Monday, August 29, 2022

ZURIAT

Hari ni Isnin yang penuh dengan emosi... Allah menjentik sedikit rasa hati ini. 
Biar apa pun korang nak bercakap tentang aku, aku tak kisah. Cukup hanya Allah saja yang tahu jalan hidup aku. Susah payah aku, suka duka hidup aku. Makan aku cukup atau tak, semuanya aku simpan rapat.

Tapi....
Bila kau bercakap tentang zuriat, serius, ianya sangat melekat dalam hati aku. Allah saja yang tahu. Hinanya aku pada pandangan orang. Bukan aku minta tidak dikurniakan anak... Aku tak tahu apa aku rasa. Aku taknak berkongsi cerita dengan husband aku, sebab aku tau beliau akan naik marah. Kenapa disoalkan rahsia Allah. Aku cuba untuk positif. Sungguh.......

Anak mummy.... doakan mummy kuat. Anak mummy tunggu mummy dengan daddy di syurga kan? 

Saturday, August 20, 2022

REPEAT KP CAMP KALI KE-2

Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Fuhhhh.... berhabuk sikit da blog kita. πŸ˜…πŸ˜…

Awal bulan ari tu, kitaorang repeat camping dekat KP Camp. Kali ni, kami pergi siang. Sabtu pagi lebih kurang jam 11.30pagi da gerak keluar dari Labuan. Fokus utama diaorang nak mancing, then Mza tumpang untuk release stress ja la. Tak boleh lama sangat, sebab bulan ni banyak benda nak kena settlekan.

So, kami sampai di Menumbuk lbh kurang jam 1pm dan terus ke Kuala Penyu. Diaorang nak beli bento untuk tangkap ketam nanti. Sampai ja KP Camp, pakcik Nasir da inform ada juga yang dtg camping selain kami. So, bila sampai tengok da ada yang set up tent la. Cuma, kami da booking tempat yang kami nak la. 

Kali ni, husband set up tent tu lama sikit sebab tent baru dan tak pernah set up lagi. Lambat sikit. Betul orang cakap, nak pacak khemah tepi pantai, hati kena kuat.


So, lepas pacak khemah... kami makan tengahhari. Kali ni, kami tak buat BBQ sebab kami perap daging dan buat grill and steamboat. Memang planning duduk KP Camp nak makan grill & steamboat aja. 

So, aktiviti lepas pasang khemah... aku hanya rehat. Diaorang set up diaorang punya pancing. 

Malam tu, aku just baca novel dan diaorang pegi memancing. No special activity la. Rest dan rest ja dekat KP Camp kali ni. Cuaca sangat-sangat baik.

Second day dekat KP Camp...... takde aktiviti sangat. Kami melepak dan jenjalan dekat pantai ja. Diaorang pegi Pekan Kuala Penyu. Aku hanya lepak sambil baca novel.






Aku belanja view dari KP Camp. Maybe kalau korang pergi sebelum PKP dulu lagi cantik. Sekarang ni, diaorang baru nak set up semula. Tapi, view pun memang da cukup cantik.

Cumaaaaa..... malam kedua, lebih kurang jam 11mlm-1pagi, kami kena angin ribut macam sebelum ni. Kali ni, aku lepak dalam khemah dan da boleh rilex la. Melayan angin tu sampai tertido. Aku bertiga memang tak keluar khemah sebab yakin khemah kami ok. Cuma, khemah yang 2 lagi tu, tak sure macam mana. Husband aku cakap, diaorang duduk di luar khemah.

Aku memang tido terus sebab pagi esoknya nak balik awal. Feri jam 10 dari Menumbuk.

So, kali ni..... puas hati sebab kali ni betul-betul lepak tepi pantai dan rest sangat. 




Thursday, August 4, 2022

LABUAN

2019 - sekarang.....

Pejam celik, pejam celik.... dah 3thn+ duduk di Labuan. Apa yang aku suka sangat Labuan ni? Kalau aku nak ceritakan betapa tenangnya Labuan (jangan cakap pasal air dengan elektrik la.....) betapa berbezanya dengan KL. Sangat berbeza la. Yang tak best pun ada. Jangan assume semua best la. Mana ada yang perfect macam ko impikan. Kannnn?

Bila ko duduk sini, ko akan jatuh cinta dengan sunset dan sunrise dia. Itu yang memang paling aku jatuh cinta duduk sini. Pulau yang cantik. Ko akan dapat view sunrise dengan sunset yang sangatttttt cantik. Meh aku share sikit view dia....




