Malam tadi, saya menangis lagi. Kenapa? Sebab hujung bulan ni kan, nak pindah ke Seremban. Saya rasa semua beban di bahu saya. Nak fikir hal lori, nak kemas barang-barang lagi.... nak cari itu, nak cari ini.... Rumah sana lagi, nak bayar elektrik, nak bayar air.... Oh Tuhan, berikan lah saya kekuatan. Macam biasa, saya akan meluahkan semuanya pada Mr.Zul.... dan seperti biasa, ayat Mr.Zul macam di atas tu la. kali ni, entah kenapa mulut ni ringan jer menjawab, 'nasib abg baik tau, dapat isteri macam ayg. terlalu berdikari....'. nak tau ape reaksi Mr.Zul, dia ketawa. dan macam biasa, saya akan ketawa apabila dia ketawa. rasa ringan sangat kepala ni.... dia la racun dia la penawar.
tak tau nak cakap ape lagi.... memang ini dugaan hidup kami. berkawan, bercinta, bertunang semua jarak jauh. harap-harap selepas berkahwin ni, kami tidak akan dipisahkan dengan jarak lagi. tapi.............................. biarlah jarak itu pemisah sementara kami, asalkan hati kami sentiasa bersatu. Bersatu hingga ke akhir hayat kami.... Amin.........................
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.