Monday, April 30, 2012

Entry terakhir untuk bulan April 2012

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.... v(^___^)/

Mood agak baik... sebab Persiaran Kewajipan ari ni tidak JAMMED. diulangi TIDAK JAMMMED. agak hairan gak la. tapi, terfikir esok kan 1st May (Hari Pekerja) so, confirm ramai yg amik direct cuti kan. balik kg ke... g cuti2 Malaysia ke... kan?


Entry ni saya taip dalam office. hahaha... ^___^ Pagi-pagi yang nyaman je. sunyi je level saya ni. sebab bdk kepoh (Si Zana HR) tu cuti. hehehe.... tapi, confirm petang ni... saya ngantuk. sebab selalunya dia la radio hot Prisiptek.


So, hari ni hari terakhir untuk bulan April... Mcm mane anda di bulan April? ok? Hurm.... Saya? Agak seimbang la. Nak kata bagus... ada time kelam kabut jugak. nak kata tak bagus.... ada masa, saya rasa lebih baik dari bulan lepas. so, rasanya natural je, seimbang. kan?


InsyaAllah.... bulan depan (esok da May pun)... en.suami akan bertukar ke Semenanjung. Signal tukar ke Butterworth. Takpela, janji di Semenanjung. So, saya mengharapkan kehidupan kami bertambah baik. Perhubungan kami semakin baik, rapat dan erat... dan saya juga mengharapkan kehadiran insan ketiga (cop cop!!! bukan suh beliau kawen lain ok!!!)....insan ketiga tu, anak la kan.... ^___^ bukti kasih sayang kami... cinta kami... rasanya, sesuai sangat da kot kami menuju ke arah yang satu tu.


^___^ untuk study.. saya mengharapkan semuanya berjalan lancar. Assignment, Project... semua berjalan dengan baik. Test dan Exam... diharapkan saya buat yang terbaik. dan mendapat result yg bagus. Final exam bulan June. So, harap bulan May ni saya boleh ketch up semua subject yang agak2 x dpt tumpu sebelum ni. Amin... moga semua berjalan lancar.


dan untuk carier... saya harap... semua berjalan lancar. semangat nak bekerja tu sentiasa berkobar-kobar la. xde la asyik xde mood je mcm dulu2 kan? hehehe.... moga-moga....


So..... ^___^ itu harapan saya untuk bulan May. Moga semuanya baik-baik sahaja.

Sunday, April 29, 2012

mood : cuti-cuti Malaysia

here we go.....!!! ^___^

nak ke mana la agaknya kan? mood nak cuti-cuti jap. hurm.... nak honeymoon entah kali ke berapa ntah. bagi la can kan? jarang jumpa. confirm la nak spend time together. hahaha.... ayat memang xleh blah. gatai semacam....

tengah amik mood cuti-cuti Malaysia ni. tengah fikir-fikir nak kemana ni. Ada sepupu ajak g Bkt Tinggi. Lepak dalam 2 ari kat sana. Colmar Tropicale tu la... dulu, saya da pernah kursus kat sana. So, not bad la... ^___^! tempat sejuk, cantik and nyaman sgt2. sesuai la untuk honeymoon kan?

Dalam kepala ni, ada nak g Cameron Highlands la... Langkawi la.... Haiyak!!!! Geram. Tapi, en.suami cakap... nak g jauh2 kena fikir, beliau xleh cuti lama-lama. time off je leh g. so, kita g dekat-dekat je la. Hurm.... Paling dekat PD (hek eleh, baik lepak2 kat umah je).... so, rasanya better spend time kat Bkt Tinggi dulu kot. Jalan-jalan berehat. ^___^ kan?

G pun, saya pun kena fikir.... saya student. xleh nak ponteng-ponteng kelas. kan? kan? so, dalam masa yang terdekat ni.... Bkt Tinggi pilihan yang paling sesuai. ke ada yg lebih baik? meh share sesama....


