Monday, August 29, 2022

ZURIAT

Hari ni Isnin yang penuh dengan emosi... Allah menjentik sedikit rasa hati ini. 
Biar apa pun korang nak bercakap tentang aku, aku tak kisah. Cukup hanya Allah saja yang tahu jalan hidup aku. Susah payah aku, suka duka hidup aku. Makan aku cukup atau tak, semuanya aku simpan rapat.

Tapi....
Bila kau bercakap tentang zuriat, serius, ianya sangat melekat dalam hati aku. Allah saja yang tahu. Hinanya aku pada pandangan orang. Bukan aku minta tidak dikurniakan anak... Aku tak tahu apa aku rasa. Aku taknak berkongsi cerita dengan husband aku, sebab aku tau beliau akan naik marah. Kenapa disoalkan rahsia Allah. Aku cuba untuk positif. Sungguh.......

Anak mummy.... doakan mummy kuat. Anak mummy tunggu mummy dengan daddy di syurga kan? 

Saturday, August 20, 2022

REPEAT KP CAMP KALI KE-2

Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Fuhhhh.... berhabuk sikit da blog kita. 😅😅

Awal bulan ari tu, kitaorang repeat camping dekat KP Camp. Kali ni, kami pergi siang. Sabtu pagi lebih kurang jam 11.30pagi da gerak keluar dari Labuan. Fokus utama diaorang nak mancing, then Mza tumpang untuk release stress ja la. Tak boleh lama sangat, sebab bulan ni banyak benda nak kena settlekan.

So, kami sampai di Menumbuk lbh kurang jam 1pm dan terus ke Kuala Penyu. Diaorang nak beli bento untuk tangkap ketam nanti. Sampai ja KP Camp, pakcik Nasir da inform ada juga yang dtg camping selain kami. So, bila sampai tengok da ada yang set up tent la. Cuma, kami da booking tempat yang kami nak la. 

Kali ni, husband set up tent tu lama sikit sebab tent baru dan tak pernah set up lagi. Lambat sikit. Betul orang cakap, nak pacak khemah tepi pantai, hati kena kuat.


So, lepas pacak khemah... kami makan tengahhari. Kali ni, kami tak buat BBQ sebab kami perap daging dan buat grill and steamboat. Memang planning duduk KP Camp nak makan grill & steamboat aja. 

So, aktiviti lepas pasang khemah... aku hanya rehat. Diaorang set up diaorang punya pancing. 

Malam tu, aku just baca novel dan diaorang pegi memancing. No special activity la. Rest dan rest ja dekat KP Camp kali ni. Cuaca sangat-sangat baik.

Second day dekat KP Camp...... takde aktiviti sangat. Kami melepak dan jenjalan dekat pantai ja. Diaorang pegi Pekan Kuala Penyu. Aku hanya lepak sambil baca novel.






Aku belanja view dari KP Camp. Maybe kalau korang pergi sebelum PKP dulu lagi cantik. Sekarang ni, diaorang baru nak set up semula. Tapi, view pun memang da cukup cantik.

Cumaaaaa..... malam kedua, lebih kurang jam 11mlm-1pagi, kami kena angin ribut macam sebelum ni. Kali ni, aku lepak dalam khemah dan da boleh rilex la. Melayan angin tu sampai tertido. Aku bertiga memang tak keluar khemah sebab yakin khemah kami ok. Cuma, khemah yang 2 lagi tu, tak sure macam mana. Husband aku cakap, diaorang duduk di luar khemah.

Aku memang tido terus sebab pagi esoknya nak balik awal. Feri jam 10 dari Menumbuk.

So, kali ni..... puas hati sebab kali ni betul-betul lepak tepi pantai dan rest sangat. 




Thursday, August 4, 2022

LABUAN

2019 - sekarang.....

Pejam celik, pejam celik.... dah 3thn+ duduk di Labuan. Apa yang aku suka sangat Labuan ni? Kalau aku nak ceritakan betapa tenangnya Labuan (jangan cakap pasal air dengan elektrik la.....) betapa berbezanya dengan KL. Sangat berbeza la. Yang tak best pun ada. Jangan assume semua best la. Mana ada yang perfect macam ko impikan. Kannnn?

Bila ko duduk sini, ko akan jatuh cinta dengan sunset dan sunrise dia. Itu yang memang paling aku jatuh cinta duduk sini. Pulau yang cantik. Ko akan dapat view sunrise dengan sunset yang sangatttttt cantik. Meh aku share sikit view dia....




Cantikkan???????? Ni pakai phone je. Aku memang jatuh cinta betul dengan pantai sini. Jangan cakap takde sampah macam Semenanjung la. Ada ja. Terutama area pendatang la. Mereka ni macam lansung tak sayang kawasan tempat tinggal diaorang. 

Selain barang lagi mahal dari Semenanjung, ko takkan dapat makanan yang sama rasanyalah. Kadang-kadang barang yang ko nak, berminggu takde dekat Labuan sebab takde stok sampai. Jangan hingat kalau takde kat kedai pertama, ko boleh pergi kedai kedua atau ketiga. Kalau memang takde lori bawa masuk, 1 Labuan ko round pun memang ko takkan jumpa.

Banyak pahit manisnya duduk Labuan ni. Ko akan rindu bila ko keluar. Ramai orangnya yang baik-baik. Walau sini berpuluh tahun ketinggalan kemudahannya dari Semenanjung, ko akan rasa kehebatannya dengan insan-insan sekeliling yang sangat baik dan penuh dengan rasa hormat mereka. 

Ko pasti akan rindu...........