Saturday, March 31, 2012

cerita tentang mamat poyo...

malam sudah.... dan saya baru balik dari PD. jalan-jalan dengan family. selalu mcm ni la, kalau saya x balik kampung, family akan datang melepak di umah saya. dan selalu nya malam-malam mesti ma ajak melepak di tepi pantai. cuma ari ni, rasa penat sikit sebab jammed. haiyak!!! ramai nye orang kat PD. Last2 kami makan di Telok Kemang. x jadi la nak melepak tepi pantai mcm selalu.

memang selalu mcm ni la... kami selalu melepak, bertukar-tukar cerita. jarang berjumpa (jarang la sgt, padahal tetiap minggu jumpa)... ada aje la cerita yang nak dikongsi. 

o yer, lupa plak nak bercerita...  sebenarnya, kita nak bgtau... td adalah kawan kita telefon... dia bercerita.. dia da nak berhenti kerja kat tempat dia kerja sekarang. sebab nya, ada kes kawan makan kawan. dulu, khabar-khabar angin je la...(bukti tu mcm was-was je kan...) tapi, baru-baru ni, si mamat poyo tu kantoi tengah duk bergosip-gosip dengan bos dia, si kawan saya ni upernya tengah duk belakang mamat poyo ni. apa lagi? berubah la muka mamat poyo tu. saya nak sgt tengok muka mamat poyo tu... tp, eee... geli plak nak tengok muka dia. ramai da berhenti kerja sebab mulut puaka dia tu... tapi, xper... rezeki ada di mana-mana. kawan saya ni siap suh dia tambah ajinomoto lebih2 ckit, perisa lebih sikit kat dalam gosip-gosip dia tu. muka bertalam-talam betul. 

tapi... xpe la. dia tanggung la semua dosa-dosa yang dia buat tu. dia x ingat, nasib kita ni kadang-kadang di atas, kadang di bawah. satu hari nanti, dia akan tau juga akibat perbuatan dia tu. kawan ni ramai... tapi... kawan mcm mamat poyo ni, baik la dielakkan... kawan makan kawan ni bahaya. jangan sesekali berkawan dengan orang mcm ni. kalau boleh, elakkan lah....

^____^ ingat ye kawan-kawan.... berhati-hati dengan kawan-kawan seperti mamat poyo ni. mereka ada di mana-mana. 

Kisah kami as a 'student'...

Salam Sabtu semua... :)
Kerja ke? Saya baru bangun tdo (hujan, syiok tdo... sampai x sedar da tengah hari). Macam ni la life saya sejak kebelakangan ini. Kalau cuti je, mula melengkar di tempat tdo. Mungkin balas dendam... weekdays yg sibuk dengan kerja dan study.
Semalam, time lepak makan dengan classmate (Siti dan Shikin), kami berbincang-bincang tentang keadaan kami ni. Dengan study lintang pukang... dengan kerja yang agak sibuk... tetiba, saya teringat my site engineer yang kena dismiss sebab pointer tak cukup. Datang la idea, nak study sama2. hurm.... harap agar semuanya berjalan dengan lancar. Nak juga semua penat lelah kami semua, berbaloi.... Xkan la setakat tengah jalan je kan? 
Saya pun berharap, kali ni saya dapat buktikan saya pun boleh buat seperti mereka-mereka semua... Xnak la patah semangat separuh jalan. Harap-harap semua berjalan seperti biasa. Tolong doakan saya erk?


Thursday, March 29, 2012

morning.....

hai morning semua... ^__^ pagi yang tak seperti biasa. kalau tak, confirm pagi khamis macam ni, kat office kan... ni masih terpacak depan laptop, kat umah. adeh hai.... tengah siapkan assignment ni. pening kepala... assignment group yang nak anta esok, da siap. yang utk personal, nak anta ari ni... x siap lagi. pening kepala nak cari bahan... kalau da last minit ni, mana nya nak sempat tengok2 buku kan? so, lagi senang kalau cari kat internet... hehehe....


nak siapkan assignment... petang nak masuk office, ada meeting. haiyak!!! nape la meeting tetiap ari ni. heehehehe.... sayang betul boss!!!! ape pun x boleh... :)


life seperti biasa... cuma kalau weekdays ni, agak busy ckit. dgn study and kelas... kalau weekend, busy dgn bantal and tilam. hahaha... balas dendam balik. syiok tu. ^___^


k la allz.. nak siap kan kerja dl. chan chin chow...

