Tuesday, May 29, 2012

=______+

Hai kawan-kawan....

Lama kita x update entry baru kan? Xtau nak cter ape sebenarnya. semua rutin macam biasa aje. heheheh.... maklum lah, student+pekerja ni, rutin harian dia sama aje kan? membosankan kalau nak cter itu aje.


Ok... Ingat g tak entry dulu 'kawan' sekarang 'lawan'? heheheh.... ala, entry cter masa lampau saya kat uitm dulu2 la? ingat tak? hurm.... dulunya 'kawan baik'.... serumah, sama2 susah senang... xde transport tumpang kita.. last2 buat taik dengan kita... ingat x?


ari ni, pagi td... my level gempak skejap... sebabnya 'kawan' yg da jadi 'lawan' tu... excident and then kereta dia meletup. fuh!!! kita lak terpegun dengo bter tu. ada la kawan-kawan ni cakap, CASH Allah bayar... hurm.... kita? kita cakap dalam hati, Allah sayang dia tu. tu sebab bagi dia peluang tuk dia berubah... dan moga-moga dia akan berubah.


Berubah? berubah ape erk? berubah la dari semua perkara-perkara yang x elok. sama macam kita semua..... kan? moga setiap saat kehidupan ini, kita dijauhi dengan perkara-perkara yang dimurkai-Nya. sama-samalah kita berubah. kan?


so, pengajaran untuk hari ini..... setiap saat ini, kita perlu membuat baik kepada semua org. jgn sesekali kita menyakiti orang2 di sekeliling kita kerana dunia sekarang Allah bayar CASH balasan kita. KREDIT di akhirat, itu sudah pasti. K?






Monday, May 21, 2012

^___^

wahai hati
tenanglah
sabarlah

^__^
di sini takdirku
bersama dia

redhakan hatiku
moga
hati ini sentiasa teguh untuknya






Sunday, May 20, 2012

=______= Ahad...

Bismillahhirrahmannirrahim.....

Ahad yang paling cool.. ^___^ syioknya kalau sentiasa rasa macam ni. Rasa bahagia sangat-sangat. Walaupun, mungkin sebenarnya banyak masalah dalam hidup ini. Moga Allah sentiasa kuatkan hati ini, sentiasa permudahkan perjalan hidup saya. Amin.....

So, how ur weekend? Saya? Minggu ni, balik kampung. Rindu nak rasa masakan ma. dan rindu nak tengok wajah cool abah. hehehehe.... :)

Takde apa yang istimewanya weekend ni. Cuma, Alhamdulillah, saya dapat berehat dengan baik. Fuh!!!! mungkin sedikit tension tu terlepas dari kepala walau sebenarnya xde masalah pun dpt diselesaikan. hahahaha.... janji saya senyum. kan????

K..... Nak kemas umah n lipat baju. Nnt saya update entry lagi... Chow~



Thursday, May 17, 2012

Saleem Menyayangimu.wmv



Menyayangimu...

ok... tak tau nape malam ni jiwang karat sikit.
badan tak berapa nak sihat
fikiran tak seiring dengan badan
(-______-)

Ku Pilih Hatimu ^_^ Ussy feat Andhika Pratama



cinta sampai mati
-_____-

KPI

apa kejadahya la kan seminar bagai? huhuhu... dalam hati punya la bengang dengan Dato'. menyampah kot... time kawan-kawan cakap, 'untunglah... orang tu masuk seminar KPI'.... pastu boleh plak dengan selamba badak saya menjawab...'masalahnya kalau dia bagi ceramah macam Nabil... memang tersangat lah untung. Ini, mcm entah pape je. Sakit kepala tahan ngantuk bagai..' betul tak? budak-budak projek, manalah tahan kalau 2 ari, 9pg-5ptg duk dlm blk meeting je kan? haih!!! x faham betul....

Apa itu KPI atau sebenar-benarnya ialah Key Performance Indicator? hahaha.... ^___^ kata masuk seminarkan... (-____-)! x ingat kot. yang saya tau, ala2 nak measure sama ada kita berjaya atau tidak untuk bertanggungjawab dalam tugas kita. lebih kurang la kan? kang terlebih kang, ssh jugak. hehehehe..... 2 ari kot masuk, semua dengan xde ikhlas lansung. bengang je sebab kerja bertimbun, pastu dia nya speaker mcm entah pape je. adoiyai!!! sabo je la.

