Friday, July 31, 2015

Merancang Percutian....

Tadi.....

Berbual dengan husband... bertanya tentang cutinya bulan September nanti. Kira-kira 14hari. Me pun menghitung cuti sebab Cuti Raya AidilFitri yang lepas,  me tak bercuti lama disebabkan kerja yang terpaksa disiapkan awal. 

Merancang untuk membawa keluarga me ke Kedah, ke rumah mertua.... dan merancang bercuti ke Langkawi bersama-sama. Memikirkan sejak kebelakangan ini, kami jarang balik ke kampung dek kerana komitmen dengan kerja.

Rasanya terlalu lama dah tak bercuti bersama-sama keluarga. Kenapa memilih Langkawi? Dalam kepala me, disebabkan parents me jarang bejumpa dengan besan mereka, so, rasanya tempat yang sesuai adalah Langkawi. Dekat dan rasanya banyak tempat yang me dan keluarga boleh melawat. Bercuti berehat bersama-sama.

Ok.... So, maknanya... bulan ni, me kena prepare semua list untuk membawa mereka semua bercuti. Tempat tinggal, kenderaan, tempat lawatan dan yang paling penting sekali BUDGET ke sana. Kena list kan betul-betul sebab kemungkinan 7-9orang akan ke sana. 

Thursday, July 30, 2015

K.E.R.J.A

6 tahun pengalaman dalam bidang construction, walaupun masih boleh dikatakan baru...banyak benda yang aku belajar. Pahit, manis, masam, masin.... semuanya bercampur aduk. Lagi-lagi bila seorang perempuan masuk yang boleh dikatakan dimonopoli oleh lelaki, kita kena tahan lasak, tahan maki, tahan hati....tak boleh emosional. Kena terbuka....

Habis belajar, aku mula bekerja dengan sebuah syarikat Cina sebagai Projek Koordinator dengan gaji RM1600 sahaja. Skop kerja pun boleh dikatakan multipurpose. Semua kena buat....tapi, kita budak baru belajar kan...terima je la tugas tu dan belajar buat semua. Kena cepat dalam semua segi, cepat buat kerja, cepat buat keputusan, cepat bertindak....semua kena cepat. Lain sangat time belajar dulu. Bila kita bekerja dengan baik, boss akan pandang kita. Time tu la, gaji naik dan ada la sikit duit bonus. Alhamdulillah.... Bagi aku, aku serasi bekerja dengan syarikat Cina sebab waktu bekerja, kita bekerja. Takde nak gosip-gosip, takde nak bodek-bodek.... siapa buat kerja bagus, dia akan ke hadapan.

Ada jugak yang bertanya.... kenapa tak kerja dengan Melayu? Membangun bersama Melayu. Bangsa sendiri. Siapa kata aku tak pernah kerja dengan Melayu? Itulah syarikat pertama aku berhenti 24jam. Gaya kerja yang siapa pandai bercakap, siapa pandai bodek.... dialah ke depan. Tak pandai buat kerja pun takpe. Buat kerja berkira, depan cakap lain, belakang cakap lain. Lagi best, kalau da ada group memasing. Fuh!! Masyuk, kaki kipas terus... Bukan nak merendah-rendahkan syarikat Melayu, tapi setiap kali masuk syarikat Melayu, itulah yang membuatkan aku lansung tak selesa. Mungkin hati serasi bekerja dengan syarikat Cina.

Aku terus bekerja dengan syarikat Cina, dari jawatan Projek Koordinator, kemudian Jurutera dan sampai sekarang Pengurus Projek. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini, lagi-lagi bila kita berada di atas lelaki. Dapat team yang bagus dalam kerja, Alhamdulillah. Dapat yang action pandai, tapi taknak bertanya.... payah. Bukan senang untuk berjaya.... usaha dan bekerja tanpa mengira waktu. Komitmen kena tinggi dalam bidang construction ni. 

Civil Engineering banyak cabang.... dan entah kenapa aku begitu berminat dengan construction. Moga bidang ini akan ada lebih wanita...

Wednesday, July 29, 2015

Si Comel

Pagi tadi, terlewat bangun... terasa kemalasan yang teramat sangat sebab semalam siapkan tender sampai pukul 8malam. Bangun dan bersiap ke tempat kerja, sampai parking, terdengar bunyi kucing mengiau. Ya Allah, comeinya.....

Boleh plak dia mengikut me naik ke tingkat 3. Mengiau je.... comel plak tu. Sampai office, me cakap dengan kawan satu office, nak pergi beli makanan kucing tu kat 99 Speed Mart. Si comel tu boleh plak mengikut me melintas jalan. Cuma, bila ada kereta.... si comel tu menyuruk bawah kereta yg sedia ter'parking'.

