Thursday, July 30, 2015

K.E.R.J.A

6 tahun pengalaman dalam bidang construction, walaupun masih boleh dikatakan baru...banyak benda yang aku belajar. Pahit, manis, masam, masin.... semuanya bercampur aduk. Lagi-lagi bila seorang perempuan masuk yang boleh dikatakan dimonopoli oleh lelaki, kita kena tahan lasak, tahan maki, tahan hati....tak boleh emosional. Kena terbuka....

Habis belajar, aku mula bekerja dengan sebuah syarikat Cina sebagai Projek Koordinator dengan gaji RM1600 sahaja. Skop kerja pun boleh dikatakan multipurpose. Semua kena buat....tapi, kita budak baru belajar kan...terima je la tugas tu dan belajar buat semua. Kena cepat dalam semua segi, cepat buat kerja, cepat buat keputusan, cepat bertindak....semua kena cepat. Lain sangat time belajar dulu. Bila kita bekerja dengan baik, boss akan pandang kita. Time tu la, gaji naik dan ada la sikit duit bonus. Alhamdulillah.... Bagi aku, aku serasi bekerja dengan syarikat Cina sebab waktu bekerja, kita bekerja. Takde nak gosip-gosip, takde nak bodek-bodek.... siapa buat kerja bagus, dia akan ke hadapan.

Ada jugak yang bertanya.... kenapa tak kerja dengan Melayu? Membangun bersama Melayu. Bangsa sendiri. Siapa kata aku tak pernah kerja dengan Melayu? Itulah syarikat pertama aku berhenti 24jam. Gaya kerja yang siapa pandai bercakap, siapa pandai bodek.... dialah ke depan. Tak pandai buat kerja pun takpe. Buat kerja berkira, depan cakap lain, belakang cakap lain. Lagi best, kalau da ada group memasing. Fuh!! Masyuk, kaki kipas terus... Bukan nak merendah-rendahkan syarikat Melayu, tapi setiap kali masuk syarikat Melayu, itulah yang membuatkan aku lansung tak selesa. Mungkin hati serasi bekerja dengan syarikat Cina.

Aku terus bekerja dengan syarikat Cina, dari jawatan Projek Koordinator, kemudian Jurutera dan sampai sekarang Pengurus Projek. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini, lagi-lagi bila kita berada di atas lelaki. Dapat team yang bagus dalam kerja, Alhamdulillah. Dapat yang action pandai, tapi taknak bertanya.... payah. Bukan senang untuk berjaya.... usaha dan bekerja tanpa mengira waktu. Komitmen kena tinggi dalam bidang construction ni. 

Civil Engineering banyak cabang.... dan entah kenapa aku begitu berminat dengan construction. Moga bidang ini akan ada lebih wanita...

No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.