Saturday, May 21, 2011

kad kawen

dah nak dekat-dekat cuti sekolah ni, ramai la plan nak melansungkan perkahwinan kan? minggu ni jerk, saya dah dapat 3 kad jemputan. tu x kira lagi undangan dari fb...

yang paling serba salah tu.... 4 dgn 5 jun tu la..... rasanya kebanyakan kad dgn jemputan tu, tarikh yang sama.... huhuhuhu.... mane satu la saya nak g ni.... nak ke sana, yang kat sini pun kena g gak... hurm......... ada yang nak bg idea? hahahaha.........

kad jemputan yang saya ada..... semua tarikh 4 dgn 5 jun. 4hb hari sabtu, saya keje. huhuhu.... mcm mane tu? x housemate saya, cik sufi pun kawen time2 tu gak. alamak!!!!!! camno nak buek ni? bg idea.................................please!!!!!!

agak2 kan, kalau saya nak buat fair n square, mesti saya uat result yg gitu2 kan? tau x? hahahaha......... ala, yang gitu2 tu. xper la.... lambat g kan? ada 2 minggu g blh fikir.... (^__^)v

Friday, May 20, 2011

saya sayang dia (^__^)/

time-time ujan ni, saya rasa rindu plak dengan en suami.... tension kepala otak saya. (@__@!) saya rindu en suami. hurm.... berapa lama dah saya x jumpa dia??? hurm.... 2 bulan? 3 bulan???? hurm..... ye..... memang dah lama x jumpa.

saya rindu dia.... saya sayang dia.... hahahhaa.... meluat x? tapi, bila depan-depan susahnya saya nak luahkan.... hahahaha.... lawak kan? sebab ape tu saya xtau...... bila saya boleh jumpa en suami?? nak kena terbang ke Labuan ni.... ok x? hahahaha....... insyaAllah, settle je semua ni nnt.... akan saya terbang ke sana.........

kawan-kawan.....
doakan saya yerk..... (^__^)v

Thursday, May 19, 2011

v(^__^)/

Ya Allah Ya Tuhanku.... Berikanlah aku kekuatan untuk menjalankan semua amanah yang telah terpikul dibahuku.... Ya Allah.... rasa nak pitam ari ni. dengan badan yang tak berapa nak sihat, batuk yang rasanya amat tersiksa..... buat kerja pun menggigil ajer. sedih sungguh rasanya......

Hari ini, dengan badan yang mungkin x brape nak sihat.... saya cekalkan hati jugak ke tempat kerja. teringat esok saya ada meeting. dan report saya kena settlekan..... (Ya Allah.... terasa berat sungguh tanggungjawab ini bila badan tak berapa sihat ni.....) dan juga paperwork yang berlambak kat atas meja saya ni. o0h..... tidak!!!! kuatkan lah hati yer NORSALMIZA MUHAMAD.

en suami, memang selalu marah bila saya abaikan kesihatan... workaholic????? yes!!! ramai yang cakap saya begitu. jangan marah ye en suami. inilah cara tuk saya melupakan apa-apa masalah yang malas saya nak fikirkan.... inilah cara tuk saya menghabiskan masa saya tanpa en suami. huhuhu.... sedih je ayat kan? hahahhaha..... duk umah pun bukan boleh uat ape. tengok tv, tido... tido, tengok tv..... tv pun dah muak tgk muka saya. kan? kan? hahahaha...... tension je. baikla saya uat kerja yang membukit ni.... lg bagus.!!!!

so kawan-kawan, doakan kesihatan saya yerk. harap kembali normal seperti biasa. (^__^)

Wednesday, May 18, 2011

(@__@!)

Assalammualaikum kawan-kawan semua.... sihat? hurm.... harapan agar semua sihat sentiasa. saya???? saya masih dalam keadaan x berapa nak sihat lagi (masih sakit gigi dan batuk-batuk lagi...). Hanya Allah sahaja yang tahu.... Mood ~ ari ni mood saya x berapa nak ok. memang down gler2. tahap menyampah!!!!!! kepada siapa???? kepada seseorang..........

saya dah x kuasa nak melayan karenah orang ni.... nak buat ape kan kalau last2 kita sendiri yang sakit hati. dari hal kerja sampai la personal. semua saya rasa bosan!!!!!!!!!!!!!!! dah give up..........

saya rasa cukup lah saya sakitkan hati sendiri.... rasa dah tak tertanggung dah. semua macam..... entah la. saya xtau nak luahkan rasa saya macam mane.... ada orang yang faham ke? hurm.... semua xkan faham....