Cantikkan???????? Ni pakai phone je. Aku memang jatuh cinta betul dengan pantai sini. Jangan cakap takde sampah macam Semenanjung la. Ada ja. Terutama area pendatang la. Mereka ni macam lansung tak sayang kawasan tempat tinggal diaorang. 

Selain barang lagi mahal dari Semenanjung, ko takkan dapat makanan yang sama rasanyalah. Kadang-kadang barang yang ko nak, berminggu takde dekat Labuan sebab takde stok sampai. Jangan hingat kalau takde kat kedai pertama, ko boleh pergi kedai kedua atau ketiga. Kalau memang takde lori bawa masuk, 1 Labuan ko round pun memang ko takkan jumpa.

Banyak pahit manisnya duduk Labuan ni. Ko akan rindu bila ko keluar. Ramai orangnya yang baik-baik. Walau sini berpuluh tahun ketinggalan kemudahannya dari Semenanjung, ko akan rasa kehebatannya dengan insan-insan sekeliling yang sangat baik dan penuh dengan rasa hormat mereka. 

Ko pasti akan rindu...........


Monday, July 25, 2022

GRILL & STEAMBOAT

Aku dengan husband memang jenis kaki makan.... Sejak duduk Labuan ni, memang kena bertahan sikit la sebab nak mencari makanan yang memenuhi citarasa kita memang susah sikit. Kalau teringin sangat, mesti kena masak sendiri.

Grill & Steamboat dulu susah nak cari dekat sini. Kalau ada pun, ada la 1 atau 2 buah kedai yang aku duk ulang 1-2 kali. Dah bosan asyik kedai yang sama, husband aku da start bersuara... kalau beli tempat grill & steamboat tu, senang. Bila husband da start bersuara, aku pun try la usha kat Shopee. Lastly........ Alamakkkkk...terbeli plak.


Banyak sebab kenapa aku beli... Lama dia dalam cart aku. Lepas duk fikir, aku beli la juga akhirnya. Time kat umah blh buat dan kalau kami camping pun, boleh bawa. Tak payah dah nak BBQ sangat, sebabnya aku pun selalu camping bertiga ja.

So, disebabkan perut aku ni da meragam selama seminggu lebih... Husband aku ajak la buat grill & steamboat. Nak membuka selera katanya. Sabtu tu, beli la bahan-bahan. Tapi, buat daging ja sebab kami memang jenis makan daging, ayam tu kureng sikit.


Bak kata husband, makan la sampai puas. Beli plak macam ko nak makan 5-6 orang. Hambikkkkkkk.... Dari Sabtu malam sampai Ahad malam baru habis makanan tu. Alhamdulillah... makan sampai puas katanya.

Next......... maybe repeat ke KP Camp kot. πŸ˜‰





Saturday, July 23, 2022

FOOD POISINING + DEMAM + HIGH BLOOD PRESSURE

Actually da nak dekat sebulan ko rasa badan ko x berapa nak sihat. Cepat ja battery badan tu jadi weak. So, bertahan punya bertahan... 


Akhirnya....... terlantar gak. Ni pun sebab ko teringin nak makan oyster. Sekali ko tibai 2kg, apooooo.... Cirit birit sampai malam pun ko tak tdo. Hari pertama boleh tahan lagi, hari kedua....... aku dah tak tahan. Husband aku bawa aku check in klinik. Hahahahahaha....


Check je... da la memang cirit birit. Dekat klinik pun aku da pening. Orang kemain ramai. High blood pressure la jawabnya. Hamikkkkk... 159/116. Nurse tu terus bawa aku masuk bilik then suruh aku baring, rest katanya. Nak rest mcm mana weiiii.... Ko duk ulang alik tandas. Lagi stress rasanya. Da nak dekat 3 jam ko baring, x juga ok. Doktor pun cakap, balik umah makan ubat tido. Kalau cirit birit tu tak ok juga, datang balik (dari Isnin sampai sekarang........ aku masih lagi cirit birit). Selasa aku MC. Nak je aku g klinik balik tapiiiiiiii minggu tu aku meeting wei.

So, siapkanlah report. Ko terbaring ke, tertonggeng ke... yang penting ko kena siapkan report Miza!!!! Nasib baiklah kat mana ja ko berada, report ko boleh disiapkan. Melainkan kalau ko x sedokan diri la. Bulan ni, tiada perubahan sangat dengan projek sebab masalah material masih ada. 


Alhamdulillah... walau masih dalam keadaan perut yang tak berapa sihat, meeting berjaya dihabiskan. Balik dari meeting, aku siap pesan dengan husband aku... Kalau ari ni, pengsan pun xpe. Aku memang sakit perut lagi.

