Tuesday, October 18, 2016

PEROGOL


Hari ini, status agak emosi sikit... Dari malam tadi lagi sebenarnya. Terlihat status di facebook, tentang kawasan tadahan air di belakng rumah aku sudah mula diteroka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kawasan tadahan air... dulu, sungai di kampung aku, dalam dan sangat jernih airnya. Sekarang..... nak panggil "sungai"pun serba salah. Dah la kecik, air pula macam teh susu. Kenyataan yang menyakitkan, bila duit mula berkuasa.... mata manusia buta menilai.

Ya Allah... laknatlah manusia dan semua keturunannya. Manusia yang sangat kejam... Hati busuk dan berbau bangkai. Bangkai paling busuk di dunia.

Manusia kejam.... Kau tanggunglah semua kemusnahan yang kau lakukan. Hilangnya tempat tinggal hidupan liar. Kau rogol alam sekitar. Manusia.... Kau lebih teruk dari binatang. Aku berdoa moga hidup kau dan keturunan kau dilaknat dunia akhirat.


Monday, October 17, 2016

Hyper Act. - Takkan Pergi (OFFICIAL MUSIC VIDEO)




Aku suka vocal penyanyi ni..... sambil-sambil buat tender dengar lagu ni. 


Wednesday, October 12, 2016

R.I.N.D.U





Bismillahirrahmannirrahim......

Selalunya, aku tak meluahkan. But, lalely teringat-teringat. It's supposedly 20 weeks and 4 days. But, Allah lebih menyayanginya. 2nd time untuk tahun ini. Belum rezki aku walau da hampir 6 tahun.... 

Tipu kalau aku cakap aku tak sedih.. It's really hurt, tapi siapa aku untuk argue semua ni. Dengan melihat kawan-kawan yang da semakin bertambah keluarganya, dengan saudara mara yang da sok sek sok sek.... Hati, bertabah la.

Senyum.... itu je aku buat. Sebabnya, aku ada air muka yang perlu aku jaga. Kalau ikutkan hati, nak je aku menjawab. Oh no!!! Aku bukan orang macam tu. Aku perlu jaga air muka suami, ma, abah, ayah dan mak.... serta keluarga aku. Kalau setakat air muka aku... I don't care. Tapi, Allah ada. InShaAllah.... 

Kadang-kadang, hati bertanya jugak... kenapa? Ya Allah... kerdilnya aku rasa. Bila solat, aku selalu rasa nak menangis. Tapi, en.suami selalu berpesan, "kita tak punya kuasa... hanya Dia".... 

Mommy miss you sayang.... and, I know daddy pun rindu jugak. Sebak kadang-kadang tu bila daddy dukung anak orang lain. It's hurt sayang... tapi, I know daddy kuat dan daddy pun nak mommy kuat.



Seteruk mana pun dugaan kita, ada lagi mereka yang lebih kuat dugaannya. Selalu aku ingat, "Allah takkan uji kalau hambaNya tak mampu"..... dan inilah dugaan untuk kami. Moga kami sentiasa kuat dan redha. InShaAllah....

Mommy akan selalu senyum dan gembira sayang... sebab mommy tau, you tunggu mommy di sana. InShaAllah.... We love you sayang..... 

Monday, October 10, 2016

T.E.N.D.E.R

Mood mengisi tender....

Memang kerja paling menyampah yang aku buat. Nak taknak, kena buat gak. Ikhlas....tapi kadang-kadang geram gak. Bukan sebab apa pun, sebab purchasing aku ni..... tak membantu lansung. Haihhhh....

Kadang-kadang benda aku da buat awal, tapi, harga dari supplier xdapat. Memang kadang-kadang aku menyampah betul jadinya. Rasa nak lempor je tender tu kat kepala dia. Last2 aku gak mengadap tender tu sampai tak tido. 

Sedih...........


Mood ngisi tender tak habis lagi ni..... 

Friday, October 7, 2016

R.E.D.H.A


Lately ni, ternampak status kawan-kawan yang dalam pantang akibat keguguran. Takziah kalian... Itu adalah antara kenangan pahit dalam hidup kita sebagai seorang perempuan, isteri dan bakal ibu. Lagi-lagi kalau da menunggu lama macam aku.

