Sunday, April 22, 2012

Kawan Baik

Salam Ahad.... ^____^

Da beberapa hari tak update blog ni. Tak tau nak update ape. Rutin sama je, tapi jari jemari ni gatai je nak update entry. Entah la.... Mood plak natural je. Sedang sibuk membaca novel ' Awak Suka Saya Tak?' penulis Melur Jelita. hehehe.... terbaik sebab buat saya angau sepanjang membaca novel tu. Terasa hero dia sangat-sangat cool dan macho.

Ok... Berbalik kepada entry hari ni. Saya nak update entry tentang kawan baik. Nak bercerita tentang kawan baik. Anda semua ada kawan baik? Kawan yang susah senang bersama.... :) yang sentiasa berada di dalam hati anda semua termasuk saya.

Saya ada seorang kawan baik. Kami kawan dari Diploma lagi. Saya tegur dia dulu semasa pendaftaran. Saya beratur di belakangnya. ^___^ Nur Najwa Amirah binti Shariefuddin.


Orangnya sangat lemah lembut.... Senyum je ada dimple. ^___^ comei sangat. Yang boleh saya katakan kami berlainan sangat. Sangat-sangat kontra. Tapi disebabkan berlainan itu lah, kami akrab sehingga sekarang. Dia dengan keayuannya dan saya dengan ke'brutal'an saya. Alhamdulillah... Moga persahabatan ini kekal untuk selamanya.

Sekarang masing-masing da mempunyai keluarga sendiri. Najwa pun sekarang sarat mengandung anak ke-2. Anak ke-2... Saya? On d way... baru nak merangkak. Hahaha....

Dan sekarang saya ada kawan baik baru.... ^___^

Mohd Zulkarnaen Abd Wahab.... =____=! sangat cool. Juga berlainan amat dengan saya. Tapi, alhamdulillah kerana kelainan itu juga kami bersama juga dan semoga hingga ke akhir hayat kami. Amin....

No comments:

Post a Comment

Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.