Wednesday, April 25, 2012

demam =______=

da lama x demam.... demam urat ni, hehehe.... semua badan sakit-sakit. kaki pun crammed. sakit... da la sorang je, sedey. bila la en.suami nak balik cni ni.....

dari semalam, mmg rasa x sedap badan... ari ni, lansung x bangun. hurm...

x suka bila berkeadaan begini, tapi.... en.suami tiada di sisi. hurm... jeles tengok mereka-mereka di luar sana. hidup normal seperti pasangan lain. tapi.... kami???

=_____=! xpe la. harap-harap posting en.suami berjalan dengan lancar.






Sunday, April 22, 2012

Kawan Baik

Salam Ahad.... ^____^

Da beberapa hari tak update blog ni. Tak tau nak update ape. Rutin sama je, tapi jari jemari ni gatai je nak update entry. Entah la.... Mood plak natural je. Sedang sibuk membaca novel ' Awak Suka Saya Tak?' penulis Melur Jelita. hehehe.... terbaik sebab buat saya angau sepanjang membaca novel tu. Terasa hero dia sangat-sangat cool dan macho.

Ok... Berbalik kepada entry hari ni. Saya nak update entry tentang kawan baik. Nak bercerita tentang kawan baik. Anda semua ada kawan baik? Kawan yang susah senang bersama.... :) yang sentiasa berada di dalam hati anda semua termasuk saya.

Saya ada seorang kawan baik. Kami kawan dari Diploma lagi. Saya tegur dia dulu semasa pendaftaran. Saya beratur di belakangnya. ^___^ Nur Najwa Amirah binti Shariefuddin.


Orangnya sangat lemah lembut.... Senyum je ada dimple. ^___^ comei sangat. Yang boleh saya katakan kami berlainan sangat. Sangat-sangat kontra. Tapi disebabkan berlainan itu lah, kami akrab sehingga sekarang. Dia dengan keayuannya dan saya dengan ke'brutal'an saya. Alhamdulillah... Moga persahabatan ini kekal untuk selamanya.

Sekarang masing-masing da mempunyai keluarga sendiri. Najwa pun sekarang sarat mengandung anak ke-2. Anak ke-2... Saya? On d way... baru nak merangkak. Hahaha....

Dan sekarang saya ada kawan baik baru.... ^___^

Mohd Zulkarnaen Abd Wahab.... =____=! sangat cool. Juga berlainan amat dengan saya. Tapi, alhamdulillah kerana kelainan itu juga kami bersama juga dan semoga hingga ke akhir hayat kami. Amin....

Wednesday, April 18, 2012

driver o0o driver...

Kita nak bercerita sikit ni... dua tiga ari ni, kita sakit hati sikit dengan sesetengah pemandu lori yang tak bertanggungjawab... dan mungkin tak berperikemanusiaan sikit. Al-maklum lah, mereka kan boleh dikategorikan bawa kenderaan yang besar kan... mana la nampak kereta-kereta comei macam kita ni.


Nak dijadikan cerita, malam tadi paling kita hangin.... time on d way balik dari kelas tu... kita tengah elok-elok bawa kete (semangat sebab da nak sampai umah)... tetiba sampai kat satu selekoh tu.... ada lori ni (lori yang bentuk macam lori ais tu)... bawa lori tu dengan laju... then, potong semua kete dekat selekoh tu. Nasib baik la, (sedar diri kete comei kan?) kita ni sempat mengelak ke tepi... kalau tak, da arwah kot... kalau baru lepas ujan la tu, mungkin kita yang terbabas ke tepi. elak lori tu, last-last kita yang excident... nape la macam tu sekali kan? berbakul-bakul la kita maki driver lori tu... nak sumpah seranah kang, takut plak dia tu banyak anak... x sia-sia masin mulut ni kang... habis semua. tapi, tu la... kita rasa kecewa sangat dengan sesetengah pemandu lori ni...


lagi satu, yg ni kita ingat no plat dia KCY 2795... lori mcm lori ais tu gak la... da la potong 'Q', pastu menghimpit kita macam kita plak yang potong 'Q'... dengan xde bagi signalnya. boleh plak 'ramp-ramp; enjin dia.... hurm... kita memang sakit hati, siap tunjuk penumbuk dekat driver lori tu. Apa salahnya, dia bagi signal, minta izin... bukannya kita kedekut sangat. Macam nak masuk umah orang lah kan, bagi salam... ni x, suka hati mak datuk dia je.... kita geram... geram sangat.