Me beli makanan dia... tapi, agaknya ada orang terminat dan ambil sebagai pet. Si comel tu mesti ramai yang minat. Tak sampai 5 minit, da ilang. Kata kawan me, ada budak tu main dan take the comel. Moga dia menjaga Si Comel dengan baik....

Nota Luahan

Sejak akhir-akhir ni, jarang me berkongsi cerita dek kerana kekangan masa di tempat kerja. Kerja kali ini, memerlukan komitmen yang begitu tinggi. Alhamdulillah... kerana me dikurniakan seorang suami yang cukup memahami.

Setiap hari rutin me sama sahaja kecuali weekend kerana weekend me akan mengikut schedule husband. If beliau bekerja, me hanya akan duduk di rumah berehat. Jarang mempunyai masa untuk diri sendiri, jadi weekend merupakan hari tuk me betul-betul berehat dan mengemas rumah. Kadang-kadang kelakar juga dengan statement jiran, bila mereka tegur kata da lama tak jumpa or da lama tak balik rumah. Sebenarnya, kami setiap hari balik ke rumah, tapi mungkin masa kami balik, mereka da selamat berada di alam mimpi. 

Setiap hari memandu Seremban-Kuala Lumpur-Seremban, sebenarnya itulah waktu untuk me release my tension. Memandu dan terus memandu. Memandu lebih kurang 30-45minit, melihat gelagat pemandu lain, melihat pokok kiri kanan.... kerana waktu itu, me mempunyai masa untuk menyanyi sekuat hati, mendengar muzik yang me suka. Setiap masa yang terluang, me akan luangkan untuk diri me sendiri.

Bagaimana me jadi diri me sekarang? Next entry kita cerita......

Monday, July 27, 2015

Kemaafan

Hati ni sebenarnya tak pernah kuat tuk memaafkan dan melupakan... Setiap yang berlaku tersemat kuat di dalam hati. Dan betul....... apa yang tertulis. Kalau kita nak tenang, nak move on... lupakan maafkan mereka yang pernah buat kita terluka. 

Sepanjang kehidupan me, belajar untuk memaafkan adalah sesuatu yang paling susah. Tapi, bila kita mula memaafkan, satu perasaan yang tak mampu me ungkapkan.

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah untuk me, suami, keluarga dan anda semua. InshaAllah..



Salam AidilFitri

Salam AidilFitri dari Miza dan suami....

Macam mana dengan sambutan perayaan anda? Tahun ni, disebabkan suami mza off duty, kami decide tuk balik ke Kedah.

Balik pagi 23hb jam 2pagi...bertolak dari Kuala Lumpur. Berkonvoi dua kereta dengan kawan satu office. Tak sangka jammed juga, so, kami keluar exit Behrang dan kemudian ikut jalan lama. Musim raya, ramai yang ikut jalan lama. Walaupun banyak kereta tapi maintain smooth. Ingatkan sempat bersahur di Ipoh, tapi...akhirnya kami berhenti di perhentian minyak dan bersahur di situ. Nasib baiklah husband jenis yang berfikir panjang....masak dan tapau katanya. 

Alhamdulillah, sampai di Penang sewaktu Subuh dan sampai di rumah mertua jam 8lebih. Kepenatan...tapi, syiok plak melihat mak mertua membuat tapai. 

Raya pertama, tema oren. Seperti tahun-tahun lepas....tema baju kami mengkiut tema keluarga me sebab selalunya family husband takde tema tertentu. So, bila da dididik dari kecil sebegitu... me dan husband mengikut tema keluarga. Terbiasa membeli sekayu terus dan membuat baju melayu dan kurung sama-sama. Cuma tudung mengikut citarasa sendiri. 


Hari pertama, husband, me, mak dan adik mengikut pakjang sekeluarga beraya di rumah saudara mara. Walaupun da kahwin hampir 5 tahun, me tak berapa kenal saudara mara sebelah husband. Husband jarang dapat cuti lama dan jarang balik ke Kedah. Lagi-lagi selepas tuk dan tuk wan nya meninggal. Dulu, husband tinggal dan dibesarkan oleh tuk dan tuk wannya....so, relationship dengan adik beradik agak kurang mesra.

Hari kedua, kami pilih tema hitam dan ungu. Round sekejap-sekejap sebab malamnya kami nak balik ke Pahang. Hari kedua, husband ajak beraya di rumah kawan sekolahnya. 


Hari kedua, kami banyak berehat di rumah... bertolak balik ke Pahang jam 11malam dan sampai lebih kurang jam 8pagi. 

Alhamdulillah.... raya kali ini walaupun besederhana tapi tetap meriah. Mood raya datang lambat tapi, still best.