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Petang semua...... sihat? saya masih batuk2.... oh tidak!!!!!!!!! cdey... bila la nak ok ni kan? hehehehe.... now, ujan tengah mencurah2 di Seremban. sejuk.....!!!!!!!!! kan best kalau kat office ni ada tilam dgn bantal. fuhhh!!!!! syoknya.

hari ni Hari Guru..... mcm mane lah agaknya sambutan hari guru tahun ni erk? dah lama saya tinggalkan alam belajar ni. harap2 semua enjoy.....

saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia.... terutama cikgu2 SEKOLAH KEBANGSAAN KG. SHAFIE, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BENTONG, KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA....

dan juga untuk ma tersayang, PUAN KAMSIAH BINTI HAJI BAJURI.... =)

semoga tahun ini dan tahun2 akan datang.... lebih berjaya lagi.

Saturday, May 14, 2011

takdir Allah

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.... (^__^)v

sihat semua? saya demam.... (@__@!) cdey sgt. malam tadi xleh tdo. Ya Allah.... dugaan sangat rasanya. sampai nangis2 saya tahan sakit. dah la sensorang je kan... almaklumlah en suami jauh di sana. saat2 macam ni la, saya rasa saya amat2 perlukan en suami. en suami faham x???? huhuhuhu...... cepat2 posting semenanjung. saya rindu sangat kamu. huhuhuhu......

ok!!!! berbalik kepada title kat atas tu.... ni saya nak bercerita tentang seorang kawan baik saya masa sekolah menengah dulu....SMKSB. saya teramat terkejut bila semalam, buka wall fb dia.... ada ucapan takziah buat dia kerana kehilangan ayah tersayang. terkejut sangat....... dan yang paling saya terkejut adalah kehilangan anak yang dikandungnya juga. Ya Allah.... hebatnya dugaan dia.

dan selepas saya membaca wall dia, saya terus menelefon seorang kawan saya yg selalunya memang update tentang kawan2 SMKSB.... tapi... dia juga agak kurang maklum. hurm..... selepas difikir2 kan... saya buat keputusan untuk direct kepada kawan baik saya ni.

dan malam.... lebih kurang pukul 8++, saya pun taip msg dan dihantar kepada dia. dan x sampai 5 minit, dia membalas dan mengiyakan semuanya. Ya Allah, Kau berikanlah dia ketabahan, kekuatan untuk menghadapi semua dugaanMu Ya Allah.... sedihnya. saya sangat2 simpati... seminggu selepas ayahnya pergi, anak yang dikandungnya juga menuruti arwah ayahnya.

saya sebagai kawan baiknya.... akan mendoakan dia. akan sentiasa....... doakan. harap dia redha dengan semua dugaan itu.

Kawan2.... mari lah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayahnya dan anaknya....

Thursday, May 12, 2011

(^__^)v Siap juga....

Assalammualaikum dan Selamat Petang.... keseorangan di office. Alhamdulillah, akhirnya paperwork untuk projek Bera telah siap. Bersyukur sangat2, selepas apa yang saya hadapi... akhirnya siap juga kerja saya.

dan esok, saya akan tumpukan perhatian untuk projek Melaka dan insyaAllah... projek2 seterusnya. ye kawan2..... niat di hati nak sambung master. insyaAllah, intake UiTM September 2011, saya adalah di antaranya. Aminn....

Kerja dan Belajar.....????? agak2 boleh x saya mengharungi semua tu? InsyaAllah... doa2 kan saya.



Ikhlas dan Salam Sayang;

bukan no plat sebenar

!$#%^&*()*&^$#$%^&............................ pergh!!! selamat pagi kawan-kawan. ni nak announce yer, saya dah tahu nape kereta kelisa smlm tu melarikan diri.... hal ini disebabkan, NBX 9099 tu bkn no plat sebenar kereta tersebut. no plat tu kereta vios... o0ooo... patutlah diaorg melarikan diri secepat mungkin. pusing2 dan xd.... heehehehehe.... macam-macam orang kat dlm dunia ni kan?

k la allll...... cukup dulu untuk pagi ni. nnt kita sambung next entry. byee................~

Wednesday, May 11, 2011

NBX 9099.... anda dlm perhatian kami!!!! jaga-jaga!!!