Hampir 6 tahun berumahtangga... kehadiran anak mesti aku tunggu. Tapi, itulah dugaan yang paling mencabar aku kena terima. Kebanyakan kawan-kawan seusia aku da bertambah bilangan keluarga. Tapi, aku...........

Redha....... Allah Maha Mengetahui. Dia planner terbaik. Hikmahnya, aku masih mood honeymoon. Ke mana saja berdua. 

Tipu kalau kata takde yang mengata. Alahaiii.... mulut orang. Tapi, yang mengata tu selalunya macam ala-ala muslimah sejati. Hahahaha.... Manusia. Biasalah kan... tak heran dek hati ni. 

Aku selalu ingat, "Allah takkan uji kepada hambanya yang tak mampu"...... ingat itu aje. Sebab.... ada insan yang lagi teruk ujiannya. 


Friday, September 30, 2016

Gamma1 - Jomblo Happy | Official Video Clip




Ni kes tengok video Zulin + Ariz. Tapi........... lagu ni memang best.

Enjoyyyyy.....


Thursday, September 22, 2016

PERGI DEMI TUGAS, PULANG KERNA CINTA

Aku terasa nak bercerita....

Bukan sebab SAYANGKU KAPTEN MUKRIZ (tau la drama ni famous) tu... Tapi, sebab pemikiran sesetengah orang tentang tugas seorang tentera.

Baru-baru ni, berlepas 1 planton tentera ke Lubnan... So, adalah gambar diaorang berpeluk 1 family saat-saat berpisah. Komen macam-macam... dan aku tertarik dengan 1 komen yang lebih kurang berbunyi macam ni, "Ala, diaorang bukan buat apa pun kat sana. Pergi dapat elaun. Gaji jalan. Enjoy je kat sana. Janji jaga mata ja...". Hati terdetik gak time tu.... tapi, kekangan masa malas aku nak melayan kan.

Siapa isteri tentera kat sini???? Pernah berpisah dengan suami sebab tugas? Siapa yang pernah rasa, dia tentu faham. Macam aku..... 

Ke sana, memang la mereka tak berperang. Tapi, mereka duduk di tengah-tengah tempat berperang. Pengaman kan? Kalau..... kalau lah je kan... tiba-tiba bom tu terpesong masuk ke kem yang mereka bertugas, agak-agak macam mana? Aku tak doakan, tapi....cuba bayangkan. Kalau tak boleh tenangkan rasa sedih mereka sebab berpisah, jangan la komen macam-macam. Aku cukup tak suka... Bukan hanya ke Lubnan, tentera kita yang bertugas masuk operasi ke hutan, laut pun banyak risiko nya. Jangan la sesekali bercakap bukan-bukan.

Kadang-kadang yang aku sedihnya, yang bercakap tu.... berpendidikan tinggi. Please la... kau jangan ingat tak berperang, tentera takdak keja. Habis tu, yang jaga sempadan, siapa? Monyet? Kera? 

Suami aku pernah pergi operasi. Dapat contact dia pun, hanya sebelum dan selepas beliau selamat pulang ke kem? Ko rasa apa yang aku rasa time tu? Da la sorang kat KL, sorang kat Labuan. Bayangkanlah.......

Doaku, moga mereka yang bertugas selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan keluarga... Aamiin....

Tuesday, September 20, 2016

Bebelan Pagi

Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Hari ni agak free sikit sebelum aku start check costing projek untuk tutup akaun. Semalam sibuk dengan tender. Semalam 1 hari aku just amik call-call penting dan reply whatsapp yang agak penting sahaja. Maaf ye, sebab sometime aku ni moody. Banyak sangat kerja sampai kepala jadi weng. Tu memang style aku kalau bekerja.

Kalau aku da fokus dengan sesuatu, jarang aku ambil panggilan atau reply whatsapp. Lagi-lagi kalau kerja tu agak urgent dan penting. Sebab semua dokumen dekat office ni akan melalui tangan aku (bukan sebab aku penting sangat pun.... tapi sebab memang SOP syarikat macam tu). So, dari sekecil-kecil zarah semua aku kena amik tahu, lagi-lagi kalau melibatkan projek team. Tender pun aku kena buat dan check.

Ada orang kata, aku selalu sangat tulis negatif kat facebook, macam kerja aku tu teruk sangat. Hurm... Camne ntah nak cakap. Biasa la kan, manusia. Aku bukan tulis negatif yang bukan-bukan, cuma bila aku sibuk, aku xde masa dengan family. Tapi, kalau aku free, aku memang akan gunakan masa tu dengan betul-betul. 

