kami. Gila serius.... memang extreme kali ni. Kami kan bukan orang yang biasa duduk pantai, keadaan macam ni kira extreme la bagi kami.
Penat emosi lepas kena ribut tu. Memang betul-betul kena kuat. Betul la peribahasa "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..." tepat sekali.
Da pindah khemah, kami barbeque dengan buat steamboat malam tu. Cuma, view x cantik la. Tapi masih dengar bunyi ombak. Pakcik Nasir risau katanya. Takut bila-bila masa ribut datang. Takpe la. Kami pasrah. Next trip kena check betul-betul la cuaca kan?
Hari tu, lepas makan... aku terus tido. Awal kami tido malam tu. Maybe penat sangat kot. Fizikal dan mental. Betul-betul hadap angin kuatkan...
Okla.... Sambung next part di lain entry pulak.... πππ