Bab 1
9 tahun menyemai rasa cinta buka
penjamin untuk satu pengakhiran yang bahagia dalam satu hubungan. Semuanya
terbukti pabila Haikal memutuskan hubungan mereka.
“Ya Allah,
andai ini takdir untukku, andai ini dugaanMu untukku, aku terima dengan redha.
Kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku,”
Syafika
memejamkan matanya. Mahu melelapkan mata untuk seketika. Pening kepalanya
dengan apa yang telah berlaku. Setelah 9 tahun, hubungannya dengan Haikal
musnah begitu sahaja. Dia lansung tidak tahu dan sedar bila kasih Haikal mula
beralih arah.
Pertemuan
semalam betul-betul meremukkan hati. Sungguh hatinya tidak menduga pertemuan
semalam merupakan pertemuan terakhir yang dirancang oleh Haikal. Haikal
memutuskan hubungan mereka dengan alasan cintanya sudah beubah kepada Anita,
setiausahanya.
“Macammana
nak bagitau ummi ni?”
Keluh
Syafika. Persiapan semuanya sudah disiapkan, tinggal beberapa perkara saja
belum diselesaikan. Mengikut perancangan, mereka sepatutnya melansungkan
perkahwinan pada bulan hadapan. Kad sudah diedarkan. Sanak saudara sudah
dimaklumkan. Pening kepalanya memikirkan keadaan tersebut.
“Apa kamu
kata? Kamu taknak berkahwin dengan Fika? Kamu gila ke?”
Mamanya
menjerit.
“Ma, please.
Kal da taknak tipu diri sendiri. Kal tak boleh nak teruskan hubungan ni lagi”
“Kamu ingat
perkara ni benda main-main ke Kal? Mana mama nak letak muka ni? Kad da edar.
Semua saudara mara kita mama da bagitahu. 9 tahun kamu bercinta dengan Fika,
tetiba macam ni je akhirnya? Apa yang Anita tu bagi kat kamu sampai kamu jadi
macam ni?”
Mama
betul-betul marah.
“Ma, Kal
betul-betul tak boleh ma. Nak jadi apa pun jadilah. Kal takkan kahwin dengan
Fika”
Haikal terus
berlalu, naik ke biliknya. Keputusan nekad telah dibuat.
Datin
Umairah termenung memikirkan tentang tindakan anak bongsunya, Haikal. Sebulan
lagi sepatutnya majlis perkahwinan antara Haikal dan Shafika dilansungkan.
“Nek, nape
menung-menung ni nek? Nanti tak antek la”
Mohd. Danish
bin Ahmad Danial, cucunya yang pertama. Anak kepada anak sulungnya, Ahmad
Danial bin Dato’ Husaimi.
“Danial?”
“Danish go to upstairs, nenek nak telefon atuk. Go to bath, nanti turun makan. Okay?
Kita makan sama-sama”
“Okay nek..”
Datin
Umairah terus mencari telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon suaminya.
“Bang, balik
cepat. Ada hal. Urgent ni.
Hal hidup dan mati”
“Apa yang urgent sangat ni yang? Tak
menyempat-nyempat ni? Hal apa?”
“Awak balik
je la”
“Yela. Kejap
lagi saya balik”
Datin
Umairah mematikan telefonnya dan terus ke dapur untuk membantu Mak Mah,
pembantu rumahnya menyiapkan makanan tengahhari.
Selepas
makan tengahhari, Datin Umairah mengajak suaminya, Dato’ Husaimi berbincang di
ruang tamu.
“Apa yang
penting sangat ni yang? Sampai tak menyempat tunggu abang balik ni?”
Datin
Umairah mengeluh. Terasa sukar untuk memberitahu suaminya.
“Bang,
Haikal nak batalkan perkahwinan dia dengan Shafika”
Dato’
Husaimi terkedu.
“Apa? Dah
gila ke budak tu? Persiapan semua da siap. Kad dah edar. Habis, belah sana tak cakap pape?”
