Saturday, July 16, 2022

KP CAMP PART 2

Hari ke-3 di KP Camp kami breakfast sandwich sardin dengan roti bakar. Aktiviti pagi ni tak banyak sangat... sebab aku memang nak rest ja kali ni. Tapi pagi ni dapat la main bola tampar. Aku sukaaaa.... Berpeluh-peluh. Lepas main bola tampar ko mandi laut. Memang syiok la. Time cuti ni ko x sedar ko bangun begitu awal tanpa rasa mengantuk.

Lepas da siap mandi, diaorang pergi pekan beli barang basah untuk lunch. Aku tido dalam khemah sambil dengar bunyi ombak. Cuaca pagi ni cantik sangat....


Aku tido macam x hingat dunia. Ko tido sambil dengar bunyi ombak ni mcm terapi minda orang cakap.. Bangun dengan rasa fresh ja.

Tapiiii.....

Ingatkan panas sepanjang hari, tapi... tengahhari tu da nampak macam nak ribut lagi. Apooooo.... kalau semalam time angin kuat tu, aku boleh main bola lagi, time ni berlari masuk khemah sebab sekali dengan hujan. So???? Kalau da bunyi ombak, hujan..... apa lagi aktiviti ko boleh buat selain tido???? Memang Allah bagi rehat habis ni. 

Cuaca ok sikit selepas Asar dan ko pun round la area pantai. 


Malam tu, walau ko da tido je kejanya... tapi bateri ko cepat gila weak. Orang tengah melepak chit chat depan khemah, ko boleh masuk then da bersiap nak masuk tido. Inform diaorang yang bateri aku da weak. Lama amik mood siap amik gambar full moon dan bandingkan antara kitaorang. Hahahaha... mcm bdk xde keja. Tetiba ada pulak menyebut nak memancing... Husband aku tanya, betul nak mancing ni... kalau serius baru dia set up pancing. Diaorang g mancing tinggalkan aku sensorang sampai Subuh. Nasib baik ada hasil. 😂😂😂 

Pagi ke-4, cuaca cantik sangat... macam tau esok hari terakhir kami di KP camp. Pagi tu puas kami main tepi pantai. Ambil mood betul. 


Oh yaaa... Kalau ada yang pelik macam kami ja dekat sini... Jawapannya ada ja orang datang. Tapi setakat mandi pantai dan duduk dalam chalet. Kami ja yang merayau berjalan-jalan sebab kami camping kan.. Ada yang siap karaoke lagi. Kalau cuaca baik ko boleh naik ATV, main kayak....naik boat. Ada RM semua boleh... Tapi, aku memang datang nak tenang-tenang. Lagi suka kalau takde orang.



Diaorang mandi laut aku tak join kali ni. Aku duk kemas khemah. Berpasir... 😂😂😂 

Panas di siang hari... malam tu ribut datang lagi. Tapi setakat angin ja la. Kami melepak sampai lewat malam makan kuaci sambil chit chat. Lepas tu masuk tido. Esok pagi da nak gerak awal sebab tiket feri jam 10 dari Menumbuk.

Pagi ke-5 di KP Camp. Beratnya hati nak tinggalkan KP Camp. Kami ada bodyguard (2 ekor anjing) yang setia menjaga khemah kami dan time kami tido. Namanya Koko dan Lolo. Sedihnya... Next akan repeat lagi. Insha-Allah.

Siapa yang nak try camping dekat KP Camp, blh try contact 019-8229987 (Richard Ng) atau 011-24243027 (Pakcik Nasir). Kemudahan yang ada elektrik ✅, tandas (air best)✅, ampaian✅, kedai makan✅. Line phone mcm maxis best... celcom ok2 la. digi pun ok2 gak. Unifi KO.


No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.