Cuak la member tu. Bini dah la xde selera nak makan. Dia masak bubur pun, aku makan sikit ja. Aku duk ulang alik tandas pun dia tunggu. Makan ubat, aku tido dengan harapan perut aku ok. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hebat betul penangan oyster 2kg. Malu aku nak bagitau orang aku cirit birit non stop sebab makan oyster 2kg. Hahahahaha..... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚






Saturday, July 16, 2022

KP CAMP PART 2

Hari ke-3 di KP Camp kami breakfast sandwich sardin dengan roti bakar. Aktiviti pagi ni tak banyak sangat... sebab aku memang nak rest ja kali ni. Tapi pagi ni dapat la main bola tampar. Aku sukaaaa.... Berpeluh-peluh. Lepas main bola tampar ko mandi laut. Memang syiok la. Time cuti ni ko x sedar ko bangun begitu awal tanpa rasa mengantuk.

Lepas da siap mandi, diaorang pergi pekan beli barang basah untuk lunch. Aku tido dalam khemah sambil dengar bunyi ombak. Cuaca pagi ni cantik sangat....


Aku tido macam x hingat dunia. Ko tido sambil dengar bunyi ombak ni mcm terapi minda orang cakap.. Bangun dengan rasa fresh ja.

Tapiiii.....

Ingatkan panas sepanjang hari, tapi... tengahhari tu da nampak macam nak ribut lagi. Apooooo.... kalau semalam time angin kuat tu, aku boleh main bola lagi, time ni berlari masuk khemah sebab sekali dengan hujan. So???? Kalau da bunyi ombak, hujan..... apa lagi aktiviti ko boleh buat selain tido???? Memang Allah bagi rehat habis ni. 

Cuaca ok sikit selepas Asar dan ko pun round la area pantai. 


Malam tu, walau ko da tido je kejanya... tapi bateri ko cepat gila weak. Orang tengah melepak chit chat depan khemah, ko boleh masuk then da bersiap nak masuk tido. Inform diaorang yang bateri aku da weak. Lama amik mood siap amik gambar full moon dan bandingkan antara kitaorang. Hahahaha... mcm bdk xde keja. Tetiba ada pulak menyebut nak memancing... Husband aku tanya, betul nak mancing ni... kalau serius baru dia set up pancing. Diaorang g mancing tinggalkan aku sensorang sampai Subuh. Nasib baik ada hasil. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Pagi ke-4, cuaca cantik sangat... macam tau esok hari terakhir kami di KP camp. Pagi tu puas kami main tepi pantai. Ambil mood betul. 


Oh yaaa... Kalau ada yang pelik macam kami ja dekat sini... Jawapannya ada ja orang datang. Tapi setakat mandi pantai dan duduk dalam chalet. Kami ja yang merayau berjalan-jalan sebab kami camping kan.. Ada yang siap karaoke lagi. Kalau cuaca baik ko boleh naik ATV, main kayak....naik boat. Ada RM semua boleh... Tapi, aku memang datang nak tenang-tenang. Lagi suka kalau takde orang.



Diaorang mandi laut aku tak join kali ni. Aku duk kemas khemah. Berpasir... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Panas di siang hari... malam tu ribut datang lagi. Tapi setakat angin ja la. Kami melepak sampai lewat malam makan kuaci sambil chit chat. Lepas tu masuk tido. Esok pagi da nak gerak awal sebab tiket feri jam 10 dari Menumbuk.

Pagi ke-5 di KP Camp. Beratnya hati nak tinggalkan KP Camp. Kami ada bodyguard (2 ekor anjing) yang setia menjaga khemah kami dan time kami tido. Namanya Koko dan Lolo. Sedihnya... Next akan repeat lagi. Insha-Allah.

Siapa yang nak try camping dekat KP Camp, blh try contact 019-8229987 (Richard Ng) atau 011-24243027 (Pakcik Nasir). Kemudahan yang ada elektrik ✅, tandas (air best)✅, ampaian✅, kedai makan✅. Line phone mcm maxis best... celcom ok2 la. digi pun ok2 gak. Unifi KO.


Friday, July 15, 2022

KP CAMP PART 1

Short escape sempena AidilAdha baru-baru ni. Planning camping ke Kuala Penyu. Da start keluar dari lubuk selesa la kiranya. Planning dlm 3 minggu sebelum dan beli tiket feri dulu sebab Labuan ni kalau nak keluar dengan kereta hanya melalui feri saja. So, malas nak berebut then try la tengok web feri and pagi tu bernasib baik sebab masih ada tiket feri yang available pada 9 Julai. So, tak fikir panjang..... terus beli.