Hurm... tolong lah tolak ansur sikit kan... kita semua nak selamat sampai... sama-sama cari rezeki. so, sama-sama la kita bekerjasama. Kan?





Sunday, April 15, 2012

Hari Hari Aku Rindu SCORR ~lirik~


kita tau kita susah sangat nak cakap
kita sayang dia
kita rindu dia
semua tentang dia

tapi
moga dia sentiasa tahu
hanya dia di hati kita



Bila Kau Kata Kau Sayang - SCreen (Lyric)


kita rindu dia
terbayang-bayang senyuman dia

kita suka bila dia cakap dia sayang kita
bila dia cakap dia rindu kita
pastu
dia senyum tengok kita

arghhh.... kita angau dengan suami sendiri

cepatlah dia posting sini
kita takut kita tak kuat lagi
kita takut kita tak mampu lagi
kita
rindu sangat kat dia

dia.. kita...

kita rindu dia
rindu senyuman dia
rindu gelak tawa dia

dia selalu cakap kita degil
kita degil sangat ke?
kita tau kita degil
tapi
kita suka dengar dia membebel
kita suka dengar dia bagi nasihat
kita suka dia marah-marah
sebabnya
kita tau dia sayang sangat dekat kita

dia selalu cakap
dia tak penting bagi kita
kita sedih sangat
tapi
kita buat tak tau aje
yang penting
kita dengar dia membebel
dengar dia membebelkan kita
dengar dia marah-marah kita
sebab
kita tahu
selagi kita dengan dia tak berbaik
dia akan ingatkan kita

berlainannya kita dengan dia
dan
mungkin kerana kelainan itu lah
kita ada dia







Saturday, April 14, 2012

E-Novel II

ok... ini kesinambungan entry e-Novel yang lepas... ada antara kawan-kawan saya yang bertanya, blog mana yang saya suka sgt terjah... sampai buat saya suka senyum sorang-sorang and kerut-kerutkan... ^__^ so, ni antara blog-blog yang saya suka sangat terjah dan tertunggu-tunggu entry terbaru mereka...

AKU JUGA INGIN DICINTAI
http://teratai2201.blogspot.com/2012/04/aku-juga-ingin-dicintai-bab-28.html

JADUAL CINTA KITA

RYNSYA RYC

AYUMI SYAFIQAH

SARA AISHA

TARIAN JIWA

SEIRAS

KAHWIN GANTI

E-MAN SUFI

SEJUTA KASIH QAIRINA

ACIK LANA

D'VOGUILLEY

DAH JODOH

CALON ISTERI JUTAWAN

SURI RYANA

DAN LAIN-LAIN LA...


ok... kalau rajin... g la terjah blog-blog diaorg. layan... memang meletup. ada antara mereka da keluarkan versi cetakan. dan SAYA antara peminat mereka. hurm... yang belum keluarkan lagi... saya sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.

ok kawan-kawan? da puas hati... ada banyak lagi penulis yang berbakat yang saya x tulis... so, rerajin la klik kat intai-intai saya tu...






Thursday, April 12, 2012

E-Novel

Sehari kalau x menjenguk e-novel kawan-kawan memang tak sah... semacam saya jadual kehidupan seharian saya x lengkap. kalau di pejabat, sanggup pagi tu walau sesibuk macam mana, saya akan pastikan saya dapat membaca entry mereka.. ^___^ tersenyum-senyum sendiri membaca update entry mereka. 

