Sejak akhir-akhir ni, jarang me berkongsi cerita dek kerana kekangan masa di tempat kerja. Kerja kali ini, memerlukan komitmen yang begitu tinggi. Alhamdulillah... kerana me dikurniakan seorang suami yang cukup memahami.
Setiap hari rutin me sama sahaja kecuali weekend kerana weekend me akan mengikut schedule husband. If beliau bekerja, me hanya akan duduk di rumah berehat. Jarang mempunyai masa untuk diri sendiri, jadi weekend merupakan hari tuk me betul-betul berehat dan mengemas rumah. Kadang-kadang kelakar juga dengan statement jiran, bila mereka tegur kata da lama tak jumpa or da lama tak balik rumah. Sebenarnya, kami setiap hari balik ke rumah, tapi mungkin masa kami balik, mereka da selamat berada di alam mimpi.
Setiap hari memandu Seremban-Kuala Lumpur-Seremban, sebenarnya itulah waktu untuk me release my tension. Memandu dan terus memandu. Memandu lebih kurang 30-45minit, melihat gelagat pemandu lain, melihat pokok kiri kanan.... kerana waktu itu, me mempunyai masa untuk menyanyi sekuat hati, mendengar muzik yang me suka. Setiap masa yang terluang, me akan luangkan untuk diri me sendiri.
Bagaimana me jadi diri me sekarang? Next entry kita cerita......
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.