Pape pun, ada gak la kebaikannya. ^___^ tau gak la tugas sebenar saya. kan? kan? Pasni, Dato'... sila naikkan gaji kami dan sila tambah-tambah bonus kami yerk? hehehehe....

(-____-)!

kala hatiku berdarah dek luka itu
kamu masih juga sama
sama seperti itu
buatku rasa
aku untuk kamu
dan
kamu untuk aku

masa berganti masa
aku ingin terus begini
tidak ingin menoktahkan
apa juga denganmu

kejamkah aku
zalimkah aku
hanya kerna sisa kasih untukmu

pada-Nya
kutitipkan doa
buat kita semua
agar ada jalan terbaik
untuk kita di sana

Wednesday, May 16, 2012

~luka

hati ku

luka

dan

terlalu parah

terhiris

terobek

dalam yang teramat sangat


kenapa

hati ini

begini

gembira dan luka

dalam 1 masa


Allah

tunjukkan aku kebenarannya

pasrahkan aku setiap kali aku melangkah

redhakan hatiku untuk menerima semua takdirku


^___^

senyumlah hati

sembuh la dari luka itu









Saturday, May 12, 2012

Kertas Band Penantian~lirik~


Pagi-pagi da jiwang... haih!!!

=_____=
saya rindu!

Tuesday, May 8, 2012

suka suki semalam...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi... ^____^

Da breakfast semua? hurm.... ari ni, saya breakfast air milo + biskut oreo ajee.... sat g tgh ari baru makan puas-puas la. hehehe...

so, mcm mane life anda sekarang? ok tak? saya? Isnin, mcm biasa aje. semalam kan hujan lebat... so, rasa malas gila nak bangun. hehehe.... tp, bgn still mcm biasa je la. tapi, sampai kat exit kajang tu, jammed kot. agaknya sebab ujan, semua bawa slow aje. haih... sampai office da confirm-confirm lewat.... 1/2 jam plak tu. tapi, rupa-rupanya ramai gila dtg lewat, sbb mana-mana pun jammed. ujan je semua jadi kelam kabut. jammed. bayangkan lah, highway pun jammed. haih!!!!! =____=! nasib badan.


so, kerja macam biasa aje la kan... kerja pun macam x kerja aje. hehehe.... kalau 'daddy' saya sorang ni xde, semua kerja tergendala. haih!!! yg paling menyampah, kalau orang tanye dia.... nak cakap pasal payment. nasib la badan kalau jadi project coordinator cum PA kepada Executive Director ni. petang, ingat nak qada' balik la lewat stengah jam tu, tapi... tetiba Dato' buat urgent meeting. x pasal-pasal saya kena join sekali. meeting pasal Contract department, tapi disebabkan saya ni coordinator.. semua kena tau... so, dipaksa oleh Dato' join meeting tu sekali. hamik kau... dari stengah jam da jadi 2 jam stengah. huhuhuuh.... dengar je kerja saya. nasib baik la xde sgt yg menyakitkan hati. kalau ada pun, tadah aje la. da namapun team work, sorang salah semua kena marah. hahahaha.... janji sempoi.. kan?


so, pg ni.... awal-awal nak apply cuti kat Boss eKiosk... ^___^ ujung bulan nak ke Labuan sebelum en.suami bertukar ke Semenanjung. saja, tolong-tolong kemas barang semua. sambil-sambil tu nak tengok-tengok keadaan sana. mana la tau, xde rezki lagi nak datang sana... kan?


ok la semua... pagi-pagi da merepek.... nanti jumpa lagi la next entry. ^____^








Sunday, May 6, 2012

ungu-percaya padaku[HD] video clip


tak tahu kenapa
lagu ni seperti membuai perasaanku
mengingati si dia
yang jauh nun di seberang sana

Ya Allah
cepatkanlah masa

^___^
hujung bulan



Saturday, May 5, 2012

dulu 'kawan'...sekarang 'lawan'.... ^___^

hari Sabtu yang redup... hujan renyai-renyai. tapi yang pasti, saya terbangun awal plak ari ni. hurm... =____=! saya rasa macam sesuatu. Entahla....

