Tuesday, December 27, 2011

Al-Fatihah....

Assalammualaikum..... Selamat Petang ^__^

Hari yang tak berapa nak indah... Hujan renyai-renyai sama seperti saya yang menangisi pemergian pakcik saya. Ya Allah, tabahkan lah hatiku. Redha dengan pemergiannya kerana menghidap kanser paru-paru.

Ceritanya bermula apabila, doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik saya. Kemudia, kami mula berusaha cara tradisional. Santau dan semiang... itulah yang diberitahu. Bermacam-macam cara, tempat dan kaedah kami mencuba. Alhamdulillah, pakcik mula beransur-ansur sihat. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa insan tersebut. Kelihatan senyuman dan pakcik mula ramah berbicara. Ma dan abah mula tersenyum. Namun, kegembiraan kami tak lama.... pakcik jatuh sakit kembali. Kali ini, kami membawanya ke hospital kerana tok yang mengubatnya secara tradisional kata, hanya doktor saja boleh merawat kali ini. Kami ikut saja katanya....

Mula dengan Hospital Jerantut.... doktor tidak dapat mengesan penyakit pakcik. ditolak ke Hospital Temerloh. Jawapannya tetap sama... masih tidak dapat dikesan. Pakcik mula lemah..... dan kemudian dihantar pula ke Hospital Kuala Lumpur. Makcik cakap, pakcik tiada perubahan. Hari Sabtu (24/12/2011), saya, ma, abah, biknor, wak, abg fadhil dan kak lina telah pergi melawat pakcik di HKL. Doktor mengesahkan pakcik mengidap kanser paru-paru tahap 4. Tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan. Hanya tunggu masa sahaja..... Kansernya telah besar sehingga 8cm x 6cm. telah terkena hati, arteri, tulang..... Sedih saya melihat makcik yang mengesat air mata... terluka hati saya bila ma menangis.... Nurse memberikan kami Surah Yaasin. Tiada lagi harapan.... Ma teresak-esak membaca Surah Yaasin. Makcik pula membisikkan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Kelihatan air mata pakcik keluar...dan makcik mengesatnya. Kuatkanlah hati saya.... Saya tidak mahu menangis...

Setelah siap membaca Yaasin, saya keluar dari wad. Msg en.suami..... mohon agar beliau berhenti merokok. saya tidak mahu keadaan ini terjadi kepada saya. Mungkin ada yang akan berkata... "ala, x isap rokok pun mati kalau dah sampai masanya..." memang.... tapi, cukuplah hanya kali ini sahaja keadaan ini terjadi dalam keluarga saya. sedih saya melihat keadaan makcik dan ma.... Sebelum balik, ma sempat berkata.... "Bang, Kam redha kalau abg pergi. Pergilah..." x sanggup melihat pakcik menarik nafas... dan kadang-kadang lansung xde. Saya juga redha.... tidak sanggup melihat pakcik sebegitu. Sakit sangat rasanya......

Ahad dan Isnin, cuti~ Ma, pagi-pagi lagi da kejutkan saya. Katanya, xnak duduk di rumah. Nanti terbayang-bayang pakcik. Ketika sakit dulu, pakcik memang duduk dengan kami. Abah dan saya juga x akan meninggalkan ma keseorangan kerana.... nnt akan kelihatan air mata yang menitis. Sakit hati saya.....Sebak.

Dan tadi... lebih kurang pukul 10, ma telefon dan.... "Kak, wak da xde. Kebumi di Raub" Perliha wak... saya redha. Al-Fatihah....



No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.