ye kawan-kawan..... ari ni nak cerita tentang pengalaman dilanggar lari. hehehehe..... dan akibatnya >>>>>>>>>>>> lihat gambar di sebelah.

alkisahnya terjadi apabila kami (saya dan Hafiz) sedang on the way nak balik ke office. sedang kami keluar simpang, tiba-tiba ..... (saya rasa mcm kereta tu termasuk dlm lubang) hafiz cakap, alamak, kereta tu langgar kereta kita la. dan2 tu gak si kereta kelisa tu lari menciput ilang entah ke mana. hafiz dengan muka gangster nya, telah cuba untuk mengejar kereta tersebut dan malangnya kereta kelisa itu ilang di dalam arus2 kereta yang banyak tu. (alamak, ayat skema gler!!!!!! hahahaha.... lawak). saya sempat melihat no plat kereta tersebut..... ye kawan2 kereta tersebut, PERODUA KELISA warna SILVER dan no plat NBX 9099.... bumpernya jatuh, lampunya pecah..... tapi.... tetap melarikan diri. saya rasa driver dia xd lesen.... tengok mcm budak g.

Dan...... Hafiz dengan muka garang, tension dan penuh keterpaksaan telah pergi ke Balai Polis Trafik Seremban 2 untuk membuat report. cinabeng betul.... dah langgar, lari plak. tension je saya.... kalau kita yang hati-hati, orang lain plak yang ngengada sgt bawak mcm cipan..... !%$$&*&^^$^&*()(&^%$# betulla....... =)

Monday, May 9, 2011

(@__@!) sakit gigi

Hari ini, ketika ini..... saya di Bera. Sedang main kira-kira dgn consultant untuk final remeasurement projek di Bera ni. pening kepala + sakit gigi..... (@__@!) naik pita saya menahan sakit. dah la malam tadi, saya memang x boleh tido sebab rasa sakit yang teramat sangat. oh tidak!!!!!! harap2 cepatlah sakit ni hilang.......

nak ke klinik? huhuhuhu..... cdey. saya seorang yang penakut nak ke klinik.... lebih2 lagi klinik gigi. lagi la xnak g. oh!!!!!!! gigi saya sakit lagi. jap2 lagi, nak kena g cabut gak gigi ni. harap2 x sakit la.....

no idea~ see you all next entry.

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU

Hebatnya Seorang Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam http://www.emocutez.comAlhamdulillah.... Pada pagi yang insyaAllah sentiasa diberkati Allah ini, saya NORSALMIZA BINTI MUHAMAD, ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU-IBU di seluruh dunia TERUTAMA kepada ma saya PUAN KAMSIAH BINTI HJ BAJURI.

Mungkin ada yang akan berkata... kalau kita nak hari2 pun boleh jadi Hari Ibu.... tapi, mungkin ada 1 hari yang akan menjadi tunjang kepada hari2 itu.... akak sayang ma dan abah. http://www.emocutez.com mungkin akak bukan yang terbaik tapi, insyaAllah akak nak jadi yang terbaik untuk ma dan abah. Amin......

~sELAMAT hARI iBU~

Wednesday, May 4, 2011

lalalitamplom.... oh tidak!!!

lalalalalalalala..............lama sudah rasanya x meng 'update' semua data ke dalam blog saya ini. 'data'???? oh tidak.... kepala ni dah tersampuk dgn kerja-kerja office plak. fuh..... !%$&^**^%$#$......... sihat sudah. hahahahahha......stabil sudah.

ni kawan-kawan.... saya mahu bercerita tentang si tuuuutttt ni.... ingat x, ada 1 entry tu yang saya marah2 kata en suami saya tu husband org? ingat x? ingat x? x ingat? x ingat xper la.... hehehehhe.... tapi, entry tu mengisahkan ada la seorang 'makcik' ni dgn senang hati telah meng 'war-war' kpd semua org yg en suami saya tu husband org. tu sbb nya, saya ni selalu balik kg sorang2. ingat x? hahahahaha.... yg itu la...

kali ni, saya nak buat entry khas untuk 'makcik' tu.... baru2 ni, ada la kenduri kat umah dia. rupa2nya, anak dia yang baru lepas SPM tu kawen. ada la suara2 sumbang yg bercerita, anak dia tu gatai betul. kawen cepat.

Ye kawan2.... jgn sesekali kita mengata orang. sekarang ni, Allah bayar cash kat dunia. dulu kena kan org, skarang, diri sndr yg terkena.... nak cakap ape kan? sonyap yo la......