Friday, December 30, 2011

^____^ HB Abah....


~ HAPPY BIRTHDAY ABAH ~


Alhamdulillah, hari ni genap usia abah 55tahun. Akak sayang abah dan ma sangat2. Last week da sambut birthday abah dengan ma. Ma plak da genap 50tahun pada 21122011..... ^__^ sambut sekali. Moga perjalanan hari-hari ma dan abah sentiasa lancar.... Amin.....

Lagi sehari kita akan melangkah ke tahun 2012.... cepatnya masa berlalu. adakah azam 2011 anda dapat dilaksanakan semuanya? hurm.... ^__^ dan apa azam baru untuk 2012?

Adehhhh..... jangan tanya saya. sebab saya, x terfikir pun lagi. Cuma, saya ingin menjadi seorang anak yang terbaik untuk ma dan abah.... seorang isteri yang terbaik untuk en.suami... seorang kakak yang baik kepada adik-adik.... seorang menantu yang baik kepada mak dan ayah.... ^__^ dan sebenarnya saya juga da list beberapa barang untuk saya beli tahun 2012... hehehehe.....

Walau apapun, saya akan doakan anda-anda semua sentiasa bahagia dan gembira mengharungi hari-hari anda.... Amin.





Tuesday, December 27, 2011

Al-Fatihah....

Assalammualaikum..... Selamat Petang ^__^

Hari yang tak berapa nak indah... Hujan renyai-renyai sama seperti saya yang menangisi pemergian pakcik saya. Ya Allah, tabahkan lah hatiku. Redha dengan pemergiannya kerana menghidap kanser paru-paru.

Ceritanya bermula apabila, doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik saya. Kemudia, kami mula berusaha cara tradisional. Santau dan semiang... itulah yang diberitahu. Bermacam-macam cara, tempat dan kaedah kami mencuba. Alhamdulillah, pakcik mula beransur-ansur sihat. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa insan tersebut. Kelihatan senyuman dan pakcik mula ramah berbicara. Ma dan abah mula tersenyum. Namun, kegembiraan kami tak lama.... pakcik jatuh sakit kembali. Kali ini, kami membawanya ke hospital kerana tok yang mengubatnya secara tradisional kata, hanya doktor saja boleh merawat kali ini. Kami ikut saja katanya....

Mula dengan Hospital Jerantut.... doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik. ditolak ke Hospital Temerloh. Jawapannya tetap sama... masih tidak dapat dikesan. Pakcik mula lemah..... dan kemudian dihantar pula ke Hospital Kuala Lumpur. Makcik cakap, pakcik tiada perubahan. Hari Sabtu (24/12/2011), saya, ma, abah, biknor, wak, abg fadhil dan kak lina telah pergi melawat pakcik di HKL. Doktor mengesahkan pakcik mengidap kanser paru-paru tahap 4. Tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan. Hanya tunggu masa sahaja..... Kansernya telah besar sehingga 8cm x 6cm. telah terkena hati, arteri, tulang..... Sedih saya melihat makcik yang mengesat air mata... terluka hati saya bila ma menangis.... Nurse memberikan kami Surah Yaasin. Tiada lagi harapan.... Ma teresak-esak membaca Surah Yaasin. Makcik pula membisikkan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Kelihatan air mata pakcik keluar...dan makcik mengesatnya. Kuatkanlah hati saya.... Saya tidak mahu menangis...

Setelah siap membaca Yaasin, saya keluar dari wad. Msg en.suami..... mohon agar beliau berhenti merokok. saya tidak mahu keadaan ini terjadi kepada saya. Mungkin ada yang akan berkata... "ala, x isap rokok pun mati kalau dah sampai masanya..." memang.... tapi, cukuplah hanya kali ini sahaja keadaan ini terjadi dalam keluarga saya. sedih saya melihat keadaan makcik dan ma.... Sebelum balik, ma sempat berkata.... "Bang, Kam redha kalau abg pergi. Pergilah..." x sanggup melihat pakcik menarik nafas... dan kadang-kadang lansung xde. Saya juga redha.... tidak sanggup melihat pakcik sebegitu. Sakit sangat rasanya......

Ahad dan Isnin, cuti~ Ma, pagi-pagi lagi da kejutkan saya. Katanya, xnak duduk di rumah. Nanti terbayang-bayang pakcik. Ketika sakit dulu, pakcik memang duduk dengan kami. Abah dan saya juga x akan meninggalkan ma keseorangan kerana.... nnt akan kelihatan air mata yang menitis. Sakit hati saya.....Sebak.

Dan tadi... lebih kurang pukul 10, ma telefon dan.... "Kak, wak da xde. Kebumi di Raub" Perliha wak... saya redha. Al-Fatihah....



Thursday, December 22, 2011

Tahniah!!!!