Wednesday, March 28, 2012

driver.... xde adab

hai semua.... kita nak bercerita ni. bercerita mcm mana sakitnya hati kita dengan driver-driver yg x ber'adab' di luar sana. hampir-hampir menyebabkan excident.... kalau excident, sian motor tu tadi. bukan 1 ni aje yg kita sakit hati... ada 2 3 kes lagi malam ni.

yang pertama, kes kereta potong kanan juga walaupun motor tu da bagi signal nak masuk kanan. sian motor tu, ke kanan ke kiri dia mengelak kereta yg btl2 x beradab tu. entah mcm mane dia dapat lesen pun xtau la. stupid betul!!!

second ialah, tolong la jgn keluar simpang kalau da nampak kereta tgh laju... da nampak ada kete tgh on the road laju kan, cuba la ko stop kejap. lepaskan kete tu dulu. ni x, buat bodoh je masuk pastu bawak mcm cipan, slow nak mampus. kalau rasa laju sgt bawa kete tu xpe, ni bawa mcm dia punya jalan. dah la mcm tu, time nak masuk simpang depan tu, boleh plak da nak masuk, baru bg signal.... bagus kan? kenapa x da masuk je, baru bagi signal? siot gila. rasa nak lempang2 je driver bengong tu.

dan yang ketiga ialah.... tolong la.... kalau nak masuk kiri, jgn la duduk lane kanan.... da la laju je masuk... x perasan lak tu ada motor ke kete lain ke... bab ni, memang kena maki gila-gila. tahap memang xde sivik lansung. 1 ari, dia jumpa buku dgn ruas, memang padan muka. doa2 la....

isk... memang geram betul dgn driver yg x beradab ni. kita bawa ok, orang plak yang mcm brape siuman... gila! agaknya baru dpt kereta kot. nak tunjuk la tu... dia sorg je ada kete. 

Tuesday, March 27, 2012

suria.fm

Salam 1 Malaysia... v(^__^)/


Ari ni, nak bercerita tentang my feveret radio, Suria.fm... ni la peneman setia waktu on d way ke tempat kerja.. Sendayan ke Subang Jaya... and ke UiTM Shah Alam... then balik ke Sendayan balik. kalau xde ni, mengantuk... especially, time nak g keje dgn balik keje. Pagi2 pengubat mengantuk dan stress waktu jammed. X disangkalkan lagi, gabungan Halim Othman, Nabil dan Kenchana Dewi betul2 menghiburkan hati saya... dan mungkin rakyat Malaysia. Isu2 semasa dan mcm2 lagi. banyak gak information yang boleh dapat seiring dgn gelak komedi mereka.. Halim Othman yang agak siyes digandingkan dengan Kenchana Dewi character seakan2 kelihatan seperti kakak kepada Nabil yang gila2 tu, kadang2 buat saya tersenyum sendiri... (jgn org cakap saya sewel da...) terbaik!!!! kalau pagi, memang saya suka celoteh mereka. Topik2 yg dibincangkan pun up to date... seiring dengan isu2 semasa.
 
Waktu petang, dengan Linda Onn (LO)... ni saya terpesona dengan suara dia. cara dia melayan semua pemanggil. terbaik....
 
Dan on d way balik rumah plak... confirm dengar suara Tyzo... ala2 romantik gitu. hahaha... kdg2 kelakar dengar suara dia melayan peminat2... paling syok segmen "saya sayang awak, awak sayang saya tak?" hahaha... terasa mcm nak telefon je... geram... tapi, malu lah plak.... hahahaha....
 
hurm.... the best thing is the songs... saya sangat suka lagu2 yg dikeudarakan... lagu2 lama tak pernah dilupakan... lagi2 time LO... pergh, sayang nak tutup radio.
 