Kadang-kadang terfikir, macam mana lah mereka dapat idea-idea yang bagi saya terbaik tu... boleh buat semua pembaca tertunggu-tunggu entry diaorg. pastu, tersenyum-senyum sambil baca entry tu. kalau cerita tu sedih, confirm muka saya berkerut-kerut.. =____=! 

hurm.... tabik spring la pada mereka ni. yang boleh buat hari-hari saya lengkap seperti biasa. tapi, kalau hari cuti ada antara mereka yang x update tu... adoi ai... sedih semacam je rasa. cepat la isnin... hehehe.... harapan saya, moga mereka ini akan meneruskan dalam bidang penulisan ini dan mengeluarkan idea-idea mereka dalam versi cetakan pula. dan yang pasti... SAYA antara pembelinya. ^___^ gud luck u allz..!!!!

Wednesday, April 11, 2012

Malas...

Kemalasan di pagi Rabu.... ^__^

Malasnya saya nak bangun hari ini... Malasnya nak buat 1 benda pun. Kalau boleh, nak manjakan diri je hari ini. Nak golek-golek atas katil... Nak berehat aje. Tension sikit malam tadi akibat jawab test OR yang soalannya agak mengelirukan. Aisheh... Tension sangat rasanya. Shikin sampai terus xde mood nak g karaoke, dan totally rancangan kami dibatalkan... =___=

Semalam, saya bekerja 1/2 hari.. and the reason why is konon-kononnya nak study la. Then, ada gang plak. So, lepak-lepak dengan Siti sambil bincang-bincang.. Shikin datang lebih kurang koi 4.30petang. Study sikit, then kami makan tutti frutti... Fuh!!! akhirnya dapat gak melepaskan keinginan tuk makan tutti frutti. ^___^! Thanks kawan-kawan....

Pastu, g jawab exam.... then, it's very bad. Oh Allah.... Nak kata x study kemainnya habis time cuti asyik study OR jerk. mungkin xde rezki... tu yang buat mood terus jammed tu. Haiyak!!!! sian kami.

Last-last, Shikin g jumpa her scandal... Saya dengan Siti lepak-lepak dekat D'Mamak Taman Melati. hurm... Oklah, janji stress hilang. Cerita-cerita, then..... balik umah terus flat. dan tdo. Nasib baik badan letih, so xde masa nak fikirkan test yang entah pape tu. So, syiok je tdo. 

Moga semuanya terbaik untuk saya. Amin....

Saturday, April 7, 2012

Kemas umah

Assalammualaikum semua.... Fuh, da nak pukul 12. Tapi, mata saya bulat semacam je lagi. Almaklum lah, petang tadi da balas dendam. Tdo sampai x hingat dunia.

Ingat macam nak kemas umah. Tapi, bila pegang je semua barang-barang, xtau da nak letak mana. Haiyak!!! mcm mane ni? Barang saya pun da x tau nak letak mana, ni belum lagi bila en.suami pindah balik sini. Tak tahu nak letak mane nanti. Bilik ketiga yang konon-kononnya nak buat bilik study + kerja da macam jadi bilik store da. Poning...!!! Mano den nak lotak semua barang ni? Ada idea tak nak letak mana semua barang-barang tu? Ke saya kena tambah wardrobe dalam bilik? Adeh........

So, idea nak mengemas tu mula pending~ (eleh... cakap je la malas nak mengemas. ni confirm nak tdo ni) hahaha.... ~ so, idea.... Please datang.



Surprise from Labuan..

Assalammualaikum semua.... ^___^

Baru balik dari kelas... dan lepak-lepak makan dengan Shikin Aziz. Test malam ni.. lawak. main buat jerk. hehehe.... janji jawab soalan yang dia nak. ok tak? hehehehe.... duduk sebelah, rapat-rapat dengan Shikin Aziz pu, confirm jawapan xkan sama punya. 

Ok... Entry ari ni, nak cerita pasal surprise dari Labuan. Nakal en.suami. Blushing saya asyik kena usik dengan budak-bidak office. Jeng-jeng..... 


Tara...... da buka balut, baru teringat nak amik picture. 
Cakap dengan en.suami pembalut hadia tu warna pink. hehehe.....

Bila da buka.... Tara...... my feveret cokelat. Thank you en.suami.
Love you so much...