“Kal baru
bagitau tadi ni bang. Tu saya suruh abang balik. Nak selesaikan semuanya hari
ni. Nak kena bagitahu belah sana . Entah-entah Humaira tak bagitahu
Shaiful dengan Zaiton lagi. Sian budak tu bang. Anak kita buat hal pulak”
Dato’
Husaimi mendengus menahan marah.
“Haikal
mana?”
“Haikal dah
keluar tadi lagi bang. Lepas dia bagitahu saya, naik atas, lepas tu, terus
keluar. Tak tahu pergi mana. Dia cakap, dia taknak kahwin jugak”
“Hurm.. Awak
bersiaplah. Kita pergi rumah Shaiful”
Datin Umairah
naik ke atas bersiap untuk keluar.
Shafika
termenung di balcony rumahnya. Pening kepalanya memikirkan apa yang terjadi. Susah hatinya kerana dia belum
memaklumkan berita perihal dirinya dengan Haikal kepada kedua ibu bapanya.
Takut dengan penerimaan ummi dan abbinya.
Tersekat
nafasnya apabila melihat kereta BMW milik keluarga Haikal berhenti di hadapan
rumahnya. Kelihatan ummi dan abbinya menyambut kedatangan papa dan mama Haikal.
“Aduh!!
Matilah aku.. Mesti pasal benda ni. Kuatkan semangatku Ya Allah”
Terdengar
suara umminya memanggil namanya dari bawah.
Kelihatan
Shafika tenang menuruni anak-anak tangga. Terdengar papa dan abbi berbincang.
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumsalam.
Fika, mari duduk sini. Ada hal penting kami nak berbincang dengan Fika”
Abbi
bersuara. Tenang sungguh suaranya.
Shafika
bersalaman dengan Datin Umairah dan kemudiannya mengambil tempat di sebelah
umminya.
“Hurm.. Abbi
tau Shafika surukkan sesuatu, dan papa dah bagitahu abbi”
Shafika
mengangkat mukanya, memandang abbi.
“Maafkan
fika, abbi. Fika tak tahu nak bagitahu abbi dengan ummi macam mana. Fika pening
kepala. Majlis lagi sebulan. Semua da siap. Saudara mara semua da bagitahu.
Fika takut abbi dengan ummi malu”
Terang Fika
dengan tenang. Dadanya berdebar-debar. Hatinya hancur saat mulutnya berbicara
tentang keputusan yang diambil oleh Haikal.
“Papa dengan
abbi da berbincang. Perkahwinan kamu akan tetap berlansung. Jadi, kamu jangan
risau. Siapa pengantin lelakinya, jangan kamu persoalkan”
Abbi bersuara
tegas.
“Tapi..”
“Tak ada
tapi-tapi. Kami dah buat keputusan untuk kamu. Kamu kena ikut keputusan kami”
Shafika
keliru. Keputusan telah pun dibuat. Apa pun yang terjadi, abbi dan umminya
tetap mahu majlis perkahwinan berlansung.
Shafika
menganggukkan kepalanya tanda setuju mengikut sahaja rancangan kedua ibu
bapanya. Siapa pengantin lelakinya, tidak pula disoalkan. Janji hatinya, akan
mentaati apa jua keputusan abbi dan umminya.
Dato’
Husaimi dan Datin Umairah hanya mampu memandang dan mendoakan kebahagiaan
Shafika dan semoga majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar.
Sudah
seminggu Haikal keluar dari rumah papa dan mamanya. Semuanya kerana tindakannya
membatalkan perkahwinannya dengan Shafika. Papa betul-betul mengamuk. Malas
memikirkan keadaan itu, dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah papa
dan mamanya.
Sebelum keluar, mamanya ada
memberitahu, majlis perkahwinan tersebut akan tetap berlansung. Haikal tidak
mahu mengambil tahu tentang majlis itu lagi. Yang dia pasti, pengantin
lelakinya bukan dirinya.
Hatinya kini hanya untuk Anita.
(^_____^)
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.