All the best Suria.fm.. moga makin meningkat naik dan success selalu... kepada sape2 nak dengar KL-105.3 , Seremban-107.0 Kedah-106.9... saya update frekuensi ni sbb ni la tempat wajib pergi... hehehe.... ok!

Monday, March 26, 2012

macam-macam.... :)

ni time kat office... saya tgh tahan mengantuk akibat terlalu kekenyangan... T__T gila la. memang takut xleh tahan mengantuk sampai hbs working hours.. adoihai.... kenapa lah sampai mcm ni sekali. menci betul...


actually, last week diaorg da ckp pasal another department nak buat makan2... actually, tuk breakfast. yang saya, sebab x teringat lansung... sampai je pagi tadi terus g beli bihun goreng. tgh sedap2 makan...tetiba diaorg panggil g department tu. haiyak!!! g je la buat muka x malu... saya amik nasi lemak + kuih. so, bawa balik kat tempat saya.... tetiba time lunch, pas sedap2 makan semua makanan, kekenyangan... hujan turun dengan lebatnya. haiyak!!!! sekali lagi buat saya rasa.... alangkah indahnya kalau ada tilam sekarang ni. ececece.... (tu la kan, mcm mane badan x naik... bila makan, kenyang. bila da kenyang... mengantuk)... hehehehe....


so, how's ur weekend? ok? sabtu saya balik kg... abah anta kete g repair...tp, sy membungkang tdo kat umah. gila teruk sebab dr lepas lunch sampai la pukul 6. solat asar gajah da jadinya... :) pastu, malam tu lepaking dgn my family kat luar....


ahad plak, saya g jemput barang2 adik ipar di uitm puncak alam... nak cuti semester, yg saya ni baru terhegeh2 start kelas. hehehe... jeles kot. nak gak cuti sem... boleh g jenjalan merata2 tempat. hahahaha....


so, ari ni... harapan saya, saya akan segar hingga pukul 6petang. wish me luck!!! adios....

Friday, March 23, 2012

Life.... ^__^


Assalammualaikum....


Agak lama x meng 'upate' entry untuk blog kesayangan saya ni... agak busy sedikit. minta maaf... Lagipun, kadang-kadang xtau nak cerita apa.. sebab xde cerita best pun.


Ok... Sekarang saya da bertukar angin ke company lain as a 'Project Coordinator'... Scope kerja agak sama dengan 1st company saya dl... Sedikit busy sebab projek kat cni agak besar dan banyak. Kerja saya setiap hari adalah meng'update' status kerja di tapak kepada ED (Executive Director).. Apa masalah, status kewangan, work programme dan mcm2 lagi.. Saya plak memang diletakkan betul2 di hadapan bilik ED. haiyakkk!!! nasib baik workstation tinggi. Xde la nampak sgt. hahaha... And then, kdg2 saya juga akan menjadi PA beliau... susun schedule beliau... dan selalu other department dtg pun, akan tanye saya sama ada ED busy atau x... Di sini, kami disusun by department. Dan department yg paling ramai adalah account dan contract. Setiap department tu, at least ada 20 org. Mcm mane nak kenal semuanya erk? Pnt kepala saya ni nak mengingatkan nama2 mereka... tapi, at least saya kenal yg sama level dgn saya...


So, after kelas... saya akan bergegas ke kelas malam di UiTM Shah Alam... walaupun penat, tapi.. saya gembira. Sebabnya... life saya agak terisi sedikit. Balik umah pun hanya untuk tdo sahaja. Bila la en.suami ni akan bertukar ke sini. Harap2.... rayuan posting ke Subang ni, berjaya. Amin... Tolong doakan kami erk?... Tq....


Schedule seperti biasa sahaja... Harapnya, semua berjalan seperti biasa. Doakan yang terbaik untuk kami erk? .....

Monday, March 19, 2012

Officially....

1st day.... officially, saya rasmi register dengan Prinsiptek Corporation Berhad. Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar.

Hari ni, cuma membaca buku employee and scope kerja. try tgk2 fail yg ada. esok ED xde. Dia g China. syioknya....cuti. =____=!

esok, x-PC tu nak dtg... nak handover smua kerja pada aku. harap2 semuanya ok... bnyk benda nak kena belajar ni. banyak benda nak kena tanye ni. da ED xde, g China. so, saya ada masa seminggu tuk study semua sblm mula bertugas dgn sempurnya.