Bila fikir-fikir balik, bila kita da biasa lead kerja ni.... tu kelebihan kita. Aku teringatkan time berbual dengan someone baru-baru ni, "Akak ni ganas kan, boleh lead semua ni"... Aku gelak ja, sebab benda ni memang selalu orang cakap. Aku ni ganas... tegas... sombong. Realitinya bila aku bekerja, aku memang macam tu. Prinsip bekerja. Waima kalau boss aku salah pun, aku gamble je tegur.

Prinsip aku senang ja. Aku sayang engineering ni bukan sebab apa... memang ini cita-cita aku. Tapi, dalam masa yang sama, ini salah satu cara untuk aku membantu mereka yang memerlukan. Satu kepuasan kalau kerja-kerja kita da siap dan digunakan oleh mereka-mereka yang memerlukan. 

Doa aku, moga aku sentiasa maju di dalam engineering dan ikhlas dalam melakukan apa jua jenis kerja. Aamiin....

Thursday, September 15, 2016

My Birthday



Alhamdulillah, 10/9/2016 genap aku 31 tahun. Bersyukur sangat sebab masih diberi peluang oleh-Nya untuk terus bernafas dan berpeluang bersama-sama insan-insan tersayang.

Terima kasih untuk keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang wish birthday, mendoakan yang baik-baik untuk ku. 

Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat kita semua.

Takde apa sambutan yang special..... sebab my husband bukan jenis yang ala-ala sweet sangat. Cuma, my chenta hati belanja dinner kat tempat favourite. Lepak-lepak sambil tengok live band. Alhamdulillah.... 



Monday, August 15, 2016

#^&#&*(!@#$%^(*&^%$.......

Assalammualaikum....

Lama x meng 'update' blog. Da berhabuk tahap 4/5 inchi da kot. Actually, nak bercakap tentang sesuatu, tapi........ tak tau nak cakap dengan siapa.

Benda ni, bermula masa abah masuk hospital. Makan dekat kafe hospital. Kami ber5 termasuk ma, baru nak lunch. So, kami amik meja untuk 5 orang duduk. Adik-adik pergi amik makanan, me dan husband duduk tunggu. Tetiba.... datang 2 orang manusia, duduk macam tu je. 

Hello.... xde adab ke? Susah ke nak cakap, "Kak, tempat ni ada orang duduk tak?" "Boleh saya tumpang duduk tak?" 

Kalau aku berdua je, aku takde nya nak duduk meja besar. Lagi pun, banyak lagi meja kosong. 

Hari ni, terjadi lagi.... membuatkan aku fikir, mana adab melayu kita? Kenapa aku cakap macam tu... sebab kalau bangsa lain, dia akan tanya dulu baru dia duduk. Ni.... ko da la duduk macam tu aja, pastu buat muka macam aku yang tetiba duduk situ. Hello..... #%^$^#^@%#^...

Jangan salahkan aku, kalau dengan slamber nya kawan-kawan aku tarik kerusi kat sebelah ko dan duduk. 



Wednesday, June 15, 2016

Hari Ke-10

Selamat berpuasa kawan-kawan...

Hari ke-10 da kan? Pejam celik pejam celik da hari ke-10. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang rasa macam budak kecik plak berpuasa kali ini.

Ramadhan kali ni, aku diberikan khabar baik. Alhamdulillah, aku mengandung. Maybe tu agaknya lately ni aku rasa macam terlalu letih. Puasa pun asyik merengek ja. Macam budak kecik... Terasa Ramadhan kali ini, bermakna sangat untuk diri ini.

Setiap kali sebelum berbuka puasa... aku mengambil peluang berdoa moga Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir berdua, moga tahun depan akan ada hadirnya cahaya mata kami. Betapa bersyukurnya aku, pabila Allah benar-benar memakbulkan doa aku.

Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa kali ini dengan baik. In Sha Allah.....

Monday, June 6, 2016

RAMADHAN




Hari pertama di bulan Ramadhan..... Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lalu aku bercuti dan menyambut Ramadhan bersama-sama keluarga di kampung. Bersahur dan berbuka bersama keluar, In Sha Allah.

Harapan aku, agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu dan semoga ada sesuatu yang istimewa untuk Ramadhan kali ini. Ya Allah, moga aku menjadi antara insan bertuah yang dapat menjalani ibadah Mu kali ini. Aamin.