So, ari ni, ingatkan nak g servis kereta jap. ^___^ Tapi, xtau nak servis di mana. hahahha..... ingatkan nak merantau ke Taman Melati (workshop Pak Lang), tapi, macam malas je nak jalan jauh2. hahaha.... kemalasan mula melanda. nak kemas-kemas umah la kalau mcm ni. tapi, tetap malas. haih!!!!!!!!! di mana kerajinan?

ok! ok! motif utama kat sini nak bercerita tentang 'kawan'.... dulu 'kawan' sekarang 'lawan'... x pun, dulu 'kawan' sekarang 'musuh ketat'.... hahahaha... siapa yang iktiraf semua tu? itulah dia 'kawan' dulu. hahahaha... kenapa? sebab apa? hanya dia saja yang tahu. dia ingat dia terlalu bagus. dia ingat dia terlalu baik... cermin dulu semua tu. ^____^ di mana kebagusan anda kalau anda sendiri yang mencanangkan kepada dunia... dia mcm ni, dia mcm tu... last-last, ada gak kawan-kawan yang menyampaikan kepada kita. x sedar diri... dulu nak g kelas, terhegeh2 menumpang kereta kita. xde duit pinjam dekat kita... nak g dating mnt kita tlg cover line, almaklumlah ramai sgt scandal. hahahah.... macam tu la 'kawan' saya dulu. dan sekarang ni, dia announce kat officemate saya adalah 'musuh ketat' dia. hahahaha.... silakan. da la junior kat tempat kerja saya.... ada hati. mereka semua lebih mengenali saya berbanding anda. silakan... =____= saya sedikit pun tak rasa goyah. kerana saya tahu saya adalah yang benar. dah la announce 'musuh ketat'... ada hati minta tolong lagi. haih!!!!! susah betul manusia bertalam-talam ni. tapi xpe, Allah itu Maha Mengetahui. saya tak kisah lansung. silakan....

pening dengan manusia zaman sekarang ni. macam-macam manusia... pelik betul. hehehehe.... agaknya, inilah yang dikatakan manusia akhir zaman.

oh ya!!! kepada dia... sila lah kalau nak announce apa-apa sahaja. saya? saya tak payah announce sebab semua cerita da terlakar sendiri. kalau da hati tu busuk, da jadi bangkai, mcm mane nak suruk lagi. duk mencanang cerita orang, cerita diri sendiri pun tercanang sama. dah dah la tu scandal dengan laki orang. tak kemana..... alih-alih nama sendiri yang busuk. tak baik cuba meruntuhkan masjid orang. nanti masjid sendiri yang runtuh....

Ya Allah, jauhilah aku dari perkara-perkara sebegini... Amin...

Friday, May 4, 2012

=_____=!

Boss x masuk.... =____=!


so, nampaknya semua kerja saya tertangguh. apala malang nasib saya ari ni kan? hurm... semua plak tu. semua orang plak asyik cari dia aje. pening kepala saya nak menjawab. haih!!!! mana la boss ni. handphone pun off... adoi hai 'daddy' yang sorang ni...


ari ni, pagi-pagi mood da merundum turun.... sebab? hurm.... on d way kat highway jammed teruk. panjang betul td. dalam hati da agak da ada excident, tapi... malas nak fikir sgt. sampai area putra height-usj tu ada board la tulis 'KEMALANGAN DI KM 80.1 EXIT USJ'... dalam hati, entah-entah motor. mcm teruk gila sebab jammed dia terlampau panjang. so, terus kan je la... sampai exit USJ, nampak belah kiri, da bertutup da mayat tu. betul jangkaan saya, motosikal. sebab ape boleh agak... sebab dekat situ, kereta suka sgt amik jalan tepi, jalan motosikal. hurm... entah la. kesian dia... tu je la yg mampu sy katakan. pening melihat perangai/kelakuan manusia zaman sekarang ni. kadang-kadang tu, terfikir gak... zaman da modern, negara da membangun... tapi, manusia ni makin mundur. makin teruk kelakuannya.... kenapa la jadi macam ni?


semakin banyak perlakuan/kelakuan yang betul-betul menjelekkan... tak tirfikir ke mereka semua ni? kadang-kadang, saya rasa takut sangat sebabnya, semua ini membuktikan kita ni semakin dekat dengan akhir zaman (kiamat).... semakin zalim... semakin jahil... sedangkan semua tu boleh kita fikirkan. ya... memang tak dinafikan, semuanya tertulis di dalam Al-Quran. sedih betul.... sedih dengan semua ini.