Harap semuanya berjalan lancar~




Sunday, March 18, 2012

Baucer Buku..


Hari ni, saya luangkan masa tuk g kedai buku... ^__^ sebab 31/3 last guna baucer tu. Malas nak fikir bnyk2, takut next week xleh nak g kan... so, minggu ni g la Kedai Buku Popular Jusco Seremban 2.... Anta barang2 yang saya beli ialah :-


Mouse, Mouse Pad and 4-Port USB hub... tuk kelesaan time guna laptop untuk buat assignment nnt. Bersemangat!!!!!!!!!


dan x lupa juga barang-barang keperluan seperti pen, liquid paper, dictionary, buku motivasi and etc.... =____=! terasa macam budak sekolah plak. tapi, saya suka sgt kalau pergi kedai buku. macam alpa kejap. syiok sgt tgk semua buku-buku... dapat gaji nnt, nak capai novel acik lana... ^___^ hehehe.....


CM vs FM

haiyakkk!!!!!! xde idea la bro.... lansung xde idea nak siapkan assignment management ni. kejap ke sana, kejap ke sini... tetap xleh nak buat. tapi, dapatlah dlm 3 paragraph gak. ok la tu... definition je kot. tapi, janji ada la sikit. pinjam 5 buku rujukan kat PTAR3 tadi... tapi, 1 pun x digunakan. x dpt idea mcm mane nak isi kat dlm assignment tu.

en.suami da tdo plak tu... xnak la ganggu beliau... so, dengan berteman kan cerita ' warkah cinta mat rock' saya tetaplah mencuba nak siapkan.... CM vs FM... ^__^ entah ape la tu erk? CM tu Construction Management dan FM tu Facilities Management... Ir Che Maznah, lect tuk subject management ni. so far, ok la semua....

ok... nite allz. cukup la dulu untuk entry mlm ni. chao cin chao...



Friday, March 16, 2012

Last day~

Today is my last day @ Zacklim Floor Specialist Sdn Bhd.... changes to Prinsiptek Corporation Berhad. Thank you for my collegues... ^___^ It's very wonderful experience because the first time I'm working special for floor construction only.
For the first time, I'm wearing 'baju kurung' for the last day @ Zaclim. rasa mcm da lama x pakai baju kurung... sejak kerja di sini, x pernah walau sekali pun saya pakai baju kurung. Ni adalah yg pertama dan terakhir HANYA untuk Zacklim. tetiba je rasa sedih untuk meninggalkan Zacklim. Tapi, xpe hidup ini diteruskan untuk menjadi yang lebih baik.
So, today saya akan hand over every task about West Malaysia to my fwenz. Hopefully, senang dan lancar la.
Semua x sangka saya akan resign... sebab yang beria-ia nak berenti adalah org lain. Tapi, rezki Allah tu kita xtau... :) Alhamdulillah, murah rezki saya. dan mungkin ini yang terbaik~ Untuk saya, keluarga, agama dan etc...
So, pasni rutin harian sedikit berubah... tapi, tetap sama. pagi g kerja malam g kelas~ I like :)
So, hopefully semuanya adalah yang terbaik. Amin~

Thursday, March 15, 2012

e-novel

entah kenapa 2 3 menjak ni saya begitu malas untuk meng'update' entry... walaupun internet da ada kat umah tu. sekarang ni, kalau buka blog je mesti baca entry e-novel. xtau la nape, da gile sgt dgn e-novel. mcm x sabar2 nak tunggu si penulis update entry tu semua.
ok.... semalam da amik baucer buku. ^___^ syiok je tgk baucer RM200 tu. xtau nak beli buku ape... sebab lecturer xbgtau lagi nak guna buku ape. so, tunggu je dulu. nak dekat 31hb nnt, kalau xde pape berita, saya ingat nak beli alat2 tulis, brg2 komputer and off course nak sambar 2 atau 3 novel. yehaa.....!!! sejak start study balik ni, pembelian novel secara mingguan dihentikan serta merta. huhuhu... sebabnya, xde masa nak g beli and xde masa nak baca. meleleh je tgk novel baru... tu yg agaknya jadi gile e-novel plak.
Actually, penulis2 e-novel ni bagus2 belaka... saya suka baca e-novel diaorg. ada yang da kuarkan novel sendiri da...~ syiok je tgk org berjaya. semoga penulis2 tu semua berjaya dlm bidang penulisan ni. Amin...~
ok la u allz... nak out dl. sebabnya petang ni saya ada kelas. ^__^ haiyakkk!!! doakan terbaik tuk saya yer.