Moga kita semua diberikan rezeki kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini. Aamin Aamiin Ya Rabbal Alamin,

Friday, March 25, 2016

Obses Tudung

Tudung.....

Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam obses dengan tudung. Baju pun tak sebanyak tudung... 

Dulu, tudung paling mahal aku ada pun... rasanya dalam RM30 je. Tapi.... sejak akhir-akhir ni, aku macam tak berapa nak kisah sangat dengan harga tudung yang aku beli asalkan aku berkenan. Apakah aku da berjangkit dengan ma aku????

Lately ni, apa yang akan aku belek-belek dalam IG semuanya tudung. Instant tudung, yeah! Senang dan pantas. Sarung dan jalan...

Nak comei sikit, beli la yang fesyen-fesyen sikit... harga mahai sikit la. Tapi, ku pejamkan jugak mata ini, janji puas hati.

Terasa diri semakin tua pulakkkkkkkkkk.... siapa macam aku, angkat tangan.........

Friday, March 18, 2016

March Bulan Cuti

March bulan cuti.....

2hb sampai 5hb - Opis tutup sebab company trip ke Langkawi

9hb sampai 15hb - aku apply leave sebab balik Kedah. Adik ipaq kawen.

Walaupun kerja tengah banyak.. ada officemate resign, aku balik gak kampung tapi dengan SYARAT handset kena gantung dekat leher. Tak dapat call aku, boss call en.suami.

Lepas ni, aku kena ligan la siapka paperwork dan tender yang sedia menanti kat atas meja. Yuhuuuuuuu... (lap peluh sikit).

Company Trip - Day 4th

Hari Terakhir.....
Jejaka-jejaka sado, lepas Subuh terus tunggu tepi pool nak mandi kolam (teruk no..... busuk betoi perangai). Pagi-pagi tengok matahari terbit.
Lebih kurang pukul 10pagi, siap-siap nak pegi breakfast. Lokasi breakfast ari tu ialah Nasi Dagang Pak Malau. Waze aje... confirm jumpa. Makanan ok. Self service ok. Tempat duduk kena berebut. Hahahahaha... sebab fames no. Makan sambil tengok pemandangan yang sangat cantikkkkkk.
Lebih kurang pukul 11.30pagi, check out hotel. Planning boss nak ajak diaorang ke 5D Museum tapi diaorang taknak. Diaorang nak shopping je hari tu.
Shopping kat 3 tempat.... lebih kurang pukul 3.30petang da sampai airport Langkawi. Check in bag, kami nya flight lebih kurang pukul 5petang.
Flight ari tu... kami berlegar-legar lebih 10kali kot. Sebab Subang hujan, so tak boleh turun. Tapiiiiiii.... nak puji sikit pilot firefly petang tu, Kapten Abas and his team... landing terbaik. Smooth gila. Walaupun sikit cuak sebab asyik berlegar-legar je kan. Redha da kalau kena turun KLIA masa tu.
Kesimpulan trip kali ni, korang memang team terbaik. Seronok gila. Next trip, boss ajak ke Krabi. So, keja sehabis baik.
Lunch dulu..... sebelum sambung shopping
Cantikkkkk kan? Tapi, time ni hati tengah dup dap dup dap

Thursday, March 17, 2016

Company Trip - 3rd Day

Hari ketiga.... enjoyyyyyy. Pagi-pagi da dikerah bangun, ke pulau katanya.
Jejaka sado muntah. Hahahahaha... ini pun jadi bahan sekarang. First time naik bot macam ni... nasib baik tak mabok laut. Syiokkkkk sangat. Ke Pulau Payar.... MashaAllah, cantik sangat. Snockling.... first time rasa. Mula-mula macam tak berkeyakinan. Tapi chenta hati kata, senang aje.
Bila da start xnak naik plak.... tudiaaaa. Sampai pukul 2pm. Macam taknak balik. Tapi, da ramai orang x syiok sangat so, siap-siap kita g tempat lain dulu. Kami g pelantar ikan, dengar penerangan... lepas tu, g tengok kelawar.... lepas tu, tengok helang. Fuhhhh!
Baju dari basah, da jadi kering.... so, kami decide, lepak makan dekat tepi pantai sebelah airport langkawi. Lepak dengan budak-budak ni, kepala ngeng ngeng... memang la seronok. ABC kepala, best.
Balik.... aku terus kiok. Tdo x sedo diri. Bangun, roomate kejut g dinner dekat kedai chinese muslim. Makanan dia best...gak.
Malam tu, takde aktiviti sangat sebab aku memang penat sangat. Jalan kejap dekat kedai-kedai Pantai Chenang, pukul 12am...masuk tido.
Fuhhhhh..... hari keempat, kita sambung kemudian. Byeee.