Ini, untuk officemate. Sape yang lalu lalang tu, sila amik satu yerk.

Wah, x perasan ada kad. Romantik betul ni... Ada pape ke?

Ape pun, thank you en.suami. Really appreciate it. Love you so much....

Wednesday, April 4, 2012

Entry tengah malam...

Assalammualaikum.... dan Salam Rabu. ^__^ da Rabu da... peace... v(^____^)/

Alhamdulillah... hari-hari yang berlalu amat menyenangkan walaupun sedikit penat. Ari ni, bersemangat nak menyiapkan solution untuk semua latihan OR time kelas tadi. sampai umah pun mata still bulat je lagi sambil di temani rancangan feveret CSI ni.

Mcm biasa.... ari ni, xde sangat cerita menarik. Hanya bincang dengan ikin, tuk study sama-sama. Hurm... Jumaat ni test environment... da settle untuk minta balik awal. Next week test OR (ari Selasa), da settle apply half day. Takpe la berkorban sikit. Bulan 5 atau 6, kalau ada rezki lebih nak terbang ke Labuan. Nak settlekan pertukaran en.suami. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Amin....

So, untuk esok... kerja macam biasa. Cuma, lepas kerja nak ke UiTM untuk discussions group untuk kelas management. Harap-harap semuanya ok la... :) Harap tahun ni, tahun yang bertuah untuk saya dan semua... Amin.. 

Monday, April 2, 2012

jiwang karat...


“Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

en.suami
kita nak cakap something ni

kita rindu sgt2
kita rasa kita sebak sekarang ni
rasa mcm nak terbang ke sana
nak peluk
nak lepaskan semua rindu kita

en.suami
ari-ari kita doa pada Allah
moga Allah makbulkan permintaan kita
sentiasa dekat mcm org lain
moga kasih sayang kita kekal hingga akhir hayat kita

sayang sangat-sangat
cinta sangat-sangat
rindu sangat-sangat

moga kasih sayang kita sentiasa diberkati dan diredhai-Nya




Pagi yan indah ini....

Assalammualaikum..... dan Selamat Pagi.

Tersangat pagi da bangun. Bangun tuk sahur dan study. Mencari information tuk assignment yang tertangguh malam tadi. Dikejutkan en.suami.... dan bermula dengan makan kemudian mula mencari information. Alhamdulillah... terasa semangat itu. Semangat untuk memulakan hari ini, dan terasa semangat as a student tu. Moga semuanya diberkati Allah... Moga semua usaha ku ini akan mendapat keredhaanNya.

Pagi yang tenang ini, ditemani bacaan Al-Quran... membuatkan kita rasa rindu sangat dengan en.suami. Alangkah indahnya bila ditemani dengan gelak tawanya, usik mengusiknya... membuatkan hati ini sangat rindu. Tapi, ketentuan Ilahi, moga semua ini menjadi cabaran buat ku untuk terus ke hadapan dan berjaya. Amin...

Kita doakan moga hari ini berjalan dengan baik dan moga semuanya diberkati Allah. Amin....

Sunday, April 1, 2012

missing him...


mula-mula kita nak cakap
kita rindu sangat dekat dia
rindu pada senyuman manja dia
sejuk je hati kita
tenang je rasa bila tengok dia gelak ketawa
kenapa la rindu sangat ni?

dia suka buat hati kita berdebar-debar
bila skype aje dia kata dia rindu kita
dia biu kita sangat-sangat
..tapi..
kita cakap dia ngengada
bukan kita x rindu dia
jauh sekali x sayangkan dia
..tapi..
kita malu
muka kita jadi merah
senyum kita jadi x tentu arah
alahai.... comei je kita tengok dia
geram betul

hari-hari kita doa
moga Allah sentiasa dekatkan hati kita dengan dia
moga jodoh kita dengan dia akan kekal sampai bila-bila
.....AMIN....

WALI BAND DOAKU UNTUKMU SAYANG


saje je nak jiwang-jiwang kejap.... sebab teringatkan en.suami di sana. rindu sangat-sangat....