Actually da nak dekat sebulan ko rasa badan ko x berapa nak sihat. Cepat ja battery badan tu jadi weak. So, bertahan punya bertahan...
Akhirnya....... terlantar gak. Ni pun sebab ko teringin nak makan oyster. Sekali ko tibai 2kg, apooooo.... Cirit birit sampai malam pun ko tak tdo. Hari pertama boleh tahan lagi, hari kedua....... aku dah tak tahan. Husband aku bawa aku check in klinik. Hahahahahaha....
Check je... da la memang cirit birit. Dekat klinik pun aku da pening. Orang kemain ramai. High blood pressure la jawabnya. Hamikkkkk... 159/116. Nurse tu terus bawa aku masuk bilik then suruh aku baring, rest katanya. Nak rest mcm mana weiiii.... Ko duk ulang alik tandas. Lagi stress rasanya. Da nak dekat 3 jam ko baring, x juga ok. Doktor pun cakap, balik umah makan ubat tido. Kalau cirit birit tu tak ok juga, datang balik (dari Isnin sampai sekarang........ aku masih lagi cirit birit). Selasa aku MC. Nak je aku g klinik balik tapiiiiiiii minggu tu aku meeting wei.
So, siapkanlah report. Ko terbaring ke, tertonggeng ke... yang penting ko kena siapkan report Miza!!!! Nasib baiklah kat mana ja ko berada, report ko boleh disiapkan. Melainkan kalau ko x sedokan diri la. Bulan ni, tiada perubahan sangat dengan projek sebab masalah material masih ada.
Alhamdulillah... walau masih dalam keadaan perut yang tak berapa sihat, meeting berjaya dihabiskan. Balik dari meeting, aku siap pesan dengan husband aku... Kalau ari ni, pengsan pun xpe. Aku memang sakit perut lagi.
Cuak la member tu. Bini dah la xde selera nak makan. Dia masak bubur pun, aku makan sikit ja. Aku duk ulang alik tandas pun dia tunggu. Makan ubat, aku tido dengan harapan perut aku ok. 😂😂😂
Hebat betul penangan oyster 2kg. Malu aku nak bagitau orang aku cirit birit non stop sebab makan oyster 2kg. Hahahahaha..... 😂😂😂
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.