Sunday, March 11, 2012

si kucing...

Assalammualaikum...

Hye allz... Apa khabar semua? sihat ke? Diharapkan semuanya berada dlm keadaan sihat dan sejahtera. Amin..... So, mcm mane hari minggu anda? ok ke x ok? ...... saya? mcm biasa. keseorangan, tapi... minggu ni saya balik kg. so, xde la bosan sgt. sementara x sibuk dengan kelas... ambil la peluang ni. kan?

malam ni, saya nak cerita tentang seekor kucing... memangla, kalau kat kampung tu, saya ada 3 ekor kucing... si pahang, si kedah dan si putih. :) tapi, kat seremban ni, saya xde kucing... sebab takut x dpt bagi komitmen pada kucing tu nanti. sian kucing tu nnt, kalau saya lupa bagi makan ke, ape ke kan? lebih2 lagi kalau sy outstation. sian dia....

tapi, sejak kebelakangan ni... ada seekor kucing ni... berjalan terdengkot2. kurus dan mcm sakit je. kesian dia.... saya tgk dia asyik mengiau aje. mungkin dia lapar... jadi, x sampai hati saya berikan seekor ikan kepada kucing tu. :) nampaknya sekarang menjadi rutin plak... sebabnnya, kucing tu akan tunggu saya buka pintu setiap pagi... sblm g kerja pasti akan saya berikan makanan kepadanya. terhibur hati ni... melihat kucing tu semakin hari semakin sihat. kalau dulu, dia takut2 sekarang ni... semakin jinak.

kesian dia terdengkot2... hati ni panas je memikirkan kalau manusia penyebab dia menjadi begitu. pernah saya menangis pabila menonton TV3... seekor kucing dipotong 2 kaki depannya sebab mencuri seekor ikan di pasar. di manakah sifat kemanusian kita? di manakah sifat kasih dan sayang kita? Ya Allah.... jauhi lah aku dari sifat2 buruk itu. hurm.....

~kesunyian ni terisi sikit sebab da ada teman. setiap pagi ada teman tuk berbual. ^___^


Sunday, March 4, 2012

^__^ Rindu....

Pejam celik pejam celik da Bulan March.... ^____^

Mcm mane life anda? Harap semuanya bagus2 sahaja. Nak ucapkan congrats pada cousin di Penang, Selamat Pengantin Baru dan Moga bahagia hingga akhir hayat. Maaf x dpt dtg... En.suami di Labuan, saya di Seremban. Masing2 ada komitmen. Terkilan tu ada... tp, nak buat mcm mane kan?

Semalam ma, abah and amai datang Seremban. Da 2 minggu x balik kampung. So, lepak2 berbual... Rasa best la sebab jarangkan ada orang teman dan boleh berbual2 di rumah ni. Pagi ni keluar breakfast di tepi pantai. syiok tu... ^___^ rindunya dengan en.suami. kan best kalau beliau ada sekali. rindu sangat2....... berita terbaru, beliau akan posting di Butterworth, Penang.. hurm... Jauh lagi. Kalau saya xde komitmen belajar di UiTM, memang saya akan ikut beliau. x sanggup nak berpisah lagi, tapi... apakan daya, komitmen lagi.

Buat masa ni, masih seperti biasa. Cuma boleh pesan pada en.suami, sabar dengan dugaan Allah ini. Kita xtahu rancanganNya. Semoga ada nikmat untuk kita di hari depan.

^____________________^ sayang sangat dengan en.suami.