Why Kuala Penyu? Sebab seminggu sebelum beli tiket tu aku ada pergi Batu Linting Sunset Villa. Tempat tu best sangat bagi aku walau sunyi (next aku cerita pasal Batu Linting). 

Gerak lepas keja naik feri jam 5.30pm. Cabaran bermula......... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Time pergi cuaca helok, cantik ja. Sampai Menumbuk dapat notification akan hujan lebat sekali ribut. Layan ja la... Sekali sampai ja dekat Kuala Penyu.... nampak pokok tumbang maybe masa kami on the way tu hujan da lebat dekat Kuala Penyu. Ikut waze, sampai 1 simpang kecil masuk dalam tu... Cuak sebab jalan kecik. Tetiba..... nampak pokok tumbang lagi. Nak keluar, aku memang tak bagi la sebab nampak macam hutan. So, husband usaha la pusing kereta walau jalan kecik gila. Line telefon pulak xde. Aku pun guna manual ja la... tengok map tu. Masuk lagi satu simpang.... apoooooo.... pokok tumbang juga. Kali ni husband aku reverse ja. Jalan lagi kecik dari sebelum ni. Ohhh... dalam kepala, tempat apa kau nak pegi ni Miza???? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Last cubaan, kami ikut jalan besar, jumpa round about.... pokok tumbang lagi. Tapi kali ni nampak la orang kampung tengah potong. So, husband dan adik tolong la.... 10 minit kemudian, kami sambung perjalanan.... Time ni memang dalam kepala nak sampai ja.

Bila sampai......... lagi sekali..... Tempat apa ko pergi ni Miza?????? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Macam tak hidup. Mencari la staff campsite tu. Pakcik Nasir (baik gila pakcik ni).... rupanya elektrik takde. Bergelap la, nasib baik nak camping, so, semua cukup la. Setakat lampu dengan kipas, kami memang ada. Tengah hujan lebat sekali ribut, macam mana nak pasang khemah kan... so, kami decide malam tu tido dalam kabin ja. Simple kabin, tapi nice la. Ko janganla assume bayar RM80 tapi nak mcm 5⭐ punya hotel.... Masuk kabin, kami parking antara 2 kabin then makan dinner. So, 1st night tido dengan selesa... penat emosi kan??

Bangun Subuh, breakfast....... then lepas tu kami pergi usha pantai. Allahu Akhbar cantiknya. Indah ciptaanMu Allah. Da ok cari tapak, kami pegi keluar ke Pekan Kuala Penyu. 10hb kan raya... sunyi wei. Sedih plak rasa. Beli la makanan basah untuk masak lunch. Time ni, baru la tau tamu di mana... 99speedmart dekat mana. Sedih sikit sebab pekan ni ada Agro Bank ja, lepas tu x function ATM dia. Masing-masing cuak juga la sebab semua jenis cashless (lepas ni kena beringat la.... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…) 


Balikkkk......... set up khemah dan aku sibuk masak. Exited memasing...... Simple ja aku masak ari tu. Aku goreng ikan, telur masak sambal, sayur kobis masak putih dengan sambal totok. Habis...... licin. Makan sambil dengar ombak, lepas tu angin kuat. Gila best time tu.....

Notification masuk lagi... angin kuat kali ni. Kami ingat angin biashe-biashe je.... Rupanya tercampak semua benda. Khemah pun terpaksa kami alih. Memang kali ni extreme sikit dia punya dugaan. Punya la kuat angin tu, bagang orang kampung dari ko boleh nampak 6 tinggal 3 je. Kesian diaorang... tempat cari rezeki. Kami pun dengan barang entah ke mana... Pakcik Nasir tu risau betul tengok kami. Gila serius.... memang extreme kali ni. Kami kan bukan orang yang biasa duduk pantai, keadaan macam ni kira extreme la bagi kami.


Penat emosi lepas kena ribut tu. Memang betul-betul kena kuat. Betul la peribahasa "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..." tepat sekali.

Da pindah khemah, kami barbeque dengan buat steamboat malam tu. Cuma, view x cantik la. Tapi masih dengar bunyi ombak. Pakcik Nasir risau katanya. Takut bila-bila masa ribut datang. Takpe la. Kami pasrah. Next trip kena check betul-betul la cuaca kan?

Hari tu, lepas makan... aku terus tido. Awal kami tido malam tu. Maybe penat sangat kot. Fizikal dan mental. Betul-betul hadap angin kuatkan...

Okla.... Sambung next part di lain entry pulak.... πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