Fuhhhh.... berhabuk sikit da blog kita. 😅😅
Awal bulan ari tu, kitaorang repeat camping dekat KP Camp. Kali ni, kami pergi siang. Sabtu pagi lebih kurang jam 11.30pagi da gerak keluar dari Labuan. Fokus utama diaorang nak mancing, then Mza tumpang untuk release stress ja la. Tak boleh lama sangat, sebab bulan ni banyak benda nak kena settlekan.
So, kami sampai di Menumbuk lbh kurang jam 1pm dan terus ke Kuala Penyu. Diaorang nak beli bento untuk tangkap ketam nanti. Sampai ja KP Camp, pakcik Nasir da inform ada juga yang dtg camping selain kami. So, bila sampai tengok da ada yang set up tent la. Cuma, kami da booking tempat yang kami nak la.
Kali ni, husband set up tent tu lama sikit sebab tent baru dan tak pernah set up lagi. Lambat sikit. Betul orang cakap, nak pacak khemah tepi pantai, hati kena kuat.
So, lepas pacak khemah... kami makan tengahhari. Kali ni, kami tak buat BBQ sebab kami perap daging dan buat grill and steamboat. Memang planning duduk KP Camp nak makan grill & steamboat aja.
So, aktiviti lepas pasang khemah... aku hanya rehat. Diaorang set up diaorang punya pancing.
Malam tu, aku just baca novel dan diaorang pegi memancing. No special activity la. Rest dan rest ja dekat KP Camp kali ni. Cuaca sangat-sangat baik.
Second day dekat KP Camp...... takde aktiviti sangat. Kami melepak dan jenjalan dekat pantai ja. Diaorang pegi Pekan Kuala Penyu. Aku hanya lepak sambil baca novel.
Aku belanja view dari KP Camp. Maybe kalau korang pergi sebelum PKP dulu lagi cantik. Sekarang ni, diaorang baru nak set up semula. Tapi, view pun memang da cukup cantik.
Cumaaaaa..... malam kedua, lebih kurang jam 11mlm-1pagi, kami kena angin ribut macam sebelum ni. Kali ni, aku lepak dalam khemah dan da boleh rilex la. Melayan angin tu sampai tertido. Aku bertiga memang tak keluar khemah sebab yakin khemah kami ok. Cuma, khemah yang 2 lagi tu, tak sure macam mana. Husband aku cakap, diaorang duduk di luar khemah.
Aku memang tido terus sebab pagi esoknya nak balik awal. Feri jam 10 dari Menumbuk.
So, kali ni..... puas hati sebab kali ni betul-betul lepak tepi pantai dan rest sangat.
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.