Wah..... saya sgt2 gembira hari ini. Nak tau nape? Semalam kan my mom punya birthday... then, message her to wish la. Tak lupa gak remind my en.suami dan beliau cakap, beliau sms da.. Alhamdulillah, semalam ma da genap 50tahun. ingat nak celebrate sekali dgn birthday abah jer.

ok.... nak ucapkan tahniah atas kelahiran baby boy kepada adik ipar saya... ^__^ wah!!! da jadi papa and mama gitu...... dan disebabkan kelahiran tu, saya pun jadi pening kepala sebab da ada la pulak soklan cepu mas mengikut... "ko bila lagi?" .... "aik, adik da ada anak, abg dgn kakaknya bila lagi?".... hahahaha... fenin kepalaku. en.suami plak tetap cool mcm biasa. beliau cakap, 'huh... kalau ada anak, anak ikut degil mcm mak dia!" hahahaha.... bagi la can kami honeymoon lama2 ckit. PJJ kan? so, kenalah bagi can honeymoon lama ckit. ada rezki cepat, ada la. g pun, kalau ada rezki, nnt nak sambung study lg. so, wait and see.... ^__^ xpun, bagi en.suami transfer semenanjung dulu. kalau morning sickness tu adalah yg tlg tgk2 kan.....

ok la allz... nak sambung buat keje plak. see u next entry. bye!!!!!


Monday, December 19, 2011

^__^

Assalammualaikum semua....

Apa khabar? sihat? ^__^ so, mcm mane life? ok? hurm... life saya, Alhamdulillah... sgt2 gembira sejak kebelakangan ini. Rasanya, terlalu banyak hikmah dengan apa yang terjadi. Dan sesungguhnya, life semakin bahagia. Alhamdulillah.....

dan 17/12/2011 ari tu, genap setahun usia perkahwinan saya dan en.suami.... Alhamdulillah. sambutan? saya di sini dan beliau di sana.. ^__^ nasib badan kan? hahahha.... tetapi, sehari sebelum tu iaitu 16/12/2011, sebenarnya en.suami telah pulang selama beberapa jam untuk saya. janji dapat jumpa kan? so sweet.... hilang rindu sekejap. huhuhuh.... hadiah? hurm.... saya x berapa pandai nak bagi hadiah pada beliau, tapi, saya da courier 1 special card untuk beliau. surprise!!!! he give me my favorite chocolate. xpe la... janji kami bahagia.

ok... next plan ialah sambutan ulangtahun kelahiran ma dan abah. hurm.... ma genap 50tahun pada 21/12/2011 dan abah genap 56 pada 30/12/2011. sambutan maybe nak buat 24 atau 25hb... buat sekali. senang cerita. sama rata.... xde jeles2. kan????

tunggu.......... ok allz. nnt kita update lagi entry. bye u allzz...... ^__^

Thursday, December 8, 2011

mood :- serabut.serabai.selekeh

MasyaAllah..... banyak tul 'se' nye kan.... ^__^ serabut.serabai.selekeh. mak aih!!!! sejak 2 3 menjak ni, kesihatan saya memang tak berapa nak mengizinkan. musim demam..... hurm, so, pakej lengkap la. demam+batuk+selsema. demam tu da kebah, cuma kalau batuk yang sampai menangkap ke kepala tu, mmg xleh nak tolong la. cepat je suhu badan tu naik balik. yang xtahan tu, menangkap kat semua sendi2 badan.. nak tdo pun xleh nak tdo.

saya pun da jadi rimas je. nak baring x selesa. duduk pun x leh lama.... pergh!!!! serabut betul. nak buat kerja pun xde mood. serabai je da jadinya. serabai... selekeh... semua ada la. entah la. ditambah-tambah plak dengan kehilangan si 'sendayan'... si kucing kesayangan. T___T sedih sgt rasanya. makan pun jadi xde selera.

rutin harian da bertukar da. pagi2 message ma tanya si 'sendayan' ada balik ke tak? pagi petang mcm tu. mane la dia g agaknya.... ke orang curi??? suka hati je nak amik kucing orang. tau la dia comei. nak sangat anak kucing, g la cari yang terbiar sana... jangan la amik kucing saya. sian mak dengan adik2 dia, termenung dan semua mogok xnak makan. sedih!!!!! termasukla saya...... xde selera.

hopefully, keadaan macam ni xkan berpanjangan. hurm..... ^__^ pasni, moga2 ada berita gembira menanti saya. Amin....


Monday, December 5, 2011

UiTM di hatiku....

Assalammualaikum u allz semua....

Lama sudah saya menghilangkan diri kan? x update entry lansung kan? huhuhuhu... sowy u allz.. (macam la ada orang nak tgk kan? hahahah.... ) ok!!!! 1st nak tanya, u allz sihat? saya demam + batuk + selsema. pakej tu..... tapi...... tetap datang kerja. kan? kan? ok u allz...........

sekarang mood tgh membuak2.... mood nak sambung belajar. InsyaAllah, ada rezki, mmg saya akan sambung ke peringkat Master pulak. Da bincang dengan en.suami dan my parent.... so, InsyaAllah saya akan sambung la. di mana? confirm la.... UiTM di hatiku......

ok la allz.... next time sambung entry lagi. badan x berapa sihat... so, idea pun berkurangan. paper nnt saya update g. bye u allz.....