selamat tinggal PH MAJU JAYA SDN BHD.... selamat tinggal KUALA LUMPUR..... hari ini hari terakhir saya di KUALA LUMPUR, di dalam pejabat PH MAJU JAYA SDN BHD. sedih nak tinggalkan kawan-kawan jerk sebenarnya. kalau setakat nak tinggalkan PH MAJU JAYA SDN BHD tu, x terleleh pun air mata ni. hahahahha..... walau apa pun la kan, thanks to all staff PH MAJU JAYA SDN BHD, yang banyak beri kerjasama sepanjang saya bekerja di sana. To Mr. Choong, thanks sbb bnyk bg tunjuk ajar.... to my dearest fwenz merangkap housemate, Ngah, aku akan merinduimu selalu. gedix betulkan? hahahhaha..... itu je kot yang buat saya rindukan PH MAJU JAYA SDN BHD. hahahaha...... untuk kawan2 melepak ku.... KLGC, aku akan tetap merindui kamu semua. banyak kenangan manis, pahit, masam, masin..... semuanya bercampur gaul la... saya tetap merindui zaman2 kegemilangan melepak kat DAGANG, teringatkan saat korang kena tahan sampai masuk lokap..... semua tu akan saya bawa ke SEREMBAN. andaikata, tidak ada lagi kesempatan untuk kita bersua muka lagi, saya berharap kita akan tetap dapat bermesra di FB dan YM. itu sajer perapat hubungan kita semua. InsyaAllah.....
Andai ad, kesilapan saya, kesalahan saya yang mengguriskan perasaan kalian... yang secara tidak sengaja mulut ni bercakap kasar... saya memohon ampun dan maaf untuk semuanya....
ada rezeki, InsyaAllah... kita akan berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
Korang... meh la tinggalkan comment. nanti saya comment entry korang plak. ^___^ tq.