Cantik kan??????
US
MashaAllah....... 
Menikmati keindahan.....
MashaAllah.... cantik sangat. Terkedu aku...
Nikmati keindahan....
Cuba cari di mana chenta hati????
Cool....
Melawat kawasan kelawar.....
Helang........
On d way balik ke jeti....

Company Trip - 2nd Day

2nd day di Langkawi.....
Pagi-pagi boss da bawa kami semua breakfast kat kedai nasi lemak terbaik di Langkawi katanya. Aku lupa nak amik gambar time kat sana. Tapiiiiii...... sambal dia memang best.
Selesai breakfast, kami ke Galeria Perdana Langkawi. Sebak aku tengok barang-barang kat dalam ni. Ada macam-macam... bangga aku dengan TM & TSH. Kereta pun ada tau.... tercengang en.suami tengok kereta kat dalam galeria tu. Masuk x mahal. Berpatutan......
Then, kami lunch kat tempat best gak. On d way jalan ke Cable Car. Ramai orang singgah kedai tu... lauk dia macam-macam. Best sangat.... ikan bakar ada, gulai cili api ada... sambal belacan dia memang awesome. Dan dek kerana kelaparan... aku x amik pun nama kedai tu. Sorry.
Ok... perjalanan diteruskan ke Cable Car. Kekonon nak tengok matahari terbenam. Tapi, tetiba ada planning nak buat BBQ malam tu, barang x beli lagi... so, kami turun awai. (Psstttt.... time ni, baru tau ada jejaka sado benawin gayat dan takut tinggi. Kena tipu baru naik cable car. Itu pun, pegang macam ape ntah.... kena bahan la lepas ni).
So, balik...... aku rehat, mandi2. Memang aku sangat penat dan specialnya BBQ ni... jejaka-jejaka sado yang arrange. Aku? Makan aje...
Oh ya.... lupa nak cakap. Malam kedua di Langkawi, kami da tukar penginapan. Kami menginap di Best Star Hotel Pantai Chenang. Ada pool lagi.... aku? Lepas kenyang, jalan-jalan cuci mata kat kedai-kedai tepi jalan tu. Dapat la.... seluar P.Ramlee katanya. Rm45. Fuh!!! Mahaiiiiii... (sebab baru ni aku g Pantai Merdeka, seluar yang sama... aku dpt RM35 ja). Sedihhhh....
Next day... aku sambung nanti. Chiowwww....

Galeria Perdana
Bangga kejap... TM & TSH
Lama sangat chenta hati tenung keta tu....
Sambil tunggu diaorang ni..... sebelum naik cable car
US
Pemandangan dari atas.... MashaAllah....
Lepak sambil tunggu daging + sosej siap dibakar....
Boss turun padanggggg....

Wednesday, March 16, 2016

Company Trip - 1st Day

Lama x meng'update' blog... kekangan masa. Sibuk dengan final claim projek, tender, site yang bermasalah...dan banyak lagi.
Dalam sibuk-sibuk, sempat gak joint company trip ke Langkawi. Upah siapkan projek katanya.... Alhamdulillah. 4 hari 3 malam. Memang best....
Start 2hb 3... hari Rabu. So, bestnya office tutup. Aku dan en.suami planning nak backpack aje sebab da terbayang beg kat sana yang boleh tahan murahnya. So, siap2... dari rumah aku guna apps 'grab taxi' tuk ke KL Central. First time guna application tu. Aku macam jakun kejap. Memang tak pernah naik public transport sejak bekerja. So, naik dari Taman Desa ke KL Central kena dalam RM11 je. Naik swift....
Sampai KL Central.... alamak, xtau nak kemana.... mati. Baca signboard pun tak lulus. So, buat muka x malu... tanya polis bantuan yang bertugas kat mana bas ke KLIA2.
Sampai KLIA2, nak dikirakan 1st time sampai sana. Jauh sikit berjalan. Tapi, environment KLIA2 ni aku suka. Tunggu flight, then kami sampai Langkawi terus check in G Motel Langkawi. Motel baru, facility memang terbaik. Aku suka sangat.... suggest kat sape2 nak lepak Pekan Kuah. Harga memang berpatutan. Ada apartment juga kalau datang ber family.
1st day, tak banyak aktiviti kami buat... lepak makan sambil g jenjalan dekat jeti, dataran helang.... Taman Lagenda. Tapi, sayang sangat... Taman Lagenda tu da macam tak terjaga. Pokok cantik2. So, lepas tu, balik motel... rehat2.
Dalam pukul 9, kami dinner dekat 1 kedai ni, tapi aku lupa nama kedai tu... western food dia memang best. Black pepper dia yang paling aku suka. Best sangat....
Balik lepak kejap dekat luar motel tu... motel ni ada 24jam mart tau. Depan mart tu, ada meja2 boleh lepak. So, lepak2 sambil planning untuk esok pagi nya aktiviti. Boss join sekaki... kira boss sempoi dan sporting la time trip ni.
Untuk 2nd day nya aktiviti... nanti aku sambung cerita... sebab ada kerja nak kena siapkan. Bye2.
Sorang satu katanya.......
Sesat dalam KL Sentral.... Bagus NORSALMIZA... :p
Si nakal......
Boss, Kit & Putri
Jalan-jalan di Taman Lagenda...
JEJAKA Benawin...... BOLAT je semua

Wednesday, February 3, 2016

Birthday Boy...

30 Januari 2016....

Birthday en.suami yang ke 33. Alhamdulillah, masih berpeluang melihat senyuman nakal si dia. (walaupun si dia susah sangat nak tersenyum....). 12 am - Just whatsapp and say Happy Birthday to him... 

Planning ke Batu Pahat, jalan-jalan release tension. Ikutkan si dia, xnak tido sana...tapi, sesekali tido pun best. Suasana kampung dia.... sejuk sangat. Syiok!!!

Malam, lepas dinner jalan-jalan kat Glow Park, Batu Pahat.

LOVE u en,suami

Paling suka area sini... cantik sangat LOVE ni. 



Bersama mak saudara en.suami....

Comei kan...... 

Birthday boy..... susah sangat nak senyum.

WE

LOVE 

Ahad, lebih kurang lepas Asar...baru gerak balik ke Seremban. Spend time sama-sama. Alhamdulillah....

For you en.suami,

Happy Birthday. Moga sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan... sentiasa dilindunginya dunia akhirat. Moga kita sentiasa kekal bahagia hingga jannah. Love you forever...untill jannah.




Sunday, January 3, 2016

Bercuti di CH

Tahun baru kali ni, bawa ma dengan abah jalan-jalan ke Cameron Highlands. Alhamdulillah, rezeki tahun baru... boss belanja 2 bilik kat sana. So, bawa duit shopping ja.

Pengalaman pluck sendiri strawberi... best

Alhamdulillah... senang hati tengok ma abah senyum ja. Kami bermalam di Pop Ash Hotel, Brinchang. Bilik best... tapi, masalah dekat parking. Kelemahan, xde lift. So, bila da naik, ma xnak turun da. Malam tu, aku, en.suami dan abah turun dinner dan jenjalan kat pasar malam. Sejuk sangat... macam hujan. Tapi, en.suami kata bukan hujan. Rambang mata tengok barang-barang. 
Mula-mula, tanya en.suami... xpanas ke xde aircond. Fuh! Xpayah aircond. Memang tersangat sejuk. Pagi, bercinta nak ambik air sembahyang, berus gigi. Mandi tu, nasib baik ada heater. Pagi tu minum air panas dalam bilik abah ma, sebelum gerak ke KEA Farm. Memang aku niat nak bawa abah dan ma kat sana. Pluck sendiri strawberi. Memang lain sangat pluck sendiri dengan beli dekat pasar-pasar tu. Yang kita pluck sendiri, segar dan rasa dia sama walau da sampai bawah.




Da shopping, dalam pukul 11pagi, kami da beransur-ansur turun ke bawah. Lega sebab trafik da mula jammed.

Kesimpulannya, berpuas hati sebab bawa abah dengan ma cuti-cuti kali ni. Next holiday, nak ke...... (